Tauke kutu express kaut rm30 juta.
Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.
Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.
Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).
Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati syarikat tersebut yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000.
Apakah itu program kutu? Kutu online? Kutu wang pos? Kutu Express pun ada. Ubat gutu tak jual ka?
Ini dah kira macam teramat luar biasa kutu punya program masa kini. Maklumlah nak duit mudah menggunakan platform yang bernama program kutu.
Maka terciptalah pakej2 program kutu moden masa kini.
Pakej penyertaannya memang cukup menarik dan mengghairahkan minda sesiapa yang cukup ghairah mencari wang mudah menggunakan skim cepat kaya program kutu express.
Kalo dah ada pakej2 tu nampak lain macam dah… Kira seiras dengan skim cepat kaya jugak ler…
alahai skim cepat kaya program kutu express.
Nak tumpang join jugak ler. Boleh???