Posts Tagged ‘top komentator contest’

Komen Terbanyak Dengan Nilai Hadiah RM300 Untuk Dimenangi

Tuesday, November 3rd, 2009

Komen di blog dan dapat duit. Macam mana nak sertai? Caranya memang mudah sesangat. Hanya dengan memberikan komen di ruangan komen tuan punya blog yang membuat pertandingan komen terrrbanyak itu.

Bila mula pertandingan tersebut?

Mulanya pertandingan tersebut akan dijalankan pada Khamis 5 Nov hingga Khamis 31 Dis 2009. Lama jugak tu. Dapat ler sikit duit untuk tahun baru 2010 buat sambut tahun baru. Beli domain name baru ke. Roling modal perniagaan ke kalo yang menang ler. Sudah tentunya saingan sengit sebagaimana saingan komen di blog berita semasa masa kini contest dan juga di blog hujan emas contest. Aku jadi pemerhati aje la untuk dua contest nih.

Dan satu lagi contest komen yang sedang hangat masa kini adalah di blog denai hati. (20 sen untuk setiap komen)

Berbalik kepada contest yang akan berlangsung jam 5 November 2009 tak lama lagi, anda boleh jenguk maklumat tersebut di laman blog encik milsum pertandingan komen terbanyak.

Hadiah yang diperkenankan untuk diberikan kepada pengomen yang terbanyak membuat komen di blog beliau adalah sebagaimana berikut :

Pemenang pertama dengan hadiah utamanya wang tunai RM150 beserta hadiah misteri.

Bagi pemenang kedua pula akan menerima anugerah wang tunai RM100 beserta hadiah misteri.

Hadiah bagi tempat ketiga berupa wang tunai RM50 serta hadiah misteri.

Manakala hadiah bagi komen terbaik pula akan menerima hadiah wang tunai  RM30 dengan disertai hadiah misteri.

Setiap penyertaan yang menyertai pertandingan tersebut akan mendapat sebuah hadiah misteri (lebih kurang hadiah sagu hati ler) sebijik komputer laptop bernilai RM990.

p/s : bukan hadiah laptop komputer… sebab hadiahnya misteri.

Sebarang komen yang hendak dibuat boleh dimulakan dengan melebihi 3 patah perkataan. Takkan nak komen 3 perkataan aje. Komen ler mengikut topik perbincangan yang telah disediakan oleh tuan punya blog. Jangan mengada-ngada nak buat spamm pulak. Sudah gerenti spam komen akan terus dihumbang ke dalam kotak magic spam serta merta.

Bukan itu sahaja, dalam banyak-banyak komen yang ada, komen anda jugak akan terpilih sebagai komen terbaik pilihan hati tuan punya blog. Komen ler dengan bernas lagi menguntungkan untuk masa depan komen yang gemilang.

Blog mana yang hendak kena komen tersebut?

Sudah tentunya anda perlu membuat komen di blog pilihan tuan punya blog di laman blog diarykl.com

Jom komen jangan tak komen dengan jayanya.

Tarikh tutupnya pula pada 29 Disember 2009.

Cabaran Komen Terbanyak dan Domain Free RajaKamil

Sunday, May 10th, 2009

Suatu cara untuk menarik traffik ke website anda adalah dengan membuka ruang dan peluang kepada visitors anda menyertai pertandingan diblog anda antaranya termasuklah komen terbanyak atau top komen dalam blog anda. Pertandingan top komen memang sudah biasa diadakan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya di laman web blog. Komen terbanyak dah tentunya dapat hadiah anjuran penganjur contest.

Bleh try google contest blog antarabangsa ataupun tempatan. Hari ini dah 10 Mei komen terbanyak berlangsung di blog raja kamil yang memberikan hadiah yang menarik untuk komen terbanyak yang beliau adakan. Contest ini akan berakhir pada jam 19 Mei 2009.

Apa yang perlu anda lakukan?

1.Buat satu post diblog anda mengenai pertandingan ini. Masukkan sekali link ke post ini. Blog baru pun boleh
2. Berikan url post tersebut di komen di bawah sebagai tanda penyertaan
3.Buat komen sebanyak-banyaknya. Jangan buat spamming sudah…

Apa hadiahnya yang anda akan dapat?

Tempat Pertama – RM30 tunai/ RM60 untuk ahli VIP + Ebook Rahsia USD50 Sehari
Tempat Kedua – RM20 tunai/RM40 untuk ahli VIP + Ebook Rahsia USD50 Sehari
Tempat Ketiga – RM10 tunai/RM20 untuk ahli VIP* + Ebook Rahsia USD50 Sehari

Tempat keempat hingga ke 10 : Ebook Rahsia USD50 Sehari

Semua peserta akan mendapat hadiah misteri !

*Untuk menjadi ahli VIP, sila ke http://rajakamil.biz/ahli-vip

Apa tunggu lagi. Biarpun komen terdahulu sudah banyak, kita meriahkan lagi komen-komen terkini di blog beliau. Jom singgah di blog rajakamil.biz untuk komen terbanyak.

Pertandingan tambahan.

Oh ye sebelum memberikan komen terbanyak-banyaknya anda boleh juga menjenguk laporan terkini pertandingan cabutan bertuah domain free dari raja kamil. Mahu dapatkan domain free serta skrip mrr dari beliau? Oleh yang demikian rupa sesiapa yang berminat untuk mendapatkan domain pilihan rajakamil tersebut dipersilakan menyerbu blog femes sakan beliau itu.

Kawan saya RK dari www.rajakamil.biz mengadakan sebuah pertandingan. Hadiahnya berupa 3 buah domain dan skrip . Lumayan beb! Kalau nak tahu, RK juga memiliki website lain seperti www.rajakamil.com dan www.PLRebooksz.com.

Marilah sertai pertandingan ini. Maklumat lanjut ada di sini.

Jom mari jenguk pertandingan perebutan domain free rajakamil.biz

Ada apa dengan afzai afandi?

Tuesday, November 25th, 2008

Cerita hari ini berkenaan satu blog contest akhir zaman untuk akhir tahun 2008. Contest ini dijalankan oleh encik afzaiafandi di sini. Sila ke sana dengan segera.

Pendapatan internet Perkongsian maklumat Pandangan Peribadi

Inilah tema terunggul blog beliau. Mantap dan bergaya ….

Contest tersebut berlangsung dari 25 november sehingga 25 disember 2008. Pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan mestilah menggunakan wang tebusan realiti rm2092092009 sahaja.

Persoalannya bagaimanakah contest ini akan berlangsung?

Contest ini akan bergerak setelah mempunyai 3 syarat utama sebagaimana yang termaktub dalam undang undang negara perak darul ridzuan.

Syarat untuk penghantaran artikel :

-Anda perlu menghantar artikel kepada beliau. Tema artikel yang kehendaki perlu ikut kehendak dan selera tema pilihan blog beliau. Artikel berkaitan dengan artis2 ke ataupun isu politik ke dan perkauman ke akan ditendang dengan selambanya.

-Penulisan artikel jangan ikut sedap nak buat sehingga tersangat pendek dan juga jangan teramat panjang ikut suka hati nak tulis. Jika boleh tidak ada lagi kat mana-mana blog. Sekiranya ada ia akan dikesan menggunakan copyscape. copy paste tak main laa..

-Bayaran untuk artikel yang diluluskan oleh badan penapis filem adalah RM3. Banyak mana pun  nak hantar artikel ikut suka hati laa. Namun demikian artikel anda sudah tentunya perlu mendapat kelulusan majlis raja-raja perak terlebih dahulu sebelum dapat disiarblogkan. Manakala bagi artikel yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran akan dipulangkan dengan selambanya.

-Berapa banyak artikel anda yang tersiar dalam blog beliau maka banyak itulah artikel anda akan mendapat bayaran dari encik afzai afandi. kalo 10 artikel dah tentunya bayaran adalah rm30. Lumayan kan???

Ganjaran kepada penghantaran artikel yang anda hasilkan tersebut akan mendapat pulangan sebagaimana yang berikut :

* PERTAMA : Wang tunai sebanyak RM30 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KEDUA : Wang tunai sebanyak RM20 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KETIGA : WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)

Ada lagi ganjaran tambahan yang lebih menarik lagi sebagaimana berikut : Ini adalah untuk mereka yang aktif membuat komen bernas di blog beliau.

* PERTAMA : Wang tunai RM15 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEDUA : Wang tunai RM10 +  WP Themes Premium (PLR)
* KETIGA : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEEMPAT : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* 5 x hadiah saguhati : WP Themes Premium (PLR)

Anda pasti tidak akan kecewa.

Sebelum tu nak citer sedikit berkenaan encik afzaiafandi yang budiman tersebut :

Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Banyak informasi berguna yang anda boleh manfaatkan sebagai panduan dalam dunia internet. Beliau telah menggunakan platform blog berbayar dengan jayanya pada tahun 2007 setelah setahun penggunaan blog percuma. Blog berbayar dah tentunya lagi best. Beliau juga telah berjaya memperolehi pendapatan melalui penggunaan medium internet untuk menambahkan pendapatan sambilan.

Namun cukup kecewa dengan kerenah google… nak tahu kena selongkar blog beliau. Sebelum ini beliau jugak telah membuat contest yang mendapat sambutan yang menggalakkan juga. terkini sebagaimana yang anda tahu contest lagi untuk anda semua…

Itu sahaja makluman ringkas saya untuk contest tersebut. Orang lain mesti lagi power reviewnya. Ngetop aaaaaa… sekian terima kasih.

terima kasih dengan buah tangan istimewa

Thursday, December 13th, 2007

assalamualaikum…

Apo khabar semuanya? Moga sihat walafiat hendaknya…

Penghargaan buat pengunjung blog yang dihormati…. anda akan mendapat sesuatu yang menarik perhatian sekiranya menjadi pengunjung setia blog ini… adesh… Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Apa yang istimewanya???

Inilah dia yang istimewanya untuk anda…

(more…)