Posts Tagged ‘skim cepat kaya’

Skim cepat kaya gaya pak ponzi skim

Thursday, February 5th, 2015

Senarai keyword yang menarik perhatian untuk direnungkan dan dinilaikan oleh orang ramai berkaitan dengan skim buat duit yang dikatakan sebagai skim cepat kaya…

Ufun penipu.

Bossventure penipu.

Perfway penipu.

Arba network penipu.

Emgoldex penipu.

Emas Eta delay penipu.

To good to be true…

Jika anda terlibat dengan skim cepat kaya mohon fikirkan banyak kali untuk melakukan pelaburan dengan skin yang sedikit sebanyak fokusnya asyik duk kejar orang sahaja supaya join dan dapat duit cepat dengan bonus bertingket tingket bagai.

Kenapa perlu terkeja kejar duk rekrut orang itu ini suruh join buat pelaburan yang entah apa apa… Namun demikian ramai yang mudah terpengaruh dengan janji manis bulan bintang untuk cepat kaya.

Awas…! hati hati kawan dengan skim cepat kaya sedemikian rupa…

Aku tanya apa khabar…?

Tersungkur Di Mahligai Angan Angan… ?

Friday, January 16th, 2015

Langit tidak selalu cerah.

Kalo dah tamak memang tak boleh nak elak dah.

cepat kaya

Jangan sekali kali mudah terpedaya dengan skim cepat kaya. Keuntungan yang dijanjikan cukup manis sekali. Berkali ganda dari modal yang dilaburkan anda boleh dapat. Untung mesti ribu ribu punya daaa….

Tayang kereta mewah dan kipas kipas duit…

Jikalau asyik duk mikir nak cepat kaya aje apa cerita dengan cara tak cepat kaya? Tersisih terkedu bahasa jawabnya. Tak gitu?

Bisnes Goyang Kaki Bisnes Tak Perlu Cari Orang

Thursday, January 15th, 2015

Bisnes goyang kaki?

Selalunya mesin jahit yang bleh goyang kaki. Namun ada jugak mesin jahit tidak bergoyang kaki tetapi bergerak pantas menghasilkan jahitan yang kemas dan boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Tiada jalan pintas untuk menjana pendapatan online atau offline. Kena usaha dan terus berusaha…

Skim cepat kaya pun kena usaha jugak namun gejala skim cepat kaya akan menjadikan ramai orang terjerumus dengan kemurungan dan tekanan yang maksima. Kenapa mesti join skim cepat kaya?

Bisnes ini tak perlu cari orang…?

bisnes tak perlu cari orang

Eh kenapa pulak tak perlu cari orang?

Keluarkan modal dan anda akan dapat duit setiap bulan.

Keluarkan modal dan anda akan dapat duit setiap bulan.

Keluarkan modal dan anda akan dapat duit setiap bulan.

Keluarkan modal 1000 dan tetiap bulan dapat duit poket sehingga tiap tiap bulan. Kena tunggu dulu tempoh matang selepas 3 bulan atau 6 bulan baru dapat hasilnya… atau lagu mana?

Atas kertas memang cantik tip top plan pemasarannya… hujung hujungnya anda tidak akan tahu apakah kesan sampingannya yang akan berlaku…

bro… mohon tingkatkan ilmu dulu…
kalo tak tahu apa2 tanya. jangan duk memndai aje.
habis tu ko dah pandai sangat?
kenapa perlu cari orang bagai?

Kenapa mesti mahu terperangkap dengan omongan kosong skim cepat kaya? Bolehkah goyang kaki dan duduk diam diam tanpa perlu cari orang?

nak 10,000 dengan modal yang rendah? modal 100 sahaja.. pulangannya berganda-ganda bak jutawan… memang syok wooo… berminat?

pm saya laju lajuuuu… hahahaarrrrr

Jangan sekali kali mudah terperangkap. Selidik dahulu kemudian nilaikan sendiri adakah ia akan menguntungkan masa depan anda atau memusnahkan masa depan anda ? Fikir fikirkanlah jangan asyik tersilap percaturan pemikiran…

Nak Cari Duit Dengan Mudah? Lagu Mana Caranya?

Friday, December 5th, 2014

Baiklah…

Kena caranya memang mudah cari duit.

Tak kena gayanya memang sudah cari duit…

Sama ada online atau offline.

Susah jugak tu kalo nak fikirkan nak cari duit dengan mudah. Kalo atas kertas memang tip top dah tentunya perancangan begitu begini begitu begini… kan?

1. Mula mula kena siap sediakan mental dan fizikal.

2. Mohon jangan tamak haloba yang teramat sangat.

3. Jangan mudah putus asa.

4. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.

5. Kena usaha dengan bersungguh sungguh.

6. Kena sabar jika nak simpan dan kumpul duit untuk masa depan.

7. Buat bisnes sambilan.

8. Buat kerja sambilan.

9. Kena rajin cari ilmu tambah ilmu.

10. Jangan malas jangan asyik tido aje.

Itu aje dulu untuk kali ini. Moga usaha anda untuk cari duit dengan cara mudah akan dapat dipermudahkan dengan jayanya. Teruskan berusaha untuk tingkatkan ekonmi keluarga dan merancangkan kewangan masa depan dengan lebih tersusun.

Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal…

sekian. terima kasih.

Bijak Wang dan Bijak Labur

Wednesday, December 3rd, 2014

Kenapa mesti bijak wang? Boleh simpan duit untuk masa depan.

Kenapa mesti bijak labur? Agar duit anda tidak lebur begitu sahaja tanpa dapat dikesan entah ke mana dan anda terperangkap dengan hutang yang tidak sepatutnya anda lakukan.

Berhutang untuk meleburkan duit anda? Memang merugikan.

Anda akan terperuk sengsara dan mederita dek kerana berhutang untuk melabur konon kononnya akan dapat menghasilkan pulangan yang berlipat kali ganda. Usah terperangkap dan terpedaya.

Mohon selidik dan buat kajian kes dahulu sebelum anda menyesal kemudian hari tidak pasal pasal dek kerana sikap mahu cepat kaya tanpa sebarang usaha.

Berusaha dengan ilmu di dada yang akan menyelamatkan kewangan anda lebih baik dari berusaha goyang kaki dengan meleburkan wang anda secara sesia. Untung entah ke mana modal entah ke mana. Hutang terus berlipatkaligandakan tak terkata.

Nak berniaga dengan platform instagram?

Nak simpan duit untuk masa depan?