Posts Tagged ‘serbuan kilang roti’

Roti Pilihan Anda | Boikot Roti High 5 | Boikot Tabung Haji

Tuesday, August 12th, 2008

Isu hangat roti high 5 dan tabung haji yang cukup menarik perhatian. Sudah tentunya anda sendiri pernah mengalami situasi terjumpa benda asing dalam makanan yang dibeli dengan harapan dapat makan dengan selesanya namun hampa…

Kenapa cicak-cicak tu yang bervitamin tersebut tidak ditangkap dan diproses sehingga sebati? Lipas pun bukan calang-calang kualiti vitaminnya itu. Goreng pun sedap agaknyaa…? Fear Factor boleh laa kalo nak buat hidangan sekalipun. Tak gitu…?

Tentunya sihat dan penuh vitamin agaknya. Apakah begini caranya nak berniaga? Tanpa segan silu dan semua menda menjadi mangsa perisa roti yang bervitamin ini?

Berbeza dengan reportnya di sini kengkawan semua.

Udah mayuk forum daaa…

Gambaran roti berperisa vitamin A.

Serbuan Kilang Roti

Nak berniaga lagi ke? Boleh dibiarkan lepas begitu lagi ke?

Kenapa mesti melibatkan tabung haji pulak?

Kenapa dengan tabung haji?

Pelaburan tabung haji silverbird

Pelaburan roti high5

Kenapa perlu Boikot tabung haji?

Ragam Tabung Haji

Kilang roti nih memang sudah buat hal perihal roti high 5 nih. Semuanya sudah maklum dengan roti high 5 nih. Maklumlah roti yang lebih baik…. katanya laaaa. Dan isu berkaitan tabung haji juga semuanya sudah sedia maklum dengan pelaburan yang tinggi untuk membenarkan kembali roti high 5 pulih kembali. Tapi kenapa roti high 5?

Memang kena boikot sehingga tenat itu lebih baik rasanya. Lepas tu apa ke de halnya tabung haji gi tolong pulak? Bagus ler nak nolong tu… Kalo nolong biar kena caranya nak menolong.

Ni apa kes camginih?

Siap sedia laa operasi untuk “boikot tabung haji” yang memberikan dividen yang lumayan tersebut. Meh laa kita try boikot untuk memberi pengajaran yang setimpalnya. Depa guna duit tabung haji tu buat pelaburan duit siapa? Duit makcik pakcik yang tersimpan nak gi buat haji. Naik kapal terbang haji. Simpan di tabung haji wat beli roti. Berapa lama mahu simpan duit dalam tabung haji sebelum dapat menunaikan haji?

Berikan mereka pelajaran yang setimpalnya. Jalankan operasi “boikot roti high 5” sehingga tidak diberi peluang untuk membuat helah yang sama. Sudah semestinya tidak boleh dibenarkan lagi beroperasi untuk kesihatan orang ramai. Siapa nak makan roti high 5 perisa cicak dan lipas?

Eh ada lagi ke jenama roti high 5?

Boikot habis-habisan sehingga ke hujung dunia. Jadikannya sebagai pengajaran yang berguna untuk masa depan.