Nak bayar hutang? Ia tiada jalan magik yang pantas.
Anda perlu buat simpanan sehingga cukup target pilihan anda dengan apa yang anda mahukan, kemudian nak beli itu ini terpulanglah kepada diri anda sendiri.Sebab sudah simpan untuk membelinya, jika tidak duk diam diam sudah… hehehehe
Jika nak membeli pulak senaraikan terlebih dahulu. Maka anda boleh membeli ikut keperluan aje jangan ikut kemampuan atau kehendak nafsu yang mahu beli itu ini. Nak itu itu. Semuanya nak beli. Sudahnya anda akan terperangkap dengan gejala membeli ikut seeeedap hati nak membeli…
Simpan duit anda, kemudian sila beli emas pilihan hati.
Duit yang ada tu kena uruskan dengan sebaiknya. Hutang yang sedia ada terhutang pun kena selesaikan dengn sebaiknya.
Jika sudah terjebak dengan hutang segalanya menjadi tidak menentu, Adanya hutang seringkali berlaku tanpa dapat membayarnya dengan lancar. Gerenti ada yang tersekat sekat naluri hati nak membayarnya. Namun demikain itulah hakikatnya jika anda berhutang, kena laa bayar balik. Takkan nak suruh mak dan ayah pulak menolongbayarkan?
Dengan demikian berusaha dengan sebaik mungkin untuk keluar dari kemelut sengsara hutang yang tak berkesudahan sekiranya bayaran hutang itu tertangguh tangguh. Tersekat sekat bayarannya.
Tiada jalan pintas untuk selesaikan hutang piutang yang anda miliki. Apa yang penting adalah usaha dan ikhtiar dan bersungguh sungguh mahu membayarnya.
Di sini ada sedikit info yang berkaitan dengan tips selesaikan hutang. Semoga ia sedikit sebanyak membantu merealiasasikan impian anda untuk bebas hutang.
Lagi bagus anda membaca juga buku-buku yang berkaitan dengan kewangan contohnya Nota Jutawan, Irfan Khairi punya cerita nota hikmah kewangannya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukan sedikit rancangan bertindak untuk langsaikan hutang dengan jayanya untuk hidup lebih aman damainya.
Jangan lupa juga dengan nota nasihat dari dr chef li yang ada mengkisahkan lontaran idea untuk menjarakkan diri anda dari hutang… Pernah ada beli kan?