Posts Tagged ‘selsema babi’

Penangan selsema babi | wabak selsema babi

Monday, April 27th, 2009

Waduh… selsema babi datang melanda dunia. Untuk rekod wabak dunia yang paling pantas merebak. Seluruh dunia boleh berjangkit. Berjangkit ke serata alam maya. Wabak selsema burung sudah cukup poppular. Wabak SARS sebelum ini memang cukup gempak penangan jangkitannya. Beribu-ribu orang boleh berkubur dengan begitu mudah sekali.

GENEVA – Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia.

“Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu,” kata Chaib.

sumber berita dari website kosmo.

Babi di negara Malaysia memang popular sakan. Gempak dengan berita yang menarik perhatian ramai. Isu babi kat dunia ini memang takkan berkesudahan. Penangan selsema babi dah tentunya akan memberi impak maksima seiring dengan kegawatan ekonomi yang melanda.

Oleh yang demikian jagalah kesihatan diri anda dengan sebaik mungkin.