Posts Tagged ‘salam lebaran’

Selamat Hari Raya AidilFitri 2010

Tuesday, September 7th, 2010

Selamat menyambut syawal yang mulia kepada semua umat islam sedunia…

Sekian terima kasih….

Hari raya nih jangan nak gaduh gaduh raya daaaa…

Salam Perantauan dari jauh

Sunday, September 20th, 2009

Ya… sebagaimana biasa syawal yang menjelang tiba. Ucapan selamat hari raya dan lagu raya akan berkemundang sana sini menyambut syawal tiba.

Bagi mereka yang berada dikejauhan sudah tentunya akan mengirimkan khabar berita salam aidilfitri untuk semua.

Jom kirimkan salam perantauan anda bagi mereka yang berada dikejauhan yang tak boleh balik, terpaksa kerja, sambung pelajaran dan sebagainya menitipkan sedikit sebanyak ucapan salam aidilfitri yang mulia.

Bleh berkunjung ke ruangan salam aidilfitri berikut :

Salam Perantau BH .

Salam perantau HM .

Salam perantau UM .

salam aidilfitri untuk semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Thursday, September 17th, 2009

Salam…

Moga ceria hari ini dengan puasa yang masih berbaki dua tiga hari lagi. Ramadhan akan berlalu pergi untuk tahun ini. Meriah sakan dengan baju raya baru. Shopping tak hingat dunia. Maklumlah dah nak rayaa…

Sediakan bajet yang secukupnya mengikut kemampuan.

Rata-ratanya akan menyediakan bajet yang secukupnya untuk duit raya. Duit raya untuk bebudak raya sakan. Takder duit raya takkan nak merajuk pulak. hehehee…

>>> Dapatkan kad testi menarik hanya di MyLurVe.com!!! <<<

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Lagu raya apa yang anda suka dengar?

Kepada yang mahu balik kampung beraya sakan. Harapannya moga berhati-hati di jalan raya. Kempen keselamatan jalan raya sudah tentunya akan berterusan dari semasa ke semasa. Patuhi ondeng ondeng jalan raya.

Tag Backlinks Hari Raya AidilFitri 2008

Saturday, October 11th, 2008

Dah kena tag laa pulak dah… maka dengan penuh emosi suka cita gumbiranya memberikan jawapan balas kepada tag backlinks dari nr yummie dan jugak yazid yahaya.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Banyak pasang jugak ler semenjak dua menjak nih. Raya tahun nih sekeping dua aje laa yang ada save bajet. Baju melayu sekeping warnanya biru muda. Dan seluar slap warna hitam dan macam biasa kain pelikat warna hijau. Macthing ke tak haaaa… tak reti aaaa nak kombain warna warna nih. Kena belajar buat kombinasi warna laa pulak.

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Banyak jugak ler yang best-best makanan tradisional nih. Makanan yang saya suka sudah tentunya dodol dan jugak tapai. tapai memang tak miss setiap kali raya menjelang.

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Biskut raya pulak? Biskut raya pulak yang bestnya biskut raya yang ada kacang gajus. Laju sakan laa kalo makannya.

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Duit raya tahun nih dapat jugak ler sekitar RM300 termasuk ler dapat dengan sampul duit raya dari mereka yang masih lagi nak bagi duit raya. Tak hambik kang rezeki… jangan ditolak. Hambik aje laaa… hahahahaaa.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Malam raya lepak lepak tengok tv sesambil siapkan juadah untuk hari raya.

Kepada siapakah mahu di tag akan tag hari raya ini? Terpulanglah…

aku di tag

tag nr yummie aidilfitri

liga kampung tag dari nr yumie

earncent berapa duit raya titan

afzaiafandi tag rayalah pulak

mamairfan Hari raya tag

catzer tag dan iem

samdaddycool another raya tag

duit raya yazid yahaya

munirah tag hari raya

topo dapat tag raya

Raya pun ada tag?

sekian terima kasih untuk tag raya 2008 kali ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2008

Friday, September 26th, 2008

More AIDILFITRI graphics

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawasanya hari raya aidil fitri akan menjelma tidak berapa lama lagi. Maka sekali lagi puasa ramadhan kali ini bakal berakhir tidak lama lagi. Segala cabaran puasa sudah tentunya ditempohi dengan tabah dan sabor…

Ya… hari raya sudah dekat dan mereka yang berpusu-pusu menempah tiket bas, tiket keretapi, tiket kapal terbang dan segala tiket yang ada di atas muka bumi ini. Jangan cari pasal dengan tiket ulat sudah ler…

Moga perjalanan balik kampung semuanya selamat hendaknya. Apohal pun persiapan hari raya sudah semestinya meriah sakan dengan bebudak dan orang tua yang akan beraya sakan…. duit belanja kuar pun mesti banyak jugak untuk disampulrayakan untuk sanak saudara….

Ucapan selamat hari raya sebagaimana biasa akan disampaikan tak kira di mana jua berada. Cuma caranya sahaja yang berbeza mengikut kemampuan sama ada menggunakan sms atau kad fizikal atau kad raya online. Nak kad raya online ke? Anda boleh mendapatkan ekad raya percuma online di sini…

Kedaikad | INTM | Mesra.net | Cari.com | The Star | 123Greeting | KadRayaViral

| Hantar eKad Raya Percuma

Bagi mereka yang mahu menghantar ucapan hari raya secara online dengan menggunakan video pilihan anda sendiri anda boleh menjenguk senarai video ucapan hari raya dari salam perantau di sini.

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin