Posts Tagged ‘rezeki hari hari’

Apesal hang tak menabung dari dulu lagi…?

Saturday, August 17th, 2013

Apesal hang tak menabung dari dulu lagi…?

Tentu terkesima seketika. Maknanya menabung dari kecik lagi… Menabung nih memerlukan satu disiplin yang kukuh dalam minda dan sanubari. Maka dengan demikian rupa kena tetapkan matlamat untuk perbaiki pemikiran simpanan 10% …

Percayalah… Selalunya kita akan gagal. Gagal untuk menabung dengan jayanya. Namun dengan kegagalan itu kita harus bangkit kembali mendisiplinkan diri kita agar rezeki itu hadir dengan berjemput tanpa tersangka sangka rezeki mengalir dengan derasnya.

eco03-246x300

Mungkin di kala ini, apabila kita simpan duit, kita niatkan,

– Menyimpan untuk kecemasan

Niat ibarat doa. Dengan izin Allah, apabila kecemasan berlaku, kita terpaksa mengorbankan saving 10% kita. Yang sebaiknya adalah,

“Menyimpan untuk membina kekayaan. Agar kekayaan harta semakin meningkat tiap hari.”

Niat = doa. Maka, oleh sebab itu, niat yang tepat dan betul. Dengan izin Allah, ia jadi kenyataan. Simpan walau 10 sen tiap hari.Ini adalah impak konsisten menyimpan … walau sedikit.

10 sen x 30 hari = RM3
RM3 x 12 = RM36
RM36 x 36 = RM1296

Sejak sahabat saya mengenal guru bisnes saya, di kala itu beliau terjerumus dengan sindiket simpan 10% tiap pendapatan. Mula-mula liat juga. Dengan izin Allah, apabila dah biasa, jadi tabiat. Beliau mula tukar niat daripada simpan untuk kecemasan, kepada kekayaan harta semakin meningkat tiap hari.

Apabila direnung, hati beliau bermonolog,

“Di mana duit simpanan aku sejak beberapa tahun yang lalu?”

Tiada istilah lambat. Apa yang penting adalah memulakan tabungan apabila telah terima ‘ketukan’.

Ia adalah antara tip dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki. Bagaimana simpanan 10% tiap pendapatan kita ‘menjemput’ rezeki daripada perspektif yang lain.

eco03-246x300Dapatkan info selanjutnya di sini –> Sistem Menjemput Rezeki