Posts Tagged ‘program kutu khayalan’

Kenapa perlu hapuskan program kutu wang pos?

Tuesday, May 18th, 2010

Lupakan sahaja apa apa program kutu atas muka bumi malaysia nih. Nak bantu orang kononnya… Suatu helah masa silam yang cukup lapok.

Macam bujang lapok pulak dah…

Mesti gempak sakan jika program kutu dihapusteruskan.

Kenapa? Sebab ia membuang masa anda. Nak bantu siapa jika ia dikendalikan oleh syarikat yang mengutip deposit tanpa belas kasihan. Tricknya cukup mudah dengan moto keramat :

Nak tolong orang ramai… Kami bantu anda meringankan beban kewangan syarikat kami.

Tu tambahan ayat pemanis aje la. Mana-mana syarikat kutu yang tumbuh ikut sesedap hati aje dah tentunya akan memikirkan keuntungan demi keuntungan semaksima mungkin. Kecuali anda adalah tokei kutu yang cemerlang tersebut.

Memang la dapat nolong ramai orang. Ramai lagi yang terlopong tak dapat apa-apa hasil yang menguntungkan jika hanya sekadar untuk speed duit aje.

Semua usaha untuk mendapatkan wang perlukan pengorbanan yang cukup perit. Nak dapatkan seringgit atau seratus ringgit bukan mudah. Nak habiskan duit aje memang mudah… Lupakan aje program kutu masa kini. Fokuskan kepada cara cari duit yang sebenar. Jangan sekadar mengharapkan program kutu khayalan indah khabar dari rupa…

Sekian terima kasih.