Posts Tagged ‘poket kosong’

tukang urut elektronik

Friday, November 30th, 2007

assalamualaikum…

Apo khabar semuanya? moga sihat dan ceria selalu hendaknya…

Kali ini citer berkenaan jurujual lagi… dah banyak ketemuan dah sebenarnya. Apa yang menariknya di sini adalah semangat mereka terus berusaha untuk mendapatkan sedikit duit poket untuk menampung kehidupan yang mendatang…

“Ko beli apo tu? Kenapa mainan katak tu yang ko beli? Takder mainan lain ke ko nak beli?”

“Eh nih bukan permaianan untuk kanak-kanak bang. Ini alat pengurut lenguh-lenguh badan elektronik. Sihatkan urat-uratan yang lenguh-lenguh tatkala bekerja tak tentu masa. Asyik melengkor aje tatkala boss tak ada…”

Inilah dia caranya untuk anda memperolehi pendapatan secara sambilan dengan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari sedikit wang bagi meneruskan kehidupan. Mereka tetap berusaha untuk mendapatkan walau sedikit wang dan pengalaman biarpun menda yang dijual itu tidak laku. Frame gambar? Alat permainanan kanak-kanak atau pisau serbaguna yang boleh dijual kepada sesiapa yang berminat.

Namun hakikatnya mereka tidak ada duit dalam poket mereka. Oleh itu jika anda mahukan sedikit wang poket dan tidak mahu membiarkan poket anda kosong… ada baiknya anda meneliti tawaran ini untuk mendapatkan duit poket anda sendiri. Anda boleh jual buku motivasi kewangan. Ada berani?
Untung-untung dapat untung yang lumayan walaupun dengan hanya berjalan kaki… Dari mengheret kotak barangan elektonik yang tidak dimahukan orang yang boleh dibeli di pasaraya yang terdekat… Beg sandang penuh dengan barangan untuk dijual ke sana ke mari.

Kalo minat nak jadi jurujual tak apa. Jangan buat secara terpaksa sudah laa. Terpaksa jadi jurujual itu yang tak nak.

Apa yang saya respek dan tabik spring ialah semangat berusaha mereka itu yang saya cukup teruja. Sudah tentunya mereka telah berlatih dengan cara yang tersendiri dan diberikan panduan bagaimana berdepan dengan penolakan demi penolakan. Memang perit kalo ramai yang mengatakan TAKNAK! Asyik tak nak aje? Memang taknak!

Saya pun mengatakan taknak jugak walaupun harganya memang harga patut untuk jualan frame gambar atau katak pengurut elektronik.

Ada cop sirim ke?

Saya pun nak try cuba jugak cara jurujual tersebut namun bukan alat permainan entah apa-apa yang tidak dimahukan orang. Cuma buku panduan terhangat di pasaran yang boleh dimiliki oleh mereka yang mahukannya. Jika tidak mahu sekarang mereka boleh menghubungi saya lain kali dengan menyediakan kad nama…

Kalo encik mahu… encik boleh menghubungi saya jika ada kelapangan masa dan wang yang secukup rasa sekiranya encik tidak mahukan poket encik kosong lagi sekali…

Kalo jual buku poket kosong memang mereka akan menyatakan mereka tak ada duit. Untung-untung dapat jugak buat demo untuk beli buku tersebut dengan jayanya tatkala mereka pening duk mikir duit takder poket pulak kosong… hahahaha…

Nampak menarik, kan? Jadinya…Kepada mereka yang telah sedia menjadi jurujual terjah menerjah dari satu lokasi ke lokasi yang lain tersebut… Cuba anda fikirkan siapa yang taknak poket mereka kosong????

Dan supaya poket mereka tidak kosong lagi??? Anda boleh mendapatkan maklumat bagaimana untuk berjimat dalam kadar yang berpatutan untuk meneruska kehidupan seharian anda selagi hayat masih ada.  Maka cara penjimatan yang maksima ini memang sepatutnya anda miliki dengan seberapa segera untuk menyelamatkan ekonomi anda dari menjadi gawat dan tidak menentu…

sekian terima kasih…