Posts Tagged ‘perokok tegar’

Puasa : Masa Latihan Berhenti Merokok

Friday, August 21st, 2009

Rokok? Kenapa anda perlu merokok?

Kepada perokok tegar. Ini ada mesej untuk anda semua.

Bulan puasa sudah gerenti suatu masa yang sesuai untuk mereka berhenti merokok. Katakan tak nak kepada rokok. Kenapa harus membazirkan wang anda hanya semata-mata untuk membeli rokok. Bukan sekotak dua sehari malahan berkatun-katun sanggup dihabiskan wang ringgit untuk membeli rokok.

Katakan tidak kepada rokok.

Mulakan hari ini dengan hidup yang ceria dengan berlatih berhenti merokok. Hentikan… hentikan… hentikan merokok.

Jom kita berlatih berhenti merokok. Jimatkan belanja dapur anda untuk masa depan dapur anda yang lebih bernilai tinggi. Dapur tak berasap bang weiii… Rokok aje yang berasap? Berasap kepala minda jawabnya kepul-kepul.

Jagalah kesihatan anda dan juga orang sekeliling anda serta keluarga anda dari bahaya asap rokok.

Sekian terima kasih. Selamat berlatih tidak merokok.

Layari lubuk duit internet  di sini:

klikjer

Ramadhan dan Rokok dan Belanjawan 09

Thursday, September 4th, 2008

Rokok sudah tentunya naik harga dengan begitu konsisten sekali setiap kali pembentangan belanjawan gula-gula yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini. Cakap-cakap berkenaan rokok naik harga bukan lagi perkara luar biasa yang boleh diperhatikan di mana jua tatkala isu berkenaan rokok berbangkit.  Tahun terkedepan untuk 2010 sudah tentunya tetap akan naik lagi setiap tahun… padahal harganya tetap akan naik mengikuti perkembangan semasa. Rokok sebungkus berapa harga? RM10 ke…? Bak sini sekilo dua… masih mampu untuk membelinya…

Ramadhan sudah tentunya akan menghadkan seseorang perokok itu tidak boleh merokok di siang hari. Waktu berbuka terpulang ler nak merokok berapa banyak sekalipun. Ramai yang merokok takleh nak tinggalkan rokok walaupun untuk seketika. Bukan apa kalo dah menjadi perokok tegar. Memang tak boleh nak tinggalkannya biarpun merokok tidak kool kata mael. Masa yang paling ideal untuk anda mengawal perbelanjaan untuk merokok di bulan ramadhan. Namun demikian sudah tentunya ia menjadi situasi yang merimaskan bagi mereka yang menjadi perokok tegar. Biarpun harga naik, belanja untuk rokok tetap kena persiapkan juga… itulah realitinya kehidupan mereka yang merokok… Bila mau berhenti… atau sukar untuk berhenti… bergantung kepada diri mereka sendiri…

Sudah pastinya dan cukup sedia maklum berkenaan bahaya rokok. Boleh cari carian berkenaan bahaya merokok kepada diri sendiri dan jugak bahaya rokok kepada orang di sekeliling anda. Lebih-lebih lagi bahaya kena denda lantaran merokok di lokasi larangan merokok biarkan terpampang label “katakan merokok itu tak nak”. Melayang modal untuk beli rokok kalo kena denda…

Bahaya rokok. Kuatkah antibodi yang anda miliki untuk mempertahankan kesihatan yang lebih bernilai tinggi dari kenaikan harga rokok setiap kali belanjawan dibentangkan dalam ruang legar debat perlimen tersebut? Sudah pastinya pengumuman harga rokok yang menjadi tanda tanya berapa akan naik untuk tahun ini dalam belanjawan tersebut dan belanjawan-belanjawan yang akan datang? Anda sendiri yang tentukan belanjawan rokok harian anda.

Berapa banyak perbelanjaan untuk merokok anda keluarkan? Sudah tentunya anda boleh mengiranya dengan berhemah dengan mesin kira automatik anda sendiri dalam kehidupan seharian. Senarai perbelanjaan harian sudah tentunya termasuk juga dengan perbelanjaan untuk rokok. Lebih pulak tu untuk rokok…

Soalannya kenapa anda perlu merokok? Maka ramadhan adalah masa yang sesuai untuk anda menilai perbelanjaan terhadap rokok kesayangan anda tersebut. Anda sendiri boleh membuat perkiraan dan belanjawan rokok harian yang anda sediakan khas untuk tabung rokok anda. Sekian terima kasih…