Posts Tagged ‘perniagaan online’

Untung Seringgit Sahaje? Bila Nak Kaya?

Monday, November 10th, 2014

Jika untung banyak yang anda kejar tetapi tersungkur tengah jalan rugi tak hingat dunia dengan tamak haloba entah peringkat jurus ninja apa entahnya maka lebih baik untung seringgit sedikit demi sedikit tanpa perlu berlaku kejadian yang tidak tersangka sangka.

Perniagaan apa sekalipun bermula dengan untung yang sedikt baru dapat untung banyak banyak. Ada masa untung dan ada masa ruginya. Tak gitu?

Lagu mana nak buat?

Kena belajar dulu laa pasal perniagaan online. Jika semuanya nak mudah dan nak senang lenang lebih baik cari cara yang lebih selamat dengan belajar ilmu perniagaan terlebih dahulu. Jika pakai redah aje entah ke mana hasilnya.

Rugi masa dan tenaga aje…

Dah tu jangan duk termenung rugi duit rugi masa. Mulakan hari ini  belajar ilmu perniagaan dengan cara yang betul.

Peluang masih ada untuk anda belajar dan bermula dengan lebih bijak dengan ilmu perniagaan internet.

Gi dapatkan kursus online dekat sini :—->>> Kursus Perniagaan Online

Kerja Lebih Mudah | Kerja Mudah Apa Yang Lebih Mudah?

Wednesday, July 15th, 2009

Kerja Mudah mana yang lebih bagus? Nak kerja dengan kerajaan ke nak berniaga sendiri? Kerja kerajaan pun best. Berniaga sendiri pun best. Tidak ada kerja mudah dalam dunia ini.

Apakah kerja yang cukup mudah sering anda lakukan dalam kehidupan seharian anda setiap hari? Tidak ada cara yang mudah untuk kerja kat mana-mana pun. Segalanya memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya biarpun kerja mudah itu untuk penuhkan akaun paypal anda.

Nak kerja apa sekarang ini? Persaingan jugak sengit untuk mendapatkan kerja dengan kerajaan. Bukan kerja mudah untuk lulus temuduga dengan jayanya. Semuanya memerlukan persediaan yang cukup rapi untuk berjaya dalam mana-mana temuduga. Namun demikian anda juga perlu bersedia dengan segala kemungkinan anda tidak akan mendapat kerja yang anda pohon tersebut. Dengan mudahnya tawaran kerja yang anda minta tersebut terpaksa anda lepaskan begitu sahaja.

Tapi tidak mengapa. Ia bukan penamat untuk segala-galanya untuk anda berhenti dari terus mencari kerja dengan penuh semangat waja. Banyak lagi ruangan kerja yang boleh anda cari untuk anda berkhidmat dengan mana-mana syarikat yang layak untuk anda hadiri temuduga dengan persediaan yang rapi.  Seterusnya dengan mudahnya anda boleh bekerja dengan jayanya. Sekiranya anda tidak berjaya dengan kerja yang anda cari. Jangan pula mudah putus asa. Rezeki pastinya ada di mana-mana.

Peluang masih ada untuk anda mahu tambah duit sambilan. Anda boleh mencuba perniagaan online menggunakan mudah.com.my. Contoh mereka yang telah berjaya menggunakan platform mudah.com.my dengan jayanya. Namun demikian tiada kerja mudah untuk anda lakukan sekiranya anda mahu berjaya dalam perniagaan online. Anda perlu belajar dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan online. Fikir fikirkan dan selamat beramal lantaran tiada kerja mudah.

Kedai online pilihan terkini untuk usahawan internet

Saturday, May 9th, 2009

Kedai Online lokasi beli-belah online masa kini.

Hari ini mau citer pasal kedai online. Kenapa penting sangat ada kedai online? Apa faedahnya menggunakan sistem kedai online untuk membina perniagaan?  Macam biasalah kalo menggunakan medium internet yang boleh memudahkan pelbagai produk pilihan dibeli menggunakan internet. Mudah dan senang.

Kedai online beliau telah dibangunkan oleh Niagakit punya team dari flarebiz. Memang mantap kalo guna pakej niagakit untuk membina kedai online. Beliau telah membuat pilihan yang bijak menggunakan sistem niagakit yang memang berbaloi. Susun atur dan design yang menarik memudahkan para pelawat untuk menggunakan kedai online dengan lebih selesa. Design pun menarik namun boleh diperkemaskan lagi mengikut edaran zaman dari semasa ke semasa.

Harganya? Sudah tentunya berpatutan untuk anda miliki secara online.

Produknya? Perihal produk yang ditawarkan oleh kedai online ezyshop2u adalah seprti barangan kenderaan aksesori kereta, produk kesihatan dan kecantikan juga makanan dan minuman yang anda boleh order secara online. Produk pilihan bayi dan kanak-kanak juga anda boleh dapatkan dari ezyshop2u. Boleh ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan ramai jika servis jualan terus mantap.

Method penghantaran produk : Method pos laju dan express kanggaroo digunakan oleh kedai online easyshop2u dengan tambahan kemudahan pembayaran yang pelbagai pilihan untuk membuat bayaran seperti paypal, maybank cimb dan selebihnya lain lain pembayaran online yang boleh ditambah sedikit masa lagi dari semasa ke semasa.

Habis cerita pasal kedai online.

Tidak lupa jugak dengan direktori perniagaan online yang disediakan untuk menampatkan laman-laman web pilihan mengikut produk pilihan masing-masing. Bermakna anda boleh membuat pengiklanan secara tak langsung menggunakan link direktori untuk mempromosikan website anda.

Cara untuk submit website anda buat masa sekarang adalah percuma. Berkemungkinan boleh terkena tempias untuk mengenakan sedikit bayaran untuk menempatkan site anda di dalam direktori perniagaan. Selagi percuma anda boleh menempatkannya di sana dengan suka relanya.

Dengan membuat submit ke ruangan direktori perniagaan berkenaan anda boleh mendapat backlinks secara tidak langsung dan mendapat tempat ke lokasi tempat pertama di enjin carian google dengan kata kunci kedai online.

Itulah dia punya cerita berkenaan Direktori Perniagaan

Sebuah nukilan kekecewaan masa kini

Thursday, November 20th, 2008

Kenapa ya…? Kenapa mereka yang menyertai program affiliates boleh membuat jualan yang lebih dari mereka yang tidak dapat membuat jualan langsung. Sungguh kecewa sekali…

Saya sarankan anda senaraikan sebab akibatnya kenapa anda tidak berjaya menjadi affiliates yang berjaya menjual lebih dari affiliates yang lain. Top Affiliates sentiasa…

Berapa banyak jualan online yang telah anda hasilkan sepanjang anda menyertai satu atau dua atau beribu-ribu program affiliates yang ada. Namun hampir putus asa. Atau kecewa yang teramat sangat…?

Arrgghhh kliknya banyak. Jualannya tidak ada langsung. Sudah tentunya anda akan rasa cukup kecewa sekali. Siapa yang tak kecewa… promote bukan main sakan. Banyak masa terbuang begitu sahaja…

Buang masa aje join affiliates. Buang karan aje…

Soalannya Kenapa dan berulangkali kenapa? Saya sendiri cukup kecewa sebab hasilnya tidak begitu nampak lumayan. Nak jadi jutawan affiliates kononnya… Kononnya laaa…

Cukup teruja melihat mereka dan terkebil-kebil sambil berkata…

banyaknya ko dapat…

tahniah banyak-banyak…

wah ko dapat komisen lagi….

aku masih terkeciwa…

Apakah dia persoalan yang seringkali berlegar di kepala minda anda? Sudah tentunya persoalan sebegini yang berikutnya:

– engkau tak apa laaa Mailing List ko ramai, banyak ko boleh buat jualan… sekali atau berkali petik aje terus dapat beberapa jualan. Nak bina mailing list dulu laaa…

– engkau punya trafik website ko sakan siot punya banyak, sudah tentunya dengan mudah dapat membuat beberapa digit jualannya dengan mana-mana program affiliates dengan langkah yang pro aktif..

– aku nih siapa sangat yang nak beli dari aku, engkau tu lain laa reputasi ternama dan dikenali lagi dipercayai. Maka jawapannya sudah tentunya dengan mudah dapat merebut peluang membuat mana-mana jualan yang engkau inginkan. tak gitu?

– Ceh.. bajet aku dengan engkau mana nak sama. Ciput aje memanjang. Engkau punya bajet.. fuyoooooo. Banyak sakan. Dengan mudahnya dapat mengeluarkan modal untuk membuat pengiklanan kat berita harian ke… harakah ke… media cetak ke … pengiklanan online berbayar ke… cukup mudahkan kalo ada bajet yang banyak. Banyak bajet wooooooooooooo…. aku pulak ada banyak bajet???

– Aku nih mana ada pengaruh sangat dalam dunia internet nih… Maklumlah masih belum ada pengaruh sakan. Lain citer laa engkau yang ada pengaruh. Pengaruh yang bagaimana? Networking yang mantap… Pengaruh networking yang mantap nih banyak jugak membantu apa-apa jualan yang ingin anda lakukan. Setiap kali ada produk terhangat… dengan mudahnya jualan akan terhasil…. Lebih-lebih lagi networking MLM.

– Punya kelebihan yang tersendiri yang cukup tidak adil…. Tengok bagaimana yang boleh aku buat untuk membuat jualan. Engkau sudah tentunya mempunyai bakat yang tersendiri untuk menghasilkan jualan yang berganda itu. Sekali lagi dengan kelebihan yang tersedia ada tersebut membuatkan rentak engkau kian menjadi jadi hasil jualannya. Kalo tidak banyak sedikit lebih. Kalo tidak sedikit sudah tentunya banyak yang engkau dapat…

Nukilan kekecewaan dengan program affiliates…

Yea yeaa… sudah tentunya aku, engkau, kamu dan sekalian mereka yang membuat promote giler-giler tidak keseorangan dalam nukilan kekecewaan ini. Sungguh sedih sekali….

——————–

habis daaaa… sambung lain kali daaaaa…

perghhh….. kecewa siot laaaa pulak…

sabor… sabor teman teman semuaaa… usah gundah gulana. Jangan kecewa merana jiwa….

Mari kita tengok lagi catatan Nukilan Terkecewa Dengan Program Affiliates.

Sila-sila jangan segan silu…

Perniagaan Sambilan Makan Gaji Seiring

Monday, November 17th, 2008

Kerabu Pucuk Paku Mat Over

Perniagaan sudah tentunya banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang berani berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Makan gaji still dapat menampung keperluan semasa setiap bulan. Kalo makan gaji dan buat perniagaan secara sambilan sudah tentunya boleh meningkatkan sumber pendapatan yang sedia ada.

Ada yang bekerja sambil berniaga. Ada yang berniaga sambil bekerja. Kerja makan gaji tetap berjalan seperti biasa dan perniagaan juga berjalan seiring sam maju. Bagaimana mahu bekerja sambil berniaga? Sudah tentunya kita boleh membahagikan tugasan perniagaan tersebut kepada sesiapa yang mahu dan sedang mencari kerja. Anda boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Jika tidak mahu mengambil pekerja orang yang sembarangan sudah tentunya anda boleh meminta bantuan dari rakan rakan yang ada anak buah mereka untuk bekerja dengan anda. Cukup mudah. Kerja tetap anda terus berjalan tanpa apa-apa kerenah sehingga anda betul-betul bersedia untuk berniaga sepenuh masa dan membina empayar perniagaan anda sendiri.

Jangan pulak nanti terkejar sana sini. Kerja entah ke mana… perniagaan pulak entah ke mana. Siapa yang rugi? Sudah tentunya kedua-duanya akan menjadi rugi… hilang kerja daaa… duit berniaga hilang daaaa…

Sekiranya anda berkehendakkan perniagaan yang boleh anda pertimbangkan pada masa lapang secara online. Mungkin juga anda boleh pertimbangkan perniagaan online di sini yang begitu mantap sekali panduan yang boleh anda ikuti.

Bekerja pun masih boleh untung. Rugi tak kalo lepaskan peluang. Kerja tetap sekalipun masih berpeluang buat duit secara sambilan. Cuba tengok di sini… tengok lah jangan tak percaya.

Jika anda takut kehilangan kerja anda. Inilah peluangnya untuk anda menimba pengalaman dalam perniagaan online secara sambilan tanpa menjejaskan kerja harian anda sebelum anda berhajat untuk berhenti kerja.

Psst : Tidak ada jaminan untuk perolehi keuntungan dalam masa yang singkat.

Sebelum tu dengar dulu sekejap lagu kerabu pucuk paku.

kerabu pucuk paku pun okey jugak untuk mulakan perniagaan anda…