Posts Tagged ‘pemasaran online’

Bengkel Pemasaran Google Adwords

Sunday, April 5th, 2015

Pemasaran biar kena dengan caranya yang tersendiri. Bukan main hentam keromo gitu aje. Ada pelbagai ragam cara promosi yang anda boleh gunakan dalam kehidupan sebagai usahawan tegar dalam dunia perniagaan online.

bengkel google adwords

Bukan sekadar buta buta tuli tuli ikut sedap hati aje nak buat promosi. Ada promosi berbayar dan ada promosi yang percuma. Ada cara promosi kepada semua orang dan juga ada cara promosi yang lebih dekat dengan orang yang betul betul target nak beli. Jika tidak usaha promosi anda sesia sahaja. Rugi masa dan wang.

Sebagaimana yang telah diketahui platform percuma seperti media sosial instagram memang boleh meroketkan jualan anda dengan tekniknya yang tersendiri. Begitu juga dengan platform berbayar seperti google adwords. Bayar dulu dan kemudian tunggu hasil mahsyuknya dengan riang dan gembira.

Kerana itu kena ada caranya nak buat promosi…

kena buat kajian..
kena buat kajian..
kena buat kajian..

dan kena timba pengalaman…

Jika anda tidak mahu pening kepala duk pikir pikir cara marketing yang bagaimana yang hendak dibuat yang hendak digunakan setiap hari alih alihnya jualan asyik menurun aje… tambah pulak kos iklan terus mengalir laju laju laju buaiku laju sakan alih alihnya tiada hasil. Lagipun kos untuk buat iklan semakin mahal. Takkan nak bedal iklan mahal kemudian hasil mahsyuknya entah kena mana. Tak gitu?

Lagi satu problemo lain adalah tiada staff pengurusan pemasaran yang berkaliber disebabkan tiada bajet yang mencukupi. Acaner nak buat iklan yang berkesan kalo dah gitu situasinya…

Cuba anda fikirkan… Lebih baik guna cara jalan pintas pemasaran yang lebih berkesan.

Eh? Ada jalan pintas ka?

Itu pasal punya cerita kena belajar cara pemasaran yang berkesan dengan google adwords.

Dengan demikian anda boleh kurangkan kos dan dapat tingkatkan conversion yang lebih berbaloi lagi dengan pemasaran google yang lebih berkesan.

Dah tu gi daftar segera bengkel dari sifu adwords yang telah banyak membantu orang ramai buat duit dengan jayanya menggunakan plaform google adwords.

Lubuk Duit Dengan Pemasaran Menggunakan Pinterest

Saturday, November 24th, 2012

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Pemasaran Menggunakan Pinterest

Sama seperti mana-mana rangkaian portal sosial lain yang menawarkan beberapa teknik pemasaran yang membolehkan anda memperkenalkan syarikat atau jenama anda kepada pelanggan baru seperti Facebook dan Twitter -Pinterest juga mempunyai fungsi yang sama. Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk menggembangkan perniagaan anda. Anda seharusnya fokus untuk mendapatkan pengiktirafan jenama untuk produk dan perkhidmatan anda, dan mendapatkan trafik tertentu ke laman web anda. Setelah mereka tiba di laman web anda, sudah tentu anda ingin menukarkan trafik ini kepada pelanggan anda dan mendapatkan jualan dari pada pengunjung tersebut. Jadi, mari kita mulakannya. Sudahkah anda bersedia untuk menjadi kreatif?

Pinterest ialah satu laman web sosial yang menggunakan konsep visual. Oleh itu, perkara paling asas adalah anda perlu meletakkan kandungan berbentuk visual di dalam ruangan Pinterest anda. Anda akan membuat papan pin dan kemudian memaparkan kandungan visual anda yang terbaik di sana. Maka kreatifkan minda anda mulai saat ini.

Secara mudahnya,  konsep Pinterest adalah seperti anda sedang mengantung satu papan tanda mengenai diri anda yang boleh dilihat oleh semua orang yang mengunjungi portal Pinterest anda. Lebih banyak perkara yang anda paparkan di atas “papantanda” anda itu maka akan lebih faham pengunjung anda tentang diri anda. Gunakanlah kreativiti anda sebaik mungkin untuk meletakkan nama papan tanda tadi, jadikannya sesuatu yang menarik perhatian dan mudah diingati. Apabila papan tanda tadi sudah dibuat, anda sudah bersedia untuk memaparkan kandungan kepadanya.

Laman muka surat dan gambar yang anda paparkan di papan ini mestilah lebih daripada gambar biasa. Pastikan ia sesuatu yang menarik perhatian supaya pengunjung akan singgah untuk mengamatinya dengan lebih teliti. Paparan yang tidak menarik sesiapapun tidak akan memberi nilai kepada perniagaan internet anda. Ingat bahawa anda juga boleh memaparkan video, yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.

Kebanyakan daripada jenama perniagaan yang besar memberikan perhatian kepada kehebatan pemasaran visual secara online, dan bagaimana ia boleh menimbulkan emosi yang diinginkan daripada pengikut. Syarikat-syarikat berjenama besar telah lama menggunakan pemasaran visual melalui iklan di television dan majalah sejak sekian lama. Portal Pinterest ini cuma menjadikan pemasaran visual ini lebih menarik melalui internet.

Salah satu platform yang digunakan ialah Instagram untuk iPhone atau Android. Namun hingga kini, ia belum disediakan untuk Blackberry. Instagram membolehkan perniagaan-perniagaan untuk menggunakan gambar sebagai sebahagian daripada skim pemasaran dalaman mereka. Bahkanlagi, dalam beberapa tahun sahaja Instagram telah mempunyai lebih daripada 15 juta pengguna yang telah memuat naik 400 juta gambar. Syarikat-syarikat seperti Starbucks dan Red Bull mengunakan Instagram dalam pemasaran dalaman mereka. Anda perlu mengambil kesempatan atas aplikasi yang berguna ini.

Sebenarnya Pinterest menyediakan peluang pemasaran yang amat berkuasa. Oleh kerana Pinterest adalah laman web yang masih baru dan menggunakan konsep media sosial, ramai yang menyedari akan laman web ini, namun tidak ramai yang menyedari bahawa ia adalah satu alat yang mereka patut gunakan untuk memasarkan perniagaan mereka, dan menghantar trafik tertentu kepada laman web mereka. Saya telah memberitahu anda rahsia ini. Persoalannya sekarang, apa yang anda akan lakukan dengan maklumat ini? Sekarang ini anda mempunyai peluang untuk menjadi antara yang terawal menggunakannya.

Oleh itu, carilah peluang bagaimana anda boleh menggunakan portal Pinterest sebagai salah satu cara untuk anda melakukan pemasaran percuma dan berkesan untuk perniagaan internet anda.

Pemasaran Menggunakan Pinterest