Hang kerja apa sekarang?
Tak kerja apa-apa lagi buat masa sekarang.
Hang berniaga apa sekarang?
Tak berniaga apa-apa lagi buat masa sekarang.
Susah betul kalo tak kerja. Susah jugak kalo tak berniaga. Habis tu nak buat apa? Duduk terrmenung aje laa kerjanya. Jika anda mahu berniaga atau menjadi usahawan tidak semua orang boleh menjadi usahawan. Dengan purata ramai orang yang sedang berdepan dengan potongan kadar pendapatan yang amat mengerikan bagi mereka yang akan hilang pekerjaan sudah tentunya mereka akan hilang punca. Nak kerja apa pulak lepas nih? Itu bermakna anda telah dipecat dari keselesaan bulanan yang anda terima setiap bulan. Tiada lagi pendapatan bulanan buat anda.
Perniagaan online pun mempunyai cabarannya yang tersendiri. Jika tidak anda juga akan tewas dan kerugian. Memanglah sekali pandang nampak mudah. Mudahnya jika anda mempunyai guides yang mencukupi dan menyoroti langkah usahawan internet yang telah berjaya. Mana lagi mau tengok kejayaan usahawan internet jika tidak dengan platform ebay. Ramai yang telah berjaya bertatih dengan ebay biarpun dengan sedikit jualan atau banyak jualan. Sedikit jualan bermakna hanya sedikit keuntungan yang dapat. Jika laju jualan bermakna tersenyum lebar tukang buat jualan mouse pad yang berharga beberapa ringgit cuma.
MajalahIM telah mengetengahkan ulasan berkenaan perniagaan online iaitu ebay yang dikatakan sebagai platform untuk anda memulakan perniagaan online jika anda tercari-cari peluang buat duit online. MousePad pun laris dengan lajunya.
- 3 Tip Mudah Untuk Membeli di eBay
3 cara mudah untuk membeli di ebay? Susah jugak nak membeli die bay sehinggakan diketengahkan 3 tip mudah untuk membeli diebay. Bukan main bedal begitu aje untuk membuat pembelian die bay. Kalo takder tip mudah camginih tak boleh ke? Jawapannya… dapatkan 3 tip mudah tersebut tatkala anda membuat belian apa-apa produk kesukaan anda di ebay. Jangan terpedaya sudah ler dengan majalahim.
- Kaji Selidik Sebelum Memasuki Pasaran Jualan
Berkenaan kajian kes berkenaan pasaran antarabangsa yang menguntungkan, siapa yang taknak untung kalo dah mulakan langkah dengan ebay. Tanpa kajian selidik menyelidik sebelum anda memulakan perniagaan di ebay memang agak parah sedikit. Bukan main ikut suka hati aje nak buat jualan. Nampak mudah sungguh beriya-iya nak buat jualan kat ebay. Terkontang kanting jadinya tak tahu nak jual apa yang laris dan apa yang tidak. Sekali melangkah untuk membuat pengkajian pasaran ia akan menjimatkan sedikit masa anda dari kerugian banyak masa yang terluang. Dengan kajian pasaran yang telah anda lakukan akan menjadikan keuntungan anda berlipat kali ganda.
- Promosi Menggunakan Blog
Apa jua perniagaan memerlukan promosi. Salah satu caranya menggunakan platform tambahan blog untuk buat duit dengan ebay. Apa citer nak guna blog buat promosi perniagaan ebay anda? Kenapa perlu menggunakan blog? Boleh harap ke promosi guna blog untuk melariskan jualan ebay anda? Sudah tentunya blog mempunyai tarikan yang tersendiri untuk anda membuat promosi promosi dan promosi. Tiada promosi sudah tentunya perniagaan anda akan menuju ke arah kemusnahan alam sekitar yang teruk.
- Pelan Perniagaan Online Anda
Ini satu lagi citer yang menarik jika anda mahu berjaya dengan menggunakan ebay sebagai perniagaan sampingan anda. Menda nih tersangat penting dalam perniagaan online jika anda mahu berjaya dengan ebay. Bukan mudah untuk berjaya dengan ebay jika sekiranya anda , kamu dan sekalian orang yang sedang mengalami krisis kewangan yang gawat. Dengan aturan pelan perniagaan yang bersepadu dan mantap sudah tentunya anda boleh menyusun strategi-strategi yang tersendiri untuk terus berdiri gagah dengan perniagaan online di ebay. Jangan bankrupt sudah…
Apa lagi nak citer? Kupasan sambil lewa sahaja… Dapatkan aje malajahim yang memberikan sedikit sebanyak info yang berguna kepada masyarakat setempat anda. MajalahIM wadah keceriaan online.