Posts Tagged ‘niaga nasi lemak’

Cerita Nasi Lemak Goreng

Thursday, February 26th, 2015

Jom pekena nasi lemak goreng

Nasi lemak goreng di tv3.

Sarapan apa hari ini? Mesti ramai yang duk cari sarapan waktu pagi malam petang… Jika cerita pasal makan memang tak sudah sampai bila bila. Nasi lemak kopi O memang dah popular. Kemudian ada yang semakin mendapat perhatian lagi berkenaan nasi lemak goreng. Lepas nih boleh pekena nasi lemak goreng teh tarik dengan santainya bersama keluarga tersayang.

Ada sahaja lokasi nak gi jenguk tempat makan yang best. Lagi best jika dapat masak sendiri nasi lemak dan makan sekeluarga. Tak gitu?

Inovasi dari nasi lemak biasa kepada nasi lemak goreng. Nak nasi lemak goreng? Sila belajar cara cara untuk buat nasi lemak goreng dan buat bisnes nasi lemak goreng. Sekian terima kasih.

Tips dan cara berniaga nasi lemak 2

Sunday, January 8th, 2012

Nah kita sambung lagi tips dan panduan cara berniaga nasi lemak nih. Apa lagi dia punya tips yang boleh anda lakukan ? Nih laa dia cara yang seterusnya :

3. STRATEGI PETANG JUMAAT

Maksudnya, seperti biasa iklan yang mudah dan ringkas. Dia mengedarkan iklannya bukan seperti org lain tapi iklan diedarkan hanya pada petang jumaat bagi tujuan ALERT MINDA pada pembeli esok pagi.

Edarkan iklan untuk kawasan kejiranan, SAPA MAU ORDER NASI LEMAK esok pagi. Penghantaran Nasi Lemak panas sampai ke pintu dari jam 7 – 9 am. Malam sabtu, pelanggan sudah siap order by SMS dan TEL. Siap order berapa yang diaorg nak.

Esok pagi Pakcik cuma hantar je…

dan yang seterusnya lagi kita lihat apa kata pakcik nasi lemak bagitau :

4. Warung Kopi Kedai Mamak

Apa maksudnya pakcik? Dia kata, guna cara ini pun boleh jual 50 bungkus dalam 2 – 3 jam. Bagaimana?

Pakcik: Petang sebelum tu saya pergi tanya setiap warung kedai kopi, kedai mamak dan kedai yang berkaitan. Nak tak saya letak Nasi Lemak sambal 3 rasa kat kedai ini? Saya jual RM1, tuan kedai juallah dalam RM1.50 sen.

Saya letak 10 bungkus, 3 bungkus lagi tuan kedai jual harga RM1.50 dan untungnya tuan kedai punya 100%. Tuan kedai angguk dan senyum tanda setuju. Kawasan deretan, pekan ada lebih kurang 10 warung. Pakcik sudah letak 10 bungkus setiap warung, belum kira kedai mamak lagi.

Tuan kedai semua setuju, isi borang petang tu. Malam tu pakcik sekeluarga masak, standby semuanya. Esok pagi tinggal hantar saja. Pakcik balik umah tunggu sampai tghari. Selalunya 10 bungkus setiap kedai/warung abis!

Pakcik tumpang je nak…tak bayar sewa pun…

ada lagi tips tambahan yang menarik sudah tentunya :

BANNER GANTUNG ~ Jika menjual di tepi jalan, perlu lakukan kelainan sedikit berbanding dengan jiran penjual nasi lemak.

1. Warung anda, letaklah sambal 3 rasa agar yang datang membeli boleh memilihnya, buat survey warung sebelah anda apa yang tidak dijual.

2. Ini jarang penjaja lakukan, gantung banner warna terang di warung anda. Letakkan service anda spt:
– Penghantaran nasi lemak jam 7 – 8 ( waktu berkerja), sabtu & ahad (8 – 9am)
– order by SMS, Telefon dan online (kawasan kejiranan anda)
– by offline, letakkan borang tempahan utk subscriber anda, jarang org buat tapi sangat efektif…

Jika nak save budget, guna kertas melukis, A3 size dan kreatif sedikit utk deco iklan anda. Selain tu, guna white board pun disarankan letaklah stand…

Peniaga nasi lemak : Nasi Lemak Camam (NLC)

oh… kita sambung sekali lagi lain hari daaaa….