Posts Tagged ‘nak kaya cepat’

Bagaimana Rasanya Menjadi CEPAT KAYA?

Friday, September 5th, 2008

Bagaimana anda mahu menjadi cepat kaya? Apakah rasanya sekiranya menjadi cepat kaya? Menjadi kaya sekelip mata sahaja. Tentunya rasa kaya itu cukup terasa dengan ramuan santan kelapa , telur secukup rasa, gula sekilo dua. Cukup tak rasa kayanya? Cukup menarik kalo semua orang boleh menjadi cepat kaya dengan segeranya dalam kehidupan seharian…

Mungkin persoalan berikut akan berlegar dalam pemikiran masing-masing “bagaimana hang boleh cepat kaya?” Encik Lemang sudah kaya…. baru kelmarin dia dapat durian runtuh disebabkan pokok duriannya menghasilkan duit yang berketul-ketul dari setiap sudut daunnya hingga ke akarnya ( baca gaya super macho…) Dengan duit pokok yang sebenar tersebut beliau telah menggunakan duit modalnya untuk terus menjadi kaya.  Beliau boleh menghasilkan duit sebenar hasil dari kelebihan pokok duriannya dengan menggunakan duit yang sedia ada. Encik Lemang telah menjadi kaya dan merasai kaya hasil dari produk durian kaya yang Encik Lemang hasilkan. Encik Lemang sudah menjadi orang kaya durian sekarang. Dan beliau adalah salah seorang dari ramai-ramai orang yang berusaha untuk menjadi kaya. Encik Lemang sudah dapat rasa kaya yang telah beliau hasilkan dari durian kayanya itu.

Namun demikian pokok durian beliau yang berharga tersebut terpaksa mengakhiri zaman perjuangannya untuk menjadikan Encik Lemang lebih kaya dari biasa lantaran orang yang tamak dan terlebih motivasi untuk merasa kaya mencari jalan pintas tanpa belas kasihan. Perit jugak nak menghasilkan kaya yang berjenama dan terkenal nih. Banyak cabarannya….. Walaubagaimanapun Encik Lemang punya motivasi yang lebih tinggi jugak untuk beraya sakan. Bukan dengan cara nak rasa cepat kaya semata-mata. Beliau tetap konsisten dan komited dengan usahanya untuk menjadi lebih kaya tanpa sebarang putus asa.

Seandainya sana sini ramai orang boleh rasa menjadi kaya camner haaaa…? Sudah tentunya semua orang boleh menghasilkan jenama kaya yang tersendiri dengan resepi berbeza-beza. Maka rasa kaya tersebut jugak berbeza-beza mengikut kategori orang perseorangan. Tidak kira ler melayu ke cina ke india ke… mereka yang datang secara berasingan ke dari negara luar ke. Mereka akan mencipta resepi kaya mereka yang tersendiri…

Oh… Encik Lemang dah kaya… esoknya Encik ahmad pula menjadi kaya… esok lusa encik Ramadhan pula menjadi kaya… Lepas tu encik Syawal …. ramainya orang boleh rasa kaya. Rasa roti kaya…

Wahahahahaa begitu ramainya orang yang menjadi kaya sekelip mata. dapat dari pokok duit … dapat dari wang pos, dapat dari kutu pintar, dapat dari maybank2u. Maka dapat ler duit sebenar sekelip mata….

———

Ada idea yang cukup menarik jika mahu menjadi kaya menggunakan ikan goreng panas. Goreng pun sodap. Jual aje di pasar malam atau di bazar ramadhan. Bazar ramadhan tetap menjadi tumpuan ramai untuk mereka merasa sedikit kaya dari sebelumnya. Memang lumayan sungguh bulan ramadhan nih. Berlipat kali ganda dari hari biasa. Pelbagai idea juadah berbuka boleh menghasilkan duit di bulan ramadhan untuk rasa kaya seketika atau secara berterusan bermula dari bulan ramadhan. Ledakkan rasa kaya berganda dunia perniagaan sebenar dengan duit sebenar.

Demikian lah celoteh kali ini yang entah apa-apa. Tiada sebarang kaitan dengan sesiapa kecuali hanyalah tulisan biasa-biasa buat tatapan yang sudi membacanya….

sekian terima kasih.