Posts Tagged ‘Mykad Smart Shopper’

Nak Diskaun? Jom Aktifkan Mykad…

Sunday, December 7th, 2014

Jom Aktifkan Mykad

Nak diskaun? Jom aktifkan mykad

Eh eh dapat diskaun?

Kat mana kau dapat diskaun nih?

Kat kedai depan sana tu sebelah seven 10.

Leman pun nak jugak dapat diskaun. Esoknya beliau bergegas ke kedai yang dikatakan oleh Samad. Namun beliau cukup hampa tak dapat diskaun. Mungkin harga diskaun tersebut sudah tamat tempoh agaknya. Lain kali aje laa…

Esoknya…

Kawan leman dapat lagi diskaun dekat kedai yang sama? Leman cukup tak puas hati pasal kawan dia dapat diskaun lagi sedangkan dia masih terlepas diskaun untuk kali kedua.

Hishhh… kali ini aku mesti dapatkan harga diskaun jugak.

Hari keesokannya Leman membuat target untuk dapatkan jugak harga diskaun pada hari yang sama kawannya beli dekat kedai tersebut. Kawannya dapat diskaun lagi pada hari tersebut. Pada sebelah malam harinya Leman bergegas ke kedai tersebut. Namun beliau tetap kecewa lagi…

Tak dapat harga diskaun dan tak dapat mata ganjaran.. Sedih dan pilu hatinya…

Eh acaner ko bleh dapat diskaun beli dekat kedai tu? Asal aku gi beli aje dekat kedai tu tak dapat pun diskaun. Pastu tengok ko punya harga dah berbeza dengan apa yang aku beli neh?

Aku aktifkan mykad aku dulu pastu baru aku dapat diskaun.

Hahhh?? Aktifkan mykad? Aktifkan kad pengenalan?

Wahduh… mana laa aku tau kena aktifkan kad pengenalan.

Cer citer sikit lagu mana nak buat?

Ko gi dekat website neh untuk panduan cara aktifkan mykad.  Kemudian ko aktifkan mykad ko tu secara online. Percuma aje. Tak perlu kena isi borang apa dah. Pastu terus boleh shopping sakan.

Shopping dekat Lazada dengan Zalora boleh tak?

Takleh… nanti tak pasal2 dapat kejutan dari derang macam kes suami isteri yang duk menghalang isteri beliau shopping sakan dekat zalora.

Lagipun takder yuran tahunan dikenakan sebab dah aktifkan mykad tersebut kemudian tunjukkan aje mykad dekat premis-premis yang mengambil bahagian dan berdaftar dengan program Mykad Smart Shopper…. Tak perlu nak kuarkan banyak-banyak kad diskaun yang dah sedia ada dekat pasaran.

ooooo gitu rupanya.

Kita jugak punya peluang untuk membuat penebusan hadiah pilihan berdasarkan mata ganjaran yang telah diperolehi.

Lebih mudah lagi dengan adanya aplikasi mykad smart shopper yang diinstallkan dalam ipad, iphone, smartphone yang dilengkapi dengan sistem gps akan membantu anda untuk mencari lokasi kedai yang berdaftar dengan program ini. Pastikan jangan tersilap lokasi gps.

Sekian terima kasih penjelasan panjang lebar dari aku.

Esok hang boleh gi ronda-ronda dan mulakan shopping dengan menggunakan mykad diskaun tersebut untuk lebih ganjaran. Jom aktifkan mykad.

Jom Aktifkan Mykad

==================

Makluman dan perhatian serius.

Contest jom aktifkan mykad bermula dari 2 disember 2014 hingga 2 Mac 2015.

Tawaran hadiahnya cukup menarik perhatian bijik mata yang memandang.

Hadiahnya :

Juara pertama : Duit Tunai rm500.
Juara kedua : Duit Tunai rm300.
Juara ketiga : Duit Tunai rm200.
Juara hadiah sagu hati tempat ke 4-10 : Duit Tunai rm50 setiap pemenang.

Tukang pengajur contest dikelolakan oleh : Blog Coretan Anuar dan diserimeriahkan oleh Jom Aktifkan Mykad.
=================

Jom Aktifkan Mykad