Posts Tagged ‘lelaki kucing’

Sharlinie cerita duka 2008

Friday, January 11th, 2008

DI MANA SHARLINIE?

Rentetan penculikan Sharlinie menjadi topik utama yang sekali lagi menarik perhatian berkaitan jaminan keselamatan untuk kanak-kanak. Menengokkan situasi tersebut betapa anda semua perlu berjaga-jaga demi keselamatan anak anda walau di mana jua anak anda berada.

Jom kita sama-sama berusaha ke arah kempen keselamatan untuk kanak-kanak di mana jua mereka berada. Manusia durjana tersebut akan terus menyusahkan ramai lagi orang lain. Tatkala anda terlepas pandang… di manakah anak-anak anda…?

===================================

newpicturewm9_blalang11.png

Wanita tarik masuk kereta

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab

PETALING JAYA: “Masa adik naik basikal, Linie lari ikut belakang. Kemudian adik dengar bunyi tapak kaki kuat. Adik toleh dan tengok seorang wanita beri gula-gula pada Linie dan tarik dia masuk kereta,” kata Sharliena Mohd Nashar, 8.

Dia menceritakan detik kejadian adiknya Sharlinie, 5, dilarikan ketika mereka berdua berjalan pulang ke rumah di 10, Lorong PJS 2C/11N Taman Medan di sini, pagi kelmarin.

Sharliena, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Medan berkata, ketika itu dia melihat adiknya meronta-ronta dan menangis, namun wanita yang memakai kasut tumit tinggi berambut paras leher menarik tangan adiknya dengan kuat sebelum meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta berwarna gelap.

“Adik tak kenal wanita itu dan dia tak bercakap dengan adik. Dia ambil Linie kat tepi jalan dan pergi,” katanya menceritakan kejadian itu.

Dia ditemani ibu bapanya, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, dan Suraya Ahmad, 28, serta kakak sulung, Nurul Amirah, 11, ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas direkodkan keterangan, semalam.

Kejadian berlaku selepas dua beradik itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu mereka untuk bermain di taman permainan kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, ketika mereka bermain, kawasan itu agak sunyi malah tiada kanak-kanak atau orang dewasa si situ. Ketika kejadian, Nurul Amirah berada di sekolah.

Malah, kehilangan Sharlinie dikaitkan dengan perbuatan ‘lelaki kucing’ berikutan tempat kejadian hanya dua kilometer dari tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum dikembalikan sembilan jam kemudian, pada Isnin lalu. Perbuatan itui dipercayai dilakukan suspek sama.

Sharliena kelihatan agak takut apabila dikerumuni wartawan, namun selepas beberapa kali dipujuk, dia mula mesra dan bercakap.

Murid itu yang kelihatan ceria seolah-olah tiada apa-apa berlaku terhadap adiknya berkata, dia amat sayangkan Sharlinie walaupun mereka selalu bergaduh.

“Adik sayang pada Linie, malam tadi adik menangis lihat emak dan ayah menangis apabila lihat gambar Linie,” katanya.

=====================================

petikan dari harian metro online…

=====================================
Edar gambar Linie seluruh negara

PETALING JAYA: Polis akan mengedarkan gambar Sharlinie Mohd Nashar, 5, di seluruh negara dan semua pintu keluar termasuk lapangan terbang bagi mengelak kanak-kanak yang hilang sejak kelmarin, dibawa keluar dari negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis akan melakukan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan kanak-kanak terbabit.

“Polis akan mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan menggunakan semua saluran yang ada bagi menjejaki kanak-kanak itu secepat mungkin.

“Kita akan menemuramah beberapa saksi di tempat kejadian bagi melakukan usaha mengesan mangsa dan penjenayah terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi, ada peniaga yang sedang berniaga di kawasan itu dan maklumat daripada mereka amat penting bagi membantu siasatan polis.

Menurutnya, polis akan melancarkan gerakan besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan kanak-kanak dan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, polis juga menubuhkan pasukan khas yang dianggotai pegawai dan anggota polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bagi menjalankan siasatan mengenai kes kehilangan kanak-kanak itu.

Dalam kejadian itu, Sharlinie dilaporkan hilang ketika berjalan sambil diikuti kakaknya yang menunggang basikal untuk pulang ke rumah di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, selepas bermain di taman permainan berdekatan.

Mangsa didakwa dilarikan seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi yang sebelum itu dikatakan mengumpan mangsa dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke sebuah kereta hitam.

Menurutnya, dua lakaran wajah suspek sudah diedarkan polis dan ia mempunyai persamaan dengan suspek yang terbabit dalam kes cabul dua kanak-kanak di Kampung Baru.

Musa yang diminta mengulas mengenai tindakan segelintir pihak memberikan maklumat palsu kepada keluarga mangsa berkata, perbuatan tidak bertanggunjawab itu perlu dihentikan segera.

“Pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas kesedihan dialami keluarga mangsa.

“Maklumat palsu yang diberikan itu boleh mengganggu siasatan polis untuk menjejaki Sharlinie,” katanya.

Musa berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Medan sudah dipanggil bermesyuarat dan beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagi menempatkan seorang dewasa di taman permainan mengawasi kanak-kanak bermain.

Katanya, orang dewasa itu boleh memberikan bantuan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Beliau turut mengesyorkan JKKK di kawasan lain melakukan perkara sama dan keselamatan kanak-kanak adalah tangungjawab semua pihak terutama polis dan ibu bapa.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bapa mangsa, Mohd Nashar di talian 016-2709096 atau 016-2583450, atau IPD Petaling Jaya (03-79662222/79662999).

========================================

petikan dari harian metro
==========================================


lelaki kucing mencari burung

Thursday, January 10th, 2008

Nampaknya lelaki kucing terus memburu mangsanya. Moga suatu hari nanti manusia durjana tersebut akan bertemu buku dengan ruasnya yang tersendiri. Moga dapat ditangkap dan disalai atas bara api… hehehe.

=====================================mainpix_harianmetro.jpg

Adik ghaib depan mata

Oleh Sarah Zulkifli

PETALING JAYA: “Ia berlaku terlalu cepat, tak sampai setengah minit selepas saya berpaling ke belakang sebelum menoleh semula ke depan, dia (Sharlinie Mohd Nashar) sudah tiada.

“Ketika itu, saya ada di belakangnya dengan menunggang basikal, manakala dia pula berjalan kaki di lorong perumahan untuk pulang ke rumah,” kata Sharliena, 8, mengenai adiknya yang hilang dipercayai diculik ‘lelaki kucing’, pagi semalam.

Kehilangan Sharlinie, 5, turut dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer daripada tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum ‘dipulangkan’ semula dipercayai dilakukan suspek sama, Isnin lalu.

Lelaki kucing turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, tahun lalu.

Ketika kejadian jam 11.30 pagi semalam, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan pulang bersama Sharliena, melalui satu lorong untuk pulang ke rumahnya di Taman Medan di sini, selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Menurut Sharliena, dia dan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan Linie sepatutnya ke kelas mengaji al-Quran selepas pulang dari sekolah jam 11 pagi, tetapi kedua-dua mereka ponteng untuk bermain di taman permainan.

“Saya pulang ke rumah melalui lorong perumahan teres dua tingkat selepas hampir setengah jam bermain di taman permainan bersama Linie. Adik yang berjalan kaki di hadapan saya ‘lesap’ secara tiba-tiba.

“Pelik rasanya kerana sebaik menoleh semula ke depan selepas melihat sesuatu di belakang, Linie dah tiada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Liena mendakwa, sebelum kejadian, dia ada ternampak seorang wanita sedang berjalan di lorong berkenaan.

Ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata dia menyangka kedua-dua anaknya ke kelas mengaji al-Quran seperti hari lain dan terkejut apabila Liena pulang ke rumah beberapa minit selepas kejadian untuk memberitahu kehilangan Linie.

“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya membuat laporan di Balai Polis Taman Medan, kira-kira jam 2 petang sebelum ke IPD Petaling Jaya,” katanya.

Suri rumah itu berkata, dia berdoa tiada perkara buruk berlaku pada anaknya seperti kes yang pernah menimpa kanak-kanak malang lain sebelum ini.

“Saya meminta orang ramai yang mengetahui di mana Linie berada supaya segera menghubungi saya atau suami, Mohd Nashar Mat Hussain di talian 016-2709096 atau 016-2583450,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kehilangan Sharlinie mempunyai kaitan dengan ‘lelaki kucing’.

“Bagaimanapun, berdasarkan taktik yang digunakan lelaki itu sama dengan kes sebelum ini, polis tidak menolak kemungkinan dia turut terbabit dalam kes terbaru ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, Nur Fatiha dipercayai diculik seorang lelaki disyaki lelaki kucing yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucing dan burungnya yang hilang ketika mangsa sedang bermain di Pangsapuri Desa Sepakat Sri Manja, Taman Medan, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki terbabit kemudian dibawa menaiki motosikal sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Setapak Jaya, Kuala Lumpur, pada jam 7.45 malam. Orang ramai yang menemui kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju.

============================

petikan dari harian metro online.