Posts Tagged ‘langsai hutang’

Sengsara Derita Mahu Bayar Hutang?

Tuesday, August 20th, 2013

Nak bayar hutang? Ia tiada jalan magik yang pantas.

Anda perlu buat simpanan sehingga cukup target pilihan anda dengan apa yang anda mahukan, kemudian nak beli itu ini terpulanglah kepada diri anda sendiri.Sebab sudah simpan untuk membelinya, jika tidak duk diam diam sudah… hehehehe

Jika nak membeli pulak senaraikan terlebih dahulu. Maka anda boleh membeli ikut keperluan aje jangan ikut kemampuan atau kehendak nafsu yang mahu beli itu ini. Nak itu itu. Semuanya nak beli. Sudahnya anda akan terperangkap dengan gejala membeli ikut seeeedap hati nak membeli…

Simpan duit anda, kemudian sila beli emas pilihan hati.

Duit yang ada tu kena uruskan dengan sebaiknya. Hutang yang sedia ada terhutang pun kena selesaikan dengn sebaiknya.

Jika sudah terjebak dengan hutang segalanya menjadi tidak menentu, Adanya hutang seringkali berlaku tanpa dapat membayarnya dengan lancar. Gerenti ada yang tersekat sekat naluri hati nak membayarnya. Namun demikain itulah hakikatnya jika anda berhutang, kena laa bayar balik. Takkan nak suruh mak dan ayah pulak menolongbayarkan?

Dengan demikian berusaha dengan sebaik mungkin untuk keluar dari kemelut sengsara hutang yang tak berkesudahan sekiranya bayaran hutang itu tertangguh tangguh. Tersekat sekat bayarannya.

Tiada jalan pintas untuk selesaikan hutang piutang yang anda miliki. Apa yang penting adalah usaha dan ikhtiar dan bersungguh sungguh mahu membayarnya.

Di sini ada sedikit info yang berkaitan dengan tips selesaikan hutang. Semoga ia sedikit sebanyak membantu merealiasasikan impian anda untuk bebas hutang.

Tips Langsai Hutang.

Strategi Bebas Hutang.

Plan tindakan bayar hutang.

Lagi bagus anda membaca juga buku-buku yang berkaitan dengan kewangan contohnya Nota Jutawan, Irfan Khairi punya cerita nota hikmah kewangannya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukan sedikit rancangan bertindak untuk langsaikan hutang dengan jayanya untuk hidup lebih aman damainya.

Jangan lupa juga dengan nota nasihat dari dr chef li yang ada mengkisahkan lontaran idea untuk menjarakkan diri anda dari hutang… Pernah ada beli kan?

kaya
Selongkar dan Praktikannya.

Adakah Kakitangan Awam Kaki Hutang???

Tuesday, August 18th, 2009

Adakah ia benar? Gerenti tidak benar sama sekali. Jika berhutang sekalipun biarlah berpada-pada jangan terperangkap dengan hutang keliling pinggang.

Akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa keadaan ekonomi kini semakin parah, bukan akibat kemelesetan ekonomi, tetapi adalah akibat kegagalan dalam pengurusan kewangan peribadi.

Dan yang lebih parah, ianya melibatkan terus kepada kakitangan kerajaan. Laporannya adalah seperti berikut:

=============

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Sebahagian besar daripada 1.2 juta orang

kakitangan awam di negara ini berhutang, menyebabkan ada di

antaranya membawa pulang hanya 40 peratus sahaja daripada gaji

mereka setiap bulan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan

Awam (CUEPACS), Omar Osman mendedahkan, ada dalam kalangan

kakitangan awam memperoleh pendapatan boleh guna yang sedikit,

malah ada yang mencapai tahap teruk.

”Ada kes di mana mereka yang berumur 50 tahun belum habis membayar

hutang, malah lebih teruk lagi ada yang kehabisan bayaran gratuiti

kerana menjelaskan pinjaman,” katanya kepada Utusan Melayu

Mingguan, baru-baru ini.

===============

Lihat…? satu pendedahan yang amat menakutkan.. Usia pencen sepatutnya dimanfaatkan untuk berehat setelah penat bekerja selama ini. Bak kata orang
usia yang sepatutnya hanya menuai hasil. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Duit pencen habis begitu sahaja? Duit KWSP pun tidak bertahan lama.

Itulah… Sepatutnya semasa tempoh bekerja manfaatkan sepenuhnya simpanan wang anda, sebagai dana persaraan. Malah kerajaan Malaysia telah berbesar hati menyediakan KWSP sebagai salah satu “force saving” dalam mendidik rakyat dalam menyimpan. Cuma masih ramai yang tidak ambil
endah akan keberkesanannya. Namun, mungkin ramai yang belum
menggunakan kelebihan ini kerana kekurangan ilmu atau mudah kata
tidak tahu apakah kelebihan KWSP yang sebenar.

Antara sebab itulah, satu ebook panduan KWSP disediakan kepada umum. Semoga ebook sebegini akan memberikan manfaat buat semua. Malah, pada kali ini ianya disediakan dengan harga mampu milik.

Boleh dapatkan disini:

Panduan KWSP mantap.

Pastinya satu panduan yang memberikan satu perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua untuk merungkai misteri caruman kwsp.

Kenapa anda memerlukan KWSP?

ikhlas,

abdfatah