Posts Tagged ‘landskap buluh’

Cari Duit Dengan Hasil Kraftangan Buluh

Thursday, October 23rd, 2008

Buluh sudah semakin popular sejak zaman berzaman. Antara yang popular adalah kertuk buluh, tabung buluh, serkap buluh dan juga belimbing buluh.

Aiyaaa belimbing buluh bukan dari spesis buluh daaaaaaa…..

Seringkali kita temui bagai aur dengan tebing ataupun bagai buluh dengan tebing.


Pernah dengar kan peribahasa tersebut. Sudah tentu anda biasa mendengarnya. Aur yang semakna dengan buluh. Jadi tatkala heboh berkenaan buluhmas yang semakin mendapat cerita yang terhangat masa kini. Maka ada eloknya kita meneliti produk-produk yang boleh kita hasilkan dengan menggunakan buluh. Anda sudah tentu mengenali apa itu buluh yang terdapat di sekitar rumah anda atau kawasan kampung anda. Kalo kat kawasan bandar metropolitan dah jadi kraftangan atau pun landskap mini. Kalo kraftangan tu memang popular sakan laa untuk mereka yang datang membuat lawatan ke tempat tempat menarik di malaysia nih terutama buluh bamboo. Buluh bamboo ke?

Buluh nih antara yang memang popular sakan untuk mereka yang mahu menabung. Buat lobang sedikit dan kemudian simpan laa sedikit demi sedikit sehingga penuh. Kalo dah penuh sudah tentunya kena keluarkan untuk disimpan ke dalam bank. Maka operasi memecahkan tabung terpaksa dilakukan. Kalo nak keluarkan satu persatu duit syiling yang disimpan alamatnya lenguh ibu jari laa nak keluarkan balik. Sekarang dah jarang guna dah… ada duit terus simpan ke dalam akaun bank. Alternatif yang lain adalah simpan dalam lelmari aje atau bawah bantal atau dalam beg duit.

Apa yang boleh anda lakukan dengan buluh yang tersedia di bumi malaysia ini selain dari belimbing buluh? Antara banyak-banyak buluh… buluh apa yang boleh dimakan? Sudah tentunya rebung buluh yang boleh dimakan, siap boleh dibuat masakan. Nak resepi rebung buluh ke? Meh kita tengok resepi rebung buluh camner nak buat… Mula-mula hambik buluh dan tanam kemudian petiklah rebungnya untuk dibuat masakan. Maka jadilah ia satu kisah : melentur buluh biarlah dari rebungnya….

Kisah landskap buluh jugak nampak menarik. Perhiasan dari buluh tidak kurang menariknya…  Kraftangan dari buluh mendapat sambutan yang terhangat kalo kena cara promosinya. Bonsai buluh pun semakin menarik bagi mereka yang bersusah-payah membuat anyaman bonsai buluh. Kemudian hasilnya sudah tentunya dapat dinilai dengan harga pasaran yang cukup lumayan melalui buat duit dengan buluh sebagai sumber pendapatan secara sambilan.

rebung dan buluh

perladangan buluh untuk rebung

konsep perladangan buluh

anyaman buluh

serkap buluh

spesis buluh

buluh dan nilai komersialnya

sudah tentunya putu buluh sudah jauh dari tiada kaitan dengan buluh bamboo.

BuluhMas Semakin Hangat Sure Heboh?

Tuesday, October 14th, 2008

BuluhMas antara yang heboh berkaitan 4 syarikat yang telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia  isu hangat terkini. Antara syarikat yang terlibat yang disenaraikan adalah BuluhMas, Eastana Farm, Noradz Travel, Jazmeen yang dikatakan mengambil deposit orang ramai tanpa lesen.

Bank Negara serbu empat syarikat

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malay- sia menyerbu empat syarikat semalam yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara menyatakan, empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel and Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat-syarikat tersebut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasa- tan ke atas operator syarikat terbabit me- ngikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewa- ngan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Banyak cerita yang kedengaran berkenaan buluhmas. Buluhmas dengan modal permulaan hanya rm15 sebagai agen pengiklanan bergerak tersebut diperincikan dengan panjang lebar berkenaan perniagaan yang mereka jalankan. Buluhmas masih dalam siasatan dan kita tunggu kisah selanjutnya selepas ini. Apakah akhirnya buluhmas akan datang….. Kalo dah kena cekup dengan BNM. Nampak gayanya kena tunggu keputusan muktamad terlebih dahulu.

* Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini.

Kita saksikan kerenah komentar berkaitan buluhmas. Kenapa BuluhMas? Apa kata anda????

Pengambilan deposit tanpa lesen

Betul ke perihal buluhmas?

Buluhmas disyaki mengambil deposit

Catatan Perjalanan BuluhMas

BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara

Anda tahu apa itu skim cepat kaya? Mari kita selongkar tabir skim cepat kaya yang sebenar. Kemudian buat perbandingan yang sewajarnya dengan hati nurani minda sedar anda.

Operasi Skim Cepat Kaya.

Apakah Skim Cepat Kaya.

Landskap buluh camner pulak ceritanya?