Posts Tagged ‘komen blog’

Komen Terbanyak Dengan Nilai Hadiah RM300 Untuk Dimenangi

Tuesday, November 3rd, 2009

Komen di blog dan dapat duit. Macam mana nak sertai? Caranya memang mudah sesangat. Hanya dengan memberikan komen di ruangan komen tuan punya blog yang membuat pertandingan komen terrrbanyak itu.

Bila mula pertandingan tersebut?

Mulanya pertandingan tersebut akan dijalankan pada Khamis 5 Nov hingga Khamis 31 Dis 2009. Lama jugak tu. Dapat ler sikit duit untuk tahun baru 2010 buat sambut tahun baru. Beli domain name baru ke. Roling modal perniagaan ke kalo yang menang ler. Sudah tentunya saingan sengit sebagaimana saingan komen di blog berita semasa masa kini contest dan juga di blog hujan emas contest. Aku jadi pemerhati aje la untuk dua contest nih.

Dan satu lagi contest komen yang sedang hangat masa kini adalah di blog denai hati. (20 sen untuk setiap komen)

Berbalik kepada contest yang akan berlangsung jam 5 November 2009 tak lama lagi, anda boleh jenguk maklumat tersebut di laman blog encik milsum pertandingan komen terbanyak.

Hadiah yang diperkenankan untuk diberikan kepada pengomen yang terbanyak membuat komen di blog beliau adalah sebagaimana berikut :

Pemenang pertama dengan hadiah utamanya wang tunai RM150 beserta hadiah misteri.

Bagi pemenang kedua pula akan menerima anugerah wang tunai RM100 beserta hadiah misteri.

Hadiah bagi tempat ketiga berupa wang tunai RM50 serta hadiah misteri.

Manakala hadiah bagi komen terbaik pula akan menerima hadiah wang tunai  RM30 dengan disertai hadiah misteri.

Setiap penyertaan yang menyertai pertandingan tersebut akan mendapat sebuah hadiah misteri (lebih kurang hadiah sagu hati ler) sebijik komputer laptop bernilai RM990.

p/s : bukan hadiah laptop komputer… sebab hadiahnya misteri.

Sebarang komen yang hendak dibuat boleh dimulakan dengan melebihi 3 patah perkataan. Takkan nak komen 3 perkataan aje. Komen ler mengikut topik perbincangan yang telah disediakan oleh tuan punya blog. Jangan mengada-ngada nak buat spamm pulak. Sudah gerenti spam komen akan terus dihumbang ke dalam kotak magic spam serta merta.

Bukan itu sahaja, dalam banyak-banyak komen yang ada, komen anda jugak akan terpilih sebagai komen terbaik pilihan hati tuan punya blog. Komen ler dengan bernas lagi menguntungkan untuk masa depan komen yang gemilang.

Blog mana yang hendak kena komen tersebut?

Sudah tentunya anda perlu membuat komen di blog pilihan tuan punya blog di laman blog diarykl.com

Jom komen jangan tak komen dengan jayanya.

Tarikh tutupnya pula pada 29 Disember 2009.