Posts Tagged ‘kes buang bayi’

Bayi Terbuang : Hamil Luar Nikah

Monday, October 19th, 2009

Inikah harga sebuah kemajuan dunia hari ini? Hidup atau mati bayi kecil tersebut mereka peduli apa asalkan bayi tersebut dapat dibuang dengan sewenang-wenang sesedap hati sesuka nafsu. Si kecil itu akan terus terbuang selagi ada kerakusan nafsu serakah yang bermaharaja lela.

Seandainya mereka berada sebagaimana situasi bayi kecil itu. Hidup atau matikah mereka sekarang?

Bagaimana dengan mereka yang bersusah payah mahu hamil untuk mendapatkan anak sedangkan ada yang cukup senang hamil dan dapat anak lantas membuangnya begitu sahaja?

Sadis sekali….

bayi terbuang

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Ekoonoomee Gawat : Terpaksa Buang Bayi?

Wednesday, February 4th, 2009

Kena buang lagi nampaknya…

Kali ini sekali lagi paparan ringkas berkaitan bayi yang kena buang. Masih bernasib baik tidak mendapat kecederaan apa-apa. Masih selamat. Cuma ditinggalkan bersendirian di koridor flet. Ekonomi gawat agaknya.