Posts Tagged ‘kerja makan gaji’

Perniagaan Sambilan Makan Gaji Seiring

Monday, November 17th, 2008

Kerabu Pucuk Paku Mat Over

Perniagaan sudah tentunya banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang berani berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Makan gaji still dapat menampung keperluan semasa setiap bulan. Kalo makan gaji dan buat perniagaan secara sambilan sudah tentunya boleh meningkatkan sumber pendapatan yang sedia ada.

Ada yang bekerja sambil berniaga. Ada yang berniaga sambil bekerja. Kerja makan gaji tetap berjalan seperti biasa dan perniagaan juga berjalan seiring sam maju. Bagaimana mahu bekerja sambil berniaga? Sudah tentunya kita boleh membahagikan tugasan perniagaan tersebut kepada sesiapa yang mahu dan sedang mencari kerja. Anda boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Jika tidak mahu mengambil pekerja orang yang sembarangan sudah tentunya anda boleh meminta bantuan dari rakan rakan yang ada anak buah mereka untuk bekerja dengan anda. Cukup mudah. Kerja tetap anda terus berjalan tanpa apa-apa kerenah sehingga anda betul-betul bersedia untuk berniaga sepenuh masa dan membina empayar perniagaan anda sendiri.

Jangan pulak nanti terkejar sana sini. Kerja entah ke mana… perniagaan pulak entah ke mana. Siapa yang rugi? Sudah tentunya kedua-duanya akan menjadi rugi… hilang kerja daaa… duit berniaga hilang daaaa…

Sekiranya anda berkehendakkan perniagaan yang boleh anda pertimbangkan pada masa lapang secara online. Mungkin juga anda boleh pertimbangkan perniagaan online di sini yang begitu mantap sekali panduan yang boleh anda ikuti.

Bekerja pun masih boleh untung. Rugi tak kalo lepaskan peluang. Kerja tetap sekalipun masih berpeluang buat duit secara sambilan. Cuba tengok di sini… tengok lah jangan tak percaya.

Jika anda takut kehilangan kerja anda. Inilah peluangnya untuk anda menimba pengalaman dalam perniagaan online secara sambilan tanpa menjejaskan kerja harian anda sebelum anda berhajat untuk berhenti kerja.

Psst : Tidak ada jaminan untuk perolehi keuntungan dalam masa yang singkat.

Sebelum tu dengar dulu sekejap lagu kerabu pucuk paku.

kerabu pucuk paku pun okey jugak untuk mulakan perniagaan anda…

selamat hari pekerja 2008

Thursday, May 1st, 2008

Hari ini bulan mei untuk ke sekian kalinya pada tahun 2008.

Gaji dah dapat? Berapa yang dapat simpan? Tak banyak mana sangat?

Kalo gaji 1000 simpan aje laa rm200. Itulah kiraan yang paling mudah. Hanya simpan sebahgian dan belanjakan sesesuka hati mana yang berbaki. Jangan berbelanja bagai nak rak tak hingat dunia baru nak hingat simpan bakinya tatkala sudah berbaki sedikit.

Apakah gaji tidak pernah cukup? Ada buat apa-apa kerja sampingan untuk menampung keperluan harian yang semakin mendesak terutamanya sarapa pagi yang bernama tepung roti canai yang enak di kedai makcik tipah.

Orang berniaga pun semakin sesak juga terkadang tu, bukan hanya orang bekerja makan gaji sahaja yang peratus gajinya ada yang tak naik. Gaji naik setiap hari takper laa. Apa jua jenis gaji yang kita dapat adalah selaras dengan apa yang telah kita kerjakan. Kalo gaji tak setimpal dengan kerja kita bagaimana pula?

Lain pulak ceritanya kalo kita suruh orang lain yang tolong buatkan kerja kita dan kita hanya duduk duduk rileks. Jadi boss yang tidak rasmi. Itu cerita kisah benar yang tersiar dalam tv3. ahahahahaa…..

Sebenarnya cara paling mudah nak dapat duit adalah dengan bekerja, itulah cara paling kuno sejak zaman berzaman selain dari berniaga.

Mereka yang bekerja dengan cara mereka yang tersendiri dan bagi mereka yang berniaga dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang suka bekerja dan ada yang suka berniaga. Dan ada yang suka kedua-duanya.

Jangan jadi terpaksa bekerja sudah laa. Jika terpaksa bekerja akan berlaku cerita majikan membuang pekerja atau pekerja yang membuang majikan? Terpaksa berniaga ada jugak ke?

Bekerja dengan gomen atau berniaga adalah pilihan masing-masing.

Gaya kerja yang sebegini seharusnya sudah berubah. cepat atau lambat mana pilihan anda? mana yang anda mahu?

Sekian terima kasih. Dan selamat bercuti rehat kepada yang sedang bercuti dan selamat hari pekerja.