Posts Tagged ‘kelapa tua’

Naik Minyak : Buat Duit Dengan Perniagaan Santan Kelapa

Thursday, June 19th, 2008

Photobucket

Bagaimana hendak memulakan perniagaan santan kelapa?

Apa yang perlu saya lakukan?

Bagaimana untuk menceburkan diri dalam perniagaan santan kelapa?

Nak mula macam mana?

Bagimana anda bermula?

Kelapa muda ada… kelapa tua ada… santan kelapa ada… mesin kelapa ada… mesin perah santan ada… kelapa matag ada…

Mana mau cari???

Anda perlu mendapatkan panduan perniagaan santan kelapa sebagai langkah permulaannya. Anda boleh menjenguk sendiri bagaimana operasi perniagaan santan kelapa di pasar borong atau mana-mana kedai yang menyediakan kemudahan untuk anda membeli santan kelapa dari kedai mereka.

Mana nak dapat panduan tersebut?

Buat peringkat permulaan ini untuk memperolehi panduan sebegitu rupa… apa yang anda perlu lakukan adalah membuat survey ke seluruh kawasan sekitar dan juga rakan-rakan sepersaingan anda. Ataupun anda boleh bermula dengan bekerja dengan mereka yang berpengalaman untuk sehari dua atau sebulan dua sambil mempelajari cara-cara untuk memulakan perniagaan santan kelapa anda sendiri.

Mana satu pilihan santan terpilih yang ingin anda ceburi. Pada peringkat mula-mula ni boleh laa dengan bangsal kecik-kecik aje. lepas tu setapak lagi ke hadapan dengan meningkatkan kapasiti mesin dan kelapa. Kemudian tambah lagi pekerja mana nak bekerja dengan anda. Lepas tu kembangkan lagi pekerja2 anda tersebut sebagai rakan JV untuk meluaskan lagi empayar perniagaan anda.

Wah…. begitu sekali capaian imaginasi perniagan santan kelapa. Nampak menarik. Namun cabarannya anda kena hadapi dengan penuh komitmen yang kukuh jika nak memulakan apa jua jenis perniagaan.

Maka mari kita tengok pula produk hasilan santan yang kita kehendaki tersebut. sebagaimana yang kita ketahui … antara jenis pengeluaran dan penyediaan santan kelapa untuk jualan terbahagi kepada 3 jenis kumpulannya iaitu santan segar, santan kotak & santan serbuk.

Maka soalannya mana satu pilihan anda? Mana satu yang anda suka guna? Mari kita jenguk perbincangan berkaitan santan kelapa yang boleh anda jadikan rujukan untuk memulakan perniagaan santan kelapa atau anda sendiri boleh menghasilkan satu panduan berkaitan perniagaan santan kelapa dari awal sehinggalah ke menara kejayaan sebagai usahawan santan kelapa.

Nak buka bisness santan kelapa

Usahawan Bisnes Santan kelapa

Pemasaran santan segar

Bicara berkaitan pasaran kelapa

Mesin kelapa 3 dalam 1

Sekian terima kasih.

tua bukan sebarangan tua

Tuesday, October 2nd, 2007

Tua bukan sebarangan tua. Tua yang bermanfaat kepada ramai orang. Inilah dia yang dinamakan kelapa tua yang mendapat permintaan ramai orang terutama peniaga bazar ramadhan.

petikan gambor :

“Kelapa tua dapat sambutan menggalakkan: CHE Hanipah Che Mat, 53, menjual lebih 10,000 biji kelapa tua dalam tempoh lima hari sepanjang Ramadan di tepi Jalan Peramu-Pekan dekat Kampung Peramu, di Kuantan. Permintaan terhadap kelapa tua semakin meningkat di sepanjang Ramadan ini, sekali gus membolehkannya membantu suami menambah rezeki. Lebih 10,000 biji kelapa dijual dalam tempoh lima hari lalu dengan harga RM1 setiap biji, selain orang ramai dan beliau juga mempunyai pelanggan tetap di kalangan peniaga bazar Ramadan.”

Begitulah caranya nak cari duit raya. Sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai kebun kelapa akan memperolehi pendapatan sampingan dari hari-hari biasa yang dilalui.

Permintaan di bulan ramadhan dah tentu meningkat naik seiring dengan peniaga segera yang muncul merebut peluang keemasan cari duit secara sambilan.

Kelapa banyak kegunaannya termasuklah tempurung kelapa yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk dijadikan arang kelapa. Maklumat lanjut kena cari dalam google…

sekian terima kasih.  :mrgreen: