Posts Tagged ‘kebajikan’

RM5 ! RM5 ! RM5 ! RM5 ! Cara promosi menarik!

Sunday, November 4th, 2007

Kenapa dengan RM5? Apa yang istimewanya RM5 tersebut? Selalunya di mana biasa anda dengar? Dah tentu di pasar malam atau pasar borong atau tempat menjual buah-buahan contohnya.

RM1 sekilo! RM3 sekilo! RM5 sekilo! Haaa… tentunya anda biasa mendengarnya.

Semasa saya menghala ke Bandaraya seketika pada hari sabtu 3 november, banyak menda laa yang dapat diperhatikan untuk seketika. Jalan-jalan cari makan angin.

Sebelum tu….

Dua orang makcik bercerita pasal MLM apa entahnya berkenaan satu produk dengan plan yang cukup menarik tatkala menaiki sebijik kereta sewa. Produknya boleh dikatakan berkesan jugak katanya, kebetulan makcik yang bertanya berkenaan produk makcik satu lagi tu ayahnya telah menggunakannya untuk rawatan penyakit diambetis. Berkesan katanya.

Dan komen beliau lagi, jika siapapun anda, anda perlukan ubat tatkala anda terkena apa jua penyakit 7 beradik contohnya. Diambetis ke, darah ketinggian ke, dan lain lain penyakit. Sudah tentu anda perlu berikhtiar cari ubat untuk sembuhkan sakit anda. Berapa banyak pun anda sanggup bayar jika berkesan.

Katanya lagi ada juga yang serik makan ubat banyak-banyak dan produk itu ini. Dah banyak dah menelannya. Naik haru dibuatnya dengan produk atau ubat yang tak berkesan. Memang serik sesiapa pun yang cuba try namun tidak sembuh-sembuh lagi. Duitpun dah habis banyak. Itulah namanya ujian. Sabor aje laa.

Seterusnya…

Ini berkaitan dengan cerita tarikan dari RM5 tersebut. Saya rasa caranya buat promosi tersebut cukup menarik sekali. RM5! Dilaungkan berulang kali untuk menarik perhatian orang ramai sambil berlalu pergi tanpa segan silu…. Alahai macam-macam laa.

Wah! Idea nih. Hatiku berkata-kata dengan riangnya.

Mungkinkah sebelum ini tawaran beliau hanyalah RM1 sahaja dan kemudian naik harga kepada RM5?

Hmmm pandai jugak dia ikuti perkembangan semasa berikutan kenaikan harga yang semakin diperkatakan orang tatkala bonus tak dapat-dapat untuk anak-anak bersekolah.

Eh faham ke apa yang saya tulis nih?

Pemurahkah anda??

Nak jadi pemurah kena tengok gaya orangnya dulu…

Okeh laa… ceritanya adalah beliau promosikan cara mintak sedekah beliau RM5!. Sedekah pun promosi sedemikian rupa? RM5! RM5! Berulang kali sambil menggoncangkan gelas plastiknya yang berisi syiling berapa2 sen entahnya. ( oh… snapshotnya takder la. maaf banyak2)

Jika berdekatan maybank ( kadang-kadang jumpa) ada jugak kisahnya yang duduk tercongok depan pintu sambil meletakkan gelas plastiknya di depan mereka. Tidak ketinggalan jugak operasi anak-anak yatim yang berjualan kalendar dan produk-produk pilihan untuk dipromosikan kepada rang ramai. Ada sindiket jugak ke yang beroperasi?

Cerita sedekah lebih kurang camginih ada diceriterakan dalam kaset Dr Tuah Iskandar. Boleh dapatkannya di pasaran sekarang. ( promote laa pulok)

Apohalpun kredit buat mereka semua.

Sekian terima kasih.

pssssssstt lagi cerita menarik berkenaan bonus untuk anda. anda dah dapat bonus ke? Berikan kami bonus! Kami mahukan bonus kami!

bonus satu

bonus dua

bonus tiga

Errr…. Maaf saya bukan kerja kat maybank. Saya costumer maybank aje. Sorry laa.