Posts Tagged ‘jutawan merdeka tm’

Peraduan Hari Merdeka Jika Aku Pemimpin Malaysia

Sunday, August 17th, 2008

bendera_malaysia.jpg

Wah… tajuknya cukup menarik. Peraduan hari merdeka ke 51. Itu dah cukup menarik perhatian orang ramai tatkala sedang hangatnya menjelangnya hari kemerdekaan ke 51 kali ini dengan temanya Perpaduan Teras Kejayaan Sesama Insan. eh eh ada tambahan pulak dah… Perpaduan Teras Kejayaan. Itulah dia tema untuk sambutan hari kemerdekaan kali ini yang ke berapa? sambutan yang ke 51.

Mana iklan peraduan hari merdeka petronas? Takder laaa encik untuk tahun ini… mungkin lepas raya kot agaknya….?

Mana borang peraduan jutawan merdeka tm 2008? Rasanya takder jugak nampaknya untuk tahun 2008? Mungkin lepas raya kot agaknya….?

Kalau untuk promosi merdeka tu mungkin ada agaknya. Namun sejak dua menjak nih nampak tak seberapa aje berbanding tahun lepas. Itupun kalo nak buat perbandingan laa tahun ini untuk sambutan merdeka 2008.

Nampak tak perbezaannya? Sila membuat pengesanan dengan radar keyboard masing-masing.

Kalo nak join contest sambutan hari kemerdekaan ke 51 dengan tajuk  dan tema “Jika Aku Pemimpin Malaysia” anda boleh dipersilakan menyerlahkan bakat anda dalam peraduan tersebut.

Sekiranya Aku adalah pemimpin malaysia di masa depan…. apa yang aku nak buat dengan Malaysia nih? Dengan segala gerombolan yang bersedia untuk mengangkat dan menjulang nama Malaysia ke serata dunia dan disegani?

Sekolah dan segala kelengkapan yang ada perlu dimajukan seiring dengan perkembangan semasa. Pendidikan untuk mereka yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Tanpa ilmu siapalah warga negara Malaysia masa kini.

Jika aku pemimpin Malaysia. Ekonomi masyarakat sudah tentunya perlu dipertingkatkan dari segenap pelusuk ceruk rantau negara. Jangan biarkan mereka terbiar. Bantu sekadar yang termampu… Jangan sekadar membuat janji kosong belaka.

Kedaulatan negara seharusnya dipertahankan dengan sebaik mungkin. Jangan sekali-kali menyerah bulat-bulat begitu sahaja. Tempat tinggal lagi dikenang apatah lagi tempat menghuni dalam satu-satu negera. Habis tu nak tinggal kat bumi mana lagi. Inilah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah S.W.T.

Namun hakikatnya tugasan itu tetap tertakluk kepada pemimpin yang telah dilantik oleh rakyat. Maka sebagai pemimpin kena jalankanlah tanggungjawab yang telah diserahkan kepada kita dengan penuh komitmen…

Aduhai… apo ke hal merapik dah entry kali ini…

Maaflah peraduan hari merdeka ke 51 takder kat sini aaaaa. Peraduan untuk tahun lepas ada laaa… Mana iklan merdeka petronas? Mana iklan merdeka jutawan TM. Belum siap lagi agaknya…

Takper laaa kalo dah takder peraduan apa-apa. Kalo ada boleh try hantar banyak-banyak lepas nih. Sambut ramadhan aje laa lagi baik. Jangan membazirkan duit untuk sambutan hari kemerdekaan aje… kena lihat dan tengok keperluan untuk bulan ramadhan yang lebih istimewa tersebut.

Jika mahu anda boleh sertai contest bonanza sambutan hari kebangsaan di sini.

apa kata anda untuk sambutan hari kemerdekaan ke 51 tahun ini seandainya anda punya wang yang banyak? Mari kita saksikan dan download Iklan merdeka petronas 2008.

Sekian terima kasih.

teka-teki jutawan merdeka tm terjawab

Sunday, April 6th, 2008

saya dapat satu juta!

saya pun ada juga hantar borang peraduan jutawan merdeka tm tu. kenapa tak dapat sekeping pun hadiah idaman hati… alahai tak dapat satu juta daaaa… lain kali laa cuba sekali lagi.

siapa jutawan tm yang dicari-cari tersebut dan jawapannya telah ditemui. orang dari terengganu. seorang jurutera muda. orang kaya baru.

“Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.”

meh kita jenguk laporan berkenaan beliau yang telah menjadi jutawan segera dan orang kaya baru tersebut.

=================petikan harian metro=================

mainpix_metro_online.jpg

KUALA LUMPUR: ‘Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.’

Itu antara bait puisi yang berjaya menjulang jurutera muda, Mohd Rais Saufuan Awang, 25, sebagai pemenang hadiah utama program Jutawan Merdeka TM yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta sekali gus bergelar ‘orang kaya baru’.

Mohd Rais dari Kemaman, Terengganu, diumumkan pemenang utama berdasarkan slogan berbentuk puisinya yang berjaya menambat hati penganjur, Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana penuh semangat patriotik dan mempunyai nilai tinggi.

“Saya sangka hanya memenangi hadiah biasa seperti pakej pelancongan atau pas masuk menonton Sukan Olimpik 2008, tetapi rupanya pemenang utama yang layak bawa pulang RM1 juta.

“Syukur kerana puisi nukilan spontan ini berjaya memberi tuah kepada saya sekeluarga. Dengan wang kemenangan ini saya merancang membawa keluarga menunaikan umrah dan haji bagi ibu dan ayah,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan yang diadakan di Menara TM di sini, semalam.

Menurut Mohd Rais, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan slogan puisi berkenaan kerana idea spontan hadir ketika beliau terpandang sebuah poster menghimpunkan lima Perdana Menteri negara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Inspirasi datang sendiri dan dalam tempoh sehari saja saya sudah boleh menyiapkan slogan puisi tidak lebih 50 patah perkataan,” katanya yang menjadi pengguna setia Celcom sejak 2000.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Malaysia TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa diiringi Ketua Pegawai Operasi Jualan Perniagaan Malaysia TM, Datuk Adnan Rofiee.

Pada majlis sama, 10 pemenang lain turut menerima hadiah bulanan masing-masing termasuk hadiah pertama pakej percutian ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2008 bagi dua orang bernilai RM15,000.

Sementara itu, Zamzamzairani berkata, program ganjaran itu memberi peluang kepada pelanggan TM memenangi pelbagai hadiah menarik selain mengemas kini profil pelanggan untuk perkhidmatan lebih baik.

Katanya, lebih daripada 1.1 juta penyertaan diterima sepanjang program berlangsung selama lapan bulan bermula Mei 2007 dan berakhir 31 Disember lalu.

“Jumlah ini melebihi sasaran 900,000 penyertaan yang pihak kami tetapkan sekali gus peningkatan 30 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

============petikan harian metro========================

cari duit dengan lebih mudah?

Thursday, November 15th, 2007

assalamualaikum…

Apa khabar semua hari ini? Moga sihat walafiat hendaknya…

CARA PALING POYO…

Penangan Skim Cepat Kayap
AWAS!!! Dalang Skim Cepat KAYA!
Manfaatkan Wang Anda Sebaik Mungkin Tatkala Ia Masih Kukuh Dalam Genggaman Anda. Jangan biarkan anda menjadi MANGSA penipuan mereka!

dalang skim cepat kaya

Gambar ebook dalang skim cepat kaya adalah hak milik noorizamshah dengan izin harapnya. Bolehlah gamaknya hambik sebijik gambar ebook tersebut. huhuuu…

Anda nak tahu cara cari duit dengan cara yang lebih mudah pada zaman sekarang? Sudah tentunya mesti terpengaruh dengan skim cepat kaya. Memang POYO kalo cari cara yang lambat dan tidak berkesan malahan menyusahkan diri sendiri sebelum mendapat hasil yang sepatutnya.
Anda sepatutnya berusaha dengan gigih dan tekun lagi sabar dalam usaha anda untuk mencari rezeki. Sekiranya rezeki yang anda usahakan adalah rezeki poyo yang begitu sengit sekali untuk diperolehi dari permulaan anda mencubanya lebih baik anda jangan buat apa-apa.

Kenapa mesti poyo rezeki yang anda cari dengan cara yang paling lambat atas muka bumi ini?

Ternyata mereka yang bermati-matian mempertahankan skim cepat kayap memang terlalu degil dan kelabu bijik mata malahan buta mata hati untuk menilai mana yang terbaik untuk masa depan mereka. Memang sah anda perlu larikan diri dari skim cepat kayap itu…

Jadi usah lagi anda tertipu dengan putar belit dan tipu daya mereka yang mengambil kesempatan di atas kejahilan anda menilai sesuatu skim cepat kayap yang memang akan mengaut untung lebih besar dari apa yang telah anda usahakan selagi mana anda berterusan mempertahankannya sampai bila-bila. Bila nak kaya kalo dah kayap?

Sekiranya anda mahu mengambil teladan, jadikannya ia sebagai panduan yang berguna untuk generasi yang akan datang agar diri anda dan orang lain tidak sekadar menjadi ikut-ikutan untuk menjadi pengantara skim cepat kayap yang menghakis duit hasil usaha anda selama ini sedikit demi sedikit. Buat duit dengan duduk diam-diam semata-mata.

Ada yang lebih bermakna dari skim cepat kayap jika anda perhatikan melalui peraduan jutawan merdeka TM masa kini yang kian hampir ke penghujungnya untuk mendapatkan seorang jutawan merdeka tm tidak lama lagi yang dianjurkan oleh telekom malaysia.

Jangan sia-siakan peluang anda untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan dari peraduan jutawan tm tersebut. Mungkin juga rakan-rakan anda telah mendapat hadiah yang cukup menarik berupa pakej percutian ke tempat menarik tanpa keluarkan modal yang lebih. Siapa tahu mungkin selepas ini adalah giliran anda pula…

Sayapun nak jugak…

Jika nak lebih mudah lagi sekiranya anda mempunyai syiling satu sen yang diadunkan dari tembaga yang bernilai tinggi, maka jangan sia-siakan simpanan syiling satu sen anda tersebut.

sekian terima kasih…