Posts Tagged ‘jual beli emas’

Aku Tanya Apa Khabar…

Wednesday, December 24th, 2014

Pelaburan emas.

Nak melabur atau nak buat peleburan? Jika emas dibuat pelaburan dengan cara yang sah tidak mengapa dan tidak menjadi hal. Namun yang demikian hal jika berlaku peleburan yang entah berapa banyak kes sudah berlaku.

Kesian pun ada sedih pun ada. Berkilo-kilo ringgit lebur tanpa dapat balik keuntungan yang diharap-harapkan…

Rugi masa dan wang ringgit.

Mohon jangan terjebak… Ikuti sedikit nasihat yang berguna ini….

===========================

Pelaburan emas anda adalah haram!
===========================

Saya mendapat banyak PM dan mesej dan email bertanyakan tentang ‘pelaburan’ emas yang kini banyak ditawarkan di facebook.

Yang terlibat mempromosinya pula bukan calang-calang orang. Ada ustaz, ada pula hafiz quran.

Modus operandinya adalah:

1. Kita bayar sebanyak RM XXX.

2. Kita akan dapat bayaran bulanan RM YY, secara tetap selama beberapa bulan. Jumlahnya akan melebihi bayaran awal kita di nombor 1 di atas.

Secara ringkasnya, urusniaga sebenar seperti diterangkan kepada saya adalah seperti berikut:

1. Kita beli emas sebanyak RM XXX dari syarikat.

2. Kita jual semula emas tersebut kepada syarikat dengan bayaran RM YY sebulan (ansuran) selama beberapa bulan.

Malangnya urusniaga sebenar ini tidak diberitahu kepada pelanggan. Apa yang diberitahu kepada pelanggan adalah ini sebuah pelaburan.

==================================

Kenapa ia bermasalah dari sudut muamalat Islam?
==================================

Isu syariah yang dapat dicungkil adalah seperti berikut:

a) Kontrak/Akad yang diberitahu kepada pelanggan adalah tidak jelas. Adakah ia sebuah pelaburan, atau ia jual-beli biasa. Kegagalan memberitahu pelanggan jenis kontrak/akad sepatutnya sudah menimbulkan tanda tanya.

b) Jika ia adalah kontrak pelaburan, memberi pulangan tetap (fixed return) adalah haram.

c) Jika ia adalah kontrak jual beli, jual beli emas secara ansuran adalah haram. (Ada khilaf berkenaan barang kemas yang diperbuat dari emas).
Jika promoter menggunakan hujah bahawa duit kertas bukanlah ribawi dan boleh digunakan untuk membeli sebarang emas secara ansuran, lihat pula point di bawah:

d) Menjual sesuatu kepada seseorang dengan syarat dia menjual semula kepada penjual asal adalah haram mengikut pendapat empat mazhab.

‘Pelaburan’ emas begini bukan sekadar haram, tetapi haram berlapis-lapis.

Periksa semula kontrak dan struktur ‘pelaburan’ emas anda. Adakah ia sebuah pelaburan, atau jual-beli, atau apa?

Ok?

Saya yang menyampaikan dan mengingatkan,

Ashraf Latif.
Mantan Penolong Pengurus Risiko Syariah di sebuah bank Islami

p/s:

1. Ada isu lain jika menganggap duit kertas yang sah diperlakukan sebagai bukan barangan ribawi, seperti isu kewajipan zakat dan pengiraan kadar nisab untuk zakat untuk duit kertas.

2. Mohon share.

Mereka Cakap Emas Akan Terus Melonjak Naik…

Sunday, November 27th, 2011

Kenapa? Tidak percaya? Pelaburan emas adalah yang terbaik.

Tip kewangan: zaman ini, MENYIMPAN sahaja duit sudah TIDAK CUKUP kerana akibat inflasi, wang kita ada hari ni, 10-20 tahun akan datang nilainya akan berkurang. Kita perlu memaksa diri kita belajar MELABUR! Oleh itu, untuk bebas kewangan 10-20 tahun akan datang, anda perlu fikir dan tahu untuk laburkan wang hari ini supaya tidak ditelan nilainya dengan inflasi masa akan datang! – pinjam kata2 Pokli Pwm

Jika dulu harganya adalah rm500 untuk satu dinar … kini ia melonjak ke angka 700-800 sekeping dinar untuk satu dinar. Goldbar berapa? Barangan kemas lain berapa? Pastinya anda tertanya tanya bagaimana mahu tingkatkan pelaburan yang lumayan dengan emas, kecuali skim manipulasi emas yang tiada termasuk dalam senarai kiraan. Kebanyakan skim skim bertopengkan keuntungan berganda sedemikian rupa pastinya bakal memakan diri masing  masing dan anda akan termenung bermuram durja. Tu pasal mereka punya teruja sangat nak cepat ceeeepat sangat nak kayaaa. Itu aku taknak campur laa…

Dan cerita aku kat sini untuk hangpa sekalian adalah berkenaan ilmu pengetahuan berkaitan emas. Kena tahu bila emas akan turun dan korang kena tahu bila emas akan melonjak. Adakah dengan turunnya emas teeerus beli berketul ketul dan naiknya harga emas teeerus jual berketul ketul  pulak? Oh bukan begitu caranya…

Caranya adalah dengan mempelajari bagaimana korang boleh menjana keuntungan yang berganda dengan pelaburan emas. Sekali lagi bukan dengan skim pelaburan emas yang entah apa-apa yang pernah korang temui yang punya muslihat yang tersendiri. Penganjur seringkali akan tersenyum sinis dengan keterpesonaan mereka yang sangat gatal nak ceeeeepat kayaaaa…

Rahsia Orang Kaya – Suka Beli & Suka Simpan Emas!

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan membuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini.

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas. Itulah dia cara pelaburan emas terbaik.

Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang emas, cara bagaimana untuk melabur dan jana keuntungan lumayan dengannya, rujuklah melalui laman web berikut :

Klik di sini Rahsia Pelabur Emas Masa Kini