Posts Tagged ‘handphone baru’

Kenapa anda perlukan handphone baru?

Wednesday, November 4th, 2009

Zaman sekarang jika tidak ada handphone apa akan jadi dengan kehidupan anda seharian? Tanpa sms, tanpa deringan handphone anda? Hanya untuk sehari aje. Oh Dunia tanpa handphone.

Adakah anda seorang yang suka mengikut arus teknologi handphone yang sentiasa berubah. Tengok aje dalam laman web gergasi telefon bimbit masa kini. Mereka sentiasa update dengan gadget handphone terkini dan memikat sesiapa jua yang ingin memiliki telefon bimbit masa kini.

Berapa kali anda tukar handphone anda dalam setahun?

Berapa banyak koleksi handphone yang telah anda miliki?

Berapa lama anda telah menggunakan handphone lama anda jika masih ada hayat lagi bersama setia dengan anda…

Apakah perasaan anda sekiranya handphone anda berkecai atau pun hilang ken kebas? Berkecai dek kerana menghentaknya lantaran amarah tak tentu pasal. Handphone pulak yang jadi mangsa keadaan. Kena kebas oleh penyamun terbus yang tak berhati perut. Ini part cerita gerenti hangin satu badan. Senang-senang aje nak rembat handphone orang.

Adush… macam buat survey laa pulak.

Gelagat mereka yang menggunakan handphone sudah tentunya kita akan dapat lihat dengan pelbagai gayanya yang tersendiri. Gaya sms… gaya bercakap… gaya asyik dengan games. Dan pelbagai rentak pengguna handphone masa kini.

Handphone dengan telefon bimbit sama ke?

Apa yang pastinya arus teknologi telefon bimbit akan terus berubah dari semasa ke semasa dengan handphone yang terkini dan canggih.