Posts Tagged ‘gambar angkasawan negara’

gambar angkasawan malaysia | soyuz selamat sampai

Saturday, October 13th, 2007



Send
this banner to your friends

Mereka berlepas dengan jayanya tempohari.

saksikan pelancaran ke angkasa lepas tersebut dengan jayanya…

pelancaran roket ke angkasa lepas.

Berita melaporkan berkenaan roket soyuz telah selamat sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan jayanya.

SOYUZ (dalam bulatan) bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri), Peggy Whitson (kanan) dan Yuri Malenchenko bersama krew ISS sebaik memasuki stesen angkasa antarabangsa itu.Di sini saya sertakan sekali laporan dari berita harian berkenaan cerita angkasawan malaysia yang telah sampai di sana dan menyambut hari raya aidilfitri di Stesen Angkasa Antarabangsa.

“MOSCOW: ‘Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Malaysia’, itulah ungkapan pertama angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, sebaik kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), awal pagi tadi.

Berikutan percantuman Soyuz dengan ISS itu, Dr Sheikh Muszaphar mencipta satu lagi sejarah untuk diri dan negara menjadi rakyat Malaysia pertama bertapak di stesen angkasa.

Pada sidang media selama 10 minit antara Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini dengan ISS yang sedang berlegar di ruang angkasa Russia, angkasawan pertama negara yang kelihatan segar dan bersemangat, juga mengucapkan salam kepada yang keluarga terutama ibu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad dan ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor serta abangnya, Sheikh Ahmad yang turut berada di MCC.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu, iaitu kali pertama warga Malaysia mengucapkan salam dan doa kepada seluruh rakyat daripada angkasa lepas ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, penyelidik, saintis dan wartawan Malaysia.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan supaya Allah memberi kekuatan kepadanya untuk melaksanakan misi negara dan penyelidikan yang dijalankan mencapai objektifnya.

Dr Zulkeffeli dalam taklimat media berkata, rentetan kepada peristiwa bersejarah itu bermula 90 minit sebelumnya, apabila Soyuz menghampiri ISS dan kedua-duanya dapat bercantum pada jam 6.52 petang waktu tempatan bersamaan dengan jam 10.52 malam tadi di Malaysia.

Kapal angkasa Soyuz berlabuh di ISS selepas mengorbit bumi lebih 700 kali dalam tempoh 48 jam selepas dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, 10 Oktober lalu.

Sebaik saja mendarat di ISS, MCC berhubungan secara berterusan dengan krew Soyuz termasuk dengan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar.

Ketika berlegar di orbit, Soyuz hanya mempunyai perhubungan darat dengan MCC setiap 90 minit, iaitu 10 minit setiap kali ia melepasi ruang angkasa Russia”.

petikan dari berita harian

video rakaman soyuz selamat sampai di ISS

=============================

dan ia akan menjadi sejarah yang cukup menarik dalam nota buku sejarah malaysia. maka bertambah lagi tempat bersejarah yang sedia ada selain dari sejarah malaysia masa-masa silam. hehehhe…

sekian terima kasih.

angkasawan malaysia : masa untuk berlepas!

Tuesday, October 9th, 2007

Assalamualaikum..

Angkasawan negara ke ruang angkasaraya. Sejarah untuk negara malaysia. Nampak gayanya beraya di angkasa lepas laa angkasawan negara yang bernama Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi untuk membuat penyelidikan berkenaan dengan sel barah, bakteria, serta pengkristalan protein.

Ada sapo2 lagi nak pergi ke angkasa lepas? Boleh laa buat tempahan tiket kapal angkasa lepas mulai sekarang.

KAPAL angkasa Rusia Soyuz TMA-11 yang akan membawa angkasawan negara bersiap sedia untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa Rabu ini selepas ditegakkan di tapak pelancarannya di Baikonur, Kazakhstan, semalam. – AP.Ku petik gambo ini dari utusan malaysia. Jangan marah heh…?

Nak tengok lagi gambo perkapalan angkasa lepas yang akan berlepas tak lama lagi…

PERSIAPAN AKHIR: Roket Soyuz-TMA 11 dibawa ke tapak pelancaran di Baikonour Cosmodrome, Kazakhstan.

Siapakah yang telah layak untuk terbang ke angkasa lepas tersebut? Sudah tentu anda telah mengetahuinya…

PERSIAPAN RAPI: Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkifly Yusoff mengemaskinikan peralatan komunikasi pada pakaian khas angkasawan yang dipakai Dr Sheikh Muszaphar di Russia

Inilah dia orangnya yang sedang bersiap-sedia melaksanakan misi ke angkasa lepas.

Itulah dia sedikit sebanyak coretan misi ke angkasa lepas yang akan membawa angkasawan malaysia ke angkasa lepas. Jom kita jenguk angkasa lepas…

program angkasawan negara

national space agency

Sekian terima kasih