Posts Tagged ‘duit simpanan’

Oh Cari Duit Raya Sakan | Habis Duit Tambah Duit Raya

Tuesday, August 25th, 2009

Cari Duit Raya Terkini… Salam ramadhan untuk semua di bulan yang mulia ini. Bagaimana perancangan kewangan anda untuk sambutan hari raya akan datang? Puasa belum ke penghujung dah gegak gempita bercerita bab raya sakan, tempahan baju raya, tempahan sampul surat raya. Semuanya bertittle tag hari raya menjelang raya bakal tiba.

Gerenti duit simpanan anda mengalir laju bagai aliran deras sungai yang mengalir jika tanpa perancangan kewangan yang sepatutnya. Sebelum raya duit dah habis, selepas hari raya pun duit habis jugak. Mana nak cekau duit lagi kalo dah habis untuk berbelanja sakan?

Bagaimana persiapan raya sakan tahun ini? Sudah siap-siagakan persiapan untuk berhari raya? Kalau belum lagi, cepat-cepatlah takut nanti tak sempat pulak pakai baju baru masa raya ni.

Dalam artikel ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mereview report yang telah dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar bertajuk 10 Cara Buat Duit Raya. Maklumlah, raya dah nak dekat. Jadi, kita perlu ada persiapan bukan saja untuk beraya, malah persiapan untuk dapatkan balik duit selepas banyak berhabis masa raya.

Dalam report dengan 45 mukasurat ini, banyak info langkah demi langkah yang telah ditunjukkan oleh Ammar tentang cara nak buat duit raya. Langkah-langkah tersebut mudah diikuti dan langsung tak perlu ada kemahiran pun.

Ada orang buat duit online. Yang itu memerlukan pengetahuan asas tentang komputer sedikit sebanyak. Tapi kali ni, Ammar Zahar tunjukkan 10 cara buat duit raya yang tak ada kaitan dengan online. Maksudnya, semua orang pun boleh lakukannya.

Ammar bukan saja mengupas teknik tersebut secara langkah demi langkah, malah Ammar tunjukkan bagaimana nak caranya dan resource yang banyak diberikan.

Saya pasti, selepas membaca report ni, anda boleh terus pilih dari 10 cara tersebut yang mana stau nak dibuat dan terus kumpul duit raya anda. Dan yang pastinya, harga report ini sangat sangatlah murah tak seperti harga kebanyakan ebook diluar sana.

Klik sini untuk maklumat lanjut:  Buat Duit Raya Sakan

Saya beri 5 bintang dan 9/10 markah untuk report ini. Murah, praktikal, dan memang mantap isinya. Satu lagi report hebat dari Ammar Zahar..:)

Untuk kejayaan Anda….  Jom Cari Duit Raya Sekarang..

selamat hari pekerja 2008

Thursday, May 1st, 2008

Hari ini bulan mei untuk ke sekian kalinya pada tahun 2008.

Gaji dah dapat? Berapa yang dapat simpan? Tak banyak mana sangat?

Kalo gaji 1000 simpan aje laa rm200. Itulah kiraan yang paling mudah. Hanya simpan sebahgian dan belanjakan sesesuka hati mana yang berbaki. Jangan berbelanja bagai nak rak tak hingat dunia baru nak hingat simpan bakinya tatkala sudah berbaki sedikit.

Apakah gaji tidak pernah cukup? Ada buat apa-apa kerja sampingan untuk menampung keperluan harian yang semakin mendesak terutamanya sarapa pagi yang bernama tepung roti canai yang enak di kedai makcik tipah.

Orang berniaga pun semakin sesak juga terkadang tu, bukan hanya orang bekerja makan gaji sahaja yang peratus gajinya ada yang tak naik. Gaji naik setiap hari takper laa. Apa jua jenis gaji yang kita dapat adalah selaras dengan apa yang telah kita kerjakan. Kalo gaji tak setimpal dengan kerja kita bagaimana pula?

Lain pulak ceritanya kalo kita suruh orang lain yang tolong buatkan kerja kita dan kita hanya duduk duduk rileks. Jadi boss yang tidak rasmi. Itu cerita kisah benar yang tersiar dalam tv3. ahahahahaa…..

Sebenarnya cara paling mudah nak dapat duit adalah dengan bekerja, itulah cara paling kuno sejak zaman berzaman selain dari berniaga.

Mereka yang bekerja dengan cara mereka yang tersendiri dan bagi mereka yang berniaga dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang suka bekerja dan ada yang suka berniaga. Dan ada yang suka kedua-duanya.

Jangan jadi terpaksa bekerja sudah laa. Jika terpaksa bekerja akan berlaku cerita majikan membuang pekerja atau pekerja yang membuang majikan? Terpaksa berniaga ada jugak ke?

Bekerja dengan gomen atau berniaga adalah pilihan masing-masing.

Gaya kerja yang sebegini seharusnya sudah berubah. cepat atau lambat mana pilihan anda? mana yang anda mahu?

Sekian terima kasih. Dan selamat bercuti rehat kepada yang sedang bercuti dan selamat hari pekerja.