Posts Tagged ‘duit segera’

Duit Segera?

Monday, September 28th, 2015

Duit segera?

program kutu derma online

Memang ramai yang duk kejar. Lebih lebih lagi mereka yang malas nak usaha keras. Asyik nak cepat aje nak dapatkan duit segera dengan sesegera mungkin. Padahnya sendiri yang merana.

Yeah. Duit segera memang sengsara jika nak kejarnya. Asyiknya duk terkejar kejar tetapi hujungnya itu merana badan jadinya… Siapa yang rugi?

Kejar duit segera memang takkan habis sampai bila bila selagi ada permintaan untuk kaut duit dengan segera. Jika dah tamak haloba memang tak boley nak sekat dah… Serupa juga dengan memacam program skim cepat kaya yang berapa banyak kali yang terkena tak serik serik. Asyik duk kejar dan terus kejar duit segera tersebut..

Begitu juga dengan program kutu derma online. Dedulu berhabis duit dengan fotostat, setem dan sampai bagai untuk kutip derma antara satu sama lain saling bantu membantu untuk cepat kaya… Mana mungkin program duit segera kutu derma itu akan bertahan lama…?

Yeah. Program kutu derma yang terhangat dahulu. Dapat surat berangkai tersebut kemudian sediakan duit sekupang dua kemudian hantar kepada nama penerima dan kemudian alihkan nama dan tunggu duit atang mencurah curah. Kononnya dapat duit derma tersebut berkepuk-kepuk. Rerupanya sesia aje jadinya… Tak gitu?

Kini ada program yang lebih kurang sama sedang meningkat naik. Lebih kurang kutu derma online. Namanya dah upgrade sikit jadi Charity ID.

Apa itu Charity ID? Sudah tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah program derma ikhlas online sebagaimana surat berangkai tersebut. Cuma bezanya offline dan online sahaja.

Evolusi Kutu Derma Online

Sekian terima kasih…

Buat Duit Dengan Kumpul Kertas Untuk Duit Segera

Wednesday, March 10th, 2010

Bagaimana hari ini? Moga anda semua sihat dan ceria selalu hendaknya dengan kehidupan seharian masa kini. Sihat tubuh badan mental dan fizikal itu penting untuk kesinambungan kerja harian kita.

Terutama sekali bab cari duit seharian. Kalo tak kerja dan tak buat kerja apa-apa dah tentunya tak ada duit yang masyuk. Nak harapkan siapa kalo duit dah tiada dalam poket. Siapa yang nak nolong? Sudah tentunya diri sendiri yang perlu lakukan sedikit ikhtiar untuk cari duit dan perhabiskan duit.

Habiskan duit memang mudah. Dannak cari duit pun memang mudah jika kena caranya. Caranya ada di sekeliling anda. Cuba anda perhatikan hanya berada di rumah dan anda boleh fikirkan apa yang boleh anda buat untuk cari duit secara sambilan…

Contoh mudah yang seringkali anda lihat adalah mengumpul kertas dan menjual semula ke kilang pemprosesan kertas untuk kitar semula. Gerenti anda akan dapat duit segera punya. Tak segera pun dapat cepat. Tak cepat pun dah tentunya anda yang malas nak kumpul kertas tersebut.

Sedikit aje? Cubalah dulu untuk kumpul beberapa kilogram dalam seminggu. Dapat sekilo purata rm10.00 ( andaian harga..) sehari. Jika 10 kilo seminggu dah berapa? Jika andaian untuk setahun hanya kumpul kertas dan hantar ke kilang aje, dah berapa yang anda dapat?

Setiap kali dapat duit hasil jualan ke kilang kertas kitar semula yang anda lakukan tersebut anda kumpul dan tabungkan. Anda kumpul kertas dan kumpul duit dalam tabung. Sedikit sedikit lama-lama jadi berkepul-kepul.

Susah sangat ke nak kumpul kertas terpakai? Kotak terpakai yang ada di sekitar rumah anda? Kumpul dan menang!

sekian terima kasih. selamat mencuba…

Related post :

Buat duit dengan kertas

Related info :

Duit mudah online | Cari duit mudah | Duit lebih mudah

Saturday, February 21st, 2009
Emel aku dah berlambak dah kena penyepam nih. Kang aku buat survey spamming pulak nak?
Berapa banyak anda daftar program buat duit mudah?
Berapa banyak email yang anda hantar setiap hari untuk menyepam?
Berapa jam sehari anda buat pengebooman email setiap hari?
Siapakah sasaran pengebooman email anda?
Adakah anda terpaksa mendelete email yang tidak diundang tersebut?
Adakah anda membuat email hantaran mas kahwin kepada orang yang anda tidak kenali?
Adakah anda sering menerima email yang tidak diundang setiap hari?
Adakah anda telah menghasilkan duit mudah dengan penyertaan anda tersebut?
Lain-lain soalan boleh anda ajukan kepada mereka yang membuat penyertaan secara suka rela ini…
GEMPAR!!!! ADA PESERTA SURVEY
MENDAPAT DUIT MUDAH RM72,305
MELALUI SURVEY
YANG DIJALANKAN


Salam Berbahagia Semua…

Youthsay merupakan satu laman web survey online yang membuat survey terhadap remaja dan orang muda di Malaysia.

Laman web ini pada saya baik untuk semua, kerana isinya yang informatif dan menjadi tempat berkumpulnya remaja dari serata Malaysia.
Jika anda membuat survey di sana, akaun anda akan dikreditkan dengan amaun yang lumayan dan jika dah cukup syaratnya, wang tersebut boleh dikeluarkan dari akaun tersebut.

Jadi, jangan berlengah-lengah lagi, daftar sekarang dan buat duit dengan survey.
Jangan terkejut kalau saya beritahu ada peserta survey mendapat RM 72,305 melalui survey yang dijalankan. Jadi tunggu apa lagi, kalau anda nak buat duit mudah melalui survey.
Daftar sekarang di duit mudah survey.
———————-

ko Spam email aku ke? Kesiannya kat aku… terpaksalah aku susah payah nak mendelete email hangpa semua yang buat spam…

dan ini satu lagi citer yang lebih menarik lagi gempak dengan duit mudah :

————————

TERBARU!!! KOMISYEN 100% TERUS KE AKAUN BANK

ANDA dengan DUIT MUDAH!!!  JADILAH YANG

TERAWAL!!!

Selamat datang ke DuitMudah.com..

## Modal RM10 sahaja. Anda bayar kepada penaja yang memperkenalkan DuitMudah.com kepada anda.


## Anda perlu Daftar dan kemudian Login untuk mendapatkan maklumat akaun bank penaja anda. Selepas membuat bayaran, sila buat pengesahan bayaran dalam halaman ahli (Login)

## Selepas pengesahan bayaran akaun, anda akan diaktifkan. Di halaman Ahli (Login), dapatkan URL anda untuk membuat promosi. Anda juga boleh download produk dan kemaskini maklumat anda. Pastikan maklumat bank anda adalah betul supaya tiada masalah pembayaran oleh tajaan anda.

## Setiap orang yang daftar melalui URL anda akan membuat bayaran RM10 terus ke akaun bank anda. Jadi 100% peratus komisyen milik anda tanpa melalui akaun admin. Tanpa ada peringkat tajaan (multilevel) dan usaha anda sendiri yang menentukan keuntungan anda.

daftar segera untuk jadi yang terawal di mana? di laman web duit mudah.

Rebutlah peluang ini dan sertai sekarang!!!

terimakasih dan selamat maju jaya.

Marilah kita mendapatkan duit mudah dengan segera lagi tergempar masa kini.

Siapa boleh membuat aku supaya menjadi billionare segera?

Monday, February 9th, 2009

Kamu orang dan kalian semua. Dengar ini cerita “siapa boleh membuat aku supaya menjadi billionaire segera”.

————-

Siapa yang berusaha sudah tentunya akan menikmati hasil yang cukup lumayan.

Boleh berusaha selagi ada tulang empat kerat dengan mencontohi pakcik makcik OKU yang berjaya.

Membuat segala kerja yang kau minat dengan penuh tekun dan sabar untuk menjadi manusia yang berjaya.

Aku mesti belajar selok belok perniagaan dari asas sebelum memperolehi duit atau wang yang aku kejarkan itu.

Supaya aku tidak terleka dengan omongan hype lantaran teruja dengan sales letter gempak.

Menjadi atau tidak hasil usaha yang telah aku buat akan menjadikan ia satu pengalaman yang cukup berharga buat diri aku.

Billionaire amat mencabar kehidupannya, bukan begitu mudah dan bukan sembarangan cabaran yang perlu aku akan hadapi.

Segera atau lambat terpulang kepada diri aku untuk bermula dari sekarang atau sekadar melihat orang lain berjaya sedangkan aku masih di takuk lama.

Selesai sudah ” siapa boleh membuat aku supaya menjadi billionaire segera”

Jika mahu menjadi jutawan mungkin anda boleh menjejaki langkah jutawan sebagaimana jutawan azizi ali atau jutawan senyap chef li atau jutawan internet dr irfan khairi.

——-

Saudara sekalian… Pilihan adalah ditangan anda sendiri yang menentukan apa yang ingin anda inginkan dalam dunia ini. Bukan semata-mata berserah kepada nasib.

Anda mungkin boleh menjenguk website taukey, atau website team flarebiz, atau website affiliate hunter encik titan dan jutawan internet irfan khairi sebagai contoh untuk membina perniagaan anda sendiri dan seterusnya menjadi jutawan. Jangan mudah berputus asa.

Sudah tentunya memang ada cara dapat duit banyak jika anda mahu berusaha dan terus berusaha dengan lebih gigih setiap hari. Jika anda mahu membuat rujukan perihal perniagaan internet anda boleh mendapatkan sedikit maklumat di forum wangcyber atau forum bicarajutawan ataupun forum jombincang dengan motonya : Mari diskas dan bongkar pelbagai rahsia pendapatan internet.

Sedikit motivasi untuk anda melangkah lebih gigih lagi mengenali dunia perniagaan internet dengan menerjah ke ruangan majalah elektronik Majalah Internet Malaysia.

Sekian terima kasih celoteh untuk kali ini.

Senarai Rompakan Di Lapangan Terbang

Thursday, April 10th, 2008

Bagai hujan peluru? Tindakan nekad membuat rompakan adalah sesuatu yang cukup berani dan berisiko tinggi dan mereka sudah tentu bersiap sedia untuk mati. Keputusan muktamadnya mereka akan bersiap sedia dengan apa jua cara yang boleh mereka lakukan.

Maka berlaku operasi rompakan yang mereka rancangkan. Apa mereka peduli asalkan dapat melakukannya dengan penuh teliti dan mendapat hasilnya. Tersilap haribulan sekalipun sama ada hidup atau mati mereka peduli apa. Mereka sudah membuat keputusan nekad untuk membuat rompakan. Maka rompakan itu akan mereka lakukan. Berjaya atau tidak… terpulang. Nekad rompakan bagi mereka adalah hidup atau mati…

Dan kini sekali lagi rompakan berbentuk wang ringit sudah tentunya menjadi sasarannya dalam jumlah yang cukup besar. Kalo takder duit buat laa kerja yang boleh menghasilkan duit yang lebih lumayan. Tak payah nak berdepan dengan risiko yang sedemikian rupa… cacing tanah pun okeh apaa..?

Meh kita jenguk aksi rentetan peristiwa rompakan di lapangan terbang.

=====================petikan metro================

Antara rompakan terbesar di lapangan terbang

>11 Disember 1978

New York, AS
RM18.65 juta

Kumpulan perompak mengambil masa 64 minit melarikan wang tunai AS$5 juta (RM15.85 juta) dan barangan kemas bernilai AS$800,000 (RM2.8 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York.

Rompakan itu dirancang Jimmy Burke dan ahli keluarga jenayah terancang Lucchese, satu daripada lima keluarga penjenayah terbesar New York.

>11 Ogos 2001

Durban, Afrika Selatan
RM4.8 juta

ENAM lelaki bersenjata melarikan AS$1.5 juta (RM4.8 juta) dan berlian bernilai AS$100,00 (RM317,000) daripada pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Virginia, utara Durban, Afrika Selatan. Kumpulan lelaki terbabit melepaskan tembakan rambang ke arah pengawal terbabit yang ketika itu membawa dua beg sarat wang tunai menuju ke van keselamatan di perkarangan lapangan terbang itu.

>12 Februari 2002

London, England
RM20.6 juta

SEKUMPULAN perompak menyerang hendap sebuah van keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow, London dan melarikan AS$6.5 juta (RM20.6 juta) yang baru tiba dari Bahrain. Sekurang-kurangnya dua lelaki menyerang pemandu van yang baru mengambil wang tunai dari pesawat British Airways.

>6 November 2005

Miami, AS
RM23.46 juta

SEKUMPULAN empat lelaki merompak wang tunai AS$7.4 juta (RM23.46 juta) dari gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada 6 November 2005. Wang itu sebahagian daripada AS$80 juta (RM296 juta) yang dihantar dari Jerman. Ia akan dipindahkan ke Bank Simpanan Persekutuan di Miami.

>4 Disember 2007

Sarajevo
RM6 juta

EMPAT perompak berpakaian seragam polis melarikan wang AS$1.9 juta (RM6 juta) dari Jabatan Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo pada 4 Disember 2007.

====================petikan metro==============

Dan kini tersenarai yang terkini adalah rompakan di KLIA dan sebelum ini ada juga berita lain yang berkaitan rompakan di lapangan terbang di Malaysia. Boleh search sendiri daaaa…. Dengan serangan senjata api membuta-tuli. Berbalas-balas tembakan… macam dalam filem, namun ia adalah realiti…

mainpix_metro.jpg

Berapa banyak mereka dapat? Jumlah kiraannya yang begitu banyak sekali … S$1.5 juta (RM3.45 juta).