Posts Tagged ‘duit raya’

Tag Backlinks Hari Raya AidilFitri 2008

Saturday, October 11th, 2008

Dah kena tag laa pulak dah… maka dengan penuh emosi suka cita gumbiranya memberikan jawapan balas kepada tag backlinks dari nr yummie dan jugak yazid yahaya.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Banyak pasang jugak ler semenjak dua menjak nih. Raya tahun nih sekeping dua aje laa yang ada save bajet. Baju melayu sekeping warnanya biru muda. Dan seluar slap warna hitam dan macam biasa kain pelikat warna hijau. Macthing ke tak haaaa… tak reti aaaa nak kombain warna warna nih. Kena belajar buat kombinasi warna laa pulak.

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Banyak jugak ler yang best-best makanan tradisional nih. Makanan yang saya suka sudah tentunya dodol dan jugak tapai. tapai memang tak miss setiap kali raya menjelang.

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Biskut raya pulak? Biskut raya pulak yang bestnya biskut raya yang ada kacang gajus. Laju sakan laa kalo makannya.

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Duit raya tahun nih dapat jugak ler sekitar RM300 termasuk ler dapat dengan sampul duit raya dari mereka yang masih lagi nak bagi duit raya. Tak hambik kang rezeki… jangan ditolak. Hambik aje laaa… hahahahaaa.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Malam raya lepak lepak tengok tv sesambil siapkan juadah untuk hari raya.

Kepada siapakah mahu di tag akan tag hari raya ini? Terpulanglah…

aku di tag

tag nr yummie aidilfitri

liga kampung tag dari nr yumie

earncent berapa duit raya titan

afzaiafandi tag rayalah pulak

mamairfan Hari raya tag

catzer tag dan iem

samdaddycool another raya tag

duit raya yazid yahaya

munirah tag hari raya

topo dapat tag raya

Raya pun ada tag?

sekian terima kasih untuk tag raya 2008 kali ini.

Kami nak raya daaaaa…

Tuesday, September 30th, 2008

Assalamualaikum….

Acik kami nak rayaaaa….

Sediakan syiling yang secukupnya. Kalo takder duit raya bagi aje oleh-oleh hari raya. Selamat hari raya 2008.

cari duit raya?

Wednesday, October 17th, 2007

Rabu : 17

Raya kelima dah kita nih… banyak dapat duit raya? Nak simpan kat mana duit raya nih? Segan pulak dapat bonus duit raya ari mereka yang hulurkan duit raya tak pasal2. tak hambik nanti mereka hulur kat kita. Hambik kan senyum simpul pulok dapat duit raya.

Bolehlah buat bajet raya untuk sambung tapak web dengan domain name yang dikatakan semakin naik harga sekarang nih… eh eh gurau aje laa pasal duit raya tu. Duit raya nih penting juga sebenarnya untuk mereka yang memerlukan sebagaimana saya yang perlukan duir raya untuk buat bayaran hosting dan jugak domain name… pulok doh????

Masa kecik2 dulu teringat laa citer dapat duit raya nih, memang seronok sakan laa. Namun sekarang nampak pelik sedikit sebab ada yang datang ke rumah sekadar nak dapatkan duit raya. Duit raya dari orang kaya lain citer laa… ada yang dua kali pergi ke rumah orang kaya untuk dapatkan duit raya. Sampai begitu sekali ke?

Eh, bukan semuanya laa gitu. Kalo nasib baik, banyak jugaklah yang disediakan bajetnya untuk keluar belanja untuk duit raya nih.

Jangan lupa, simpan elok2 duit raya yang dah dapat tu.. jangan pulak kena bayar saman. Naya pulok laaa..

Sekian terima kasih

jalan-jalan di hari raya

Sunday, October 14th, 2007

Ahad : 14

Oh hari ini hari raya kedua… masih dalam mood raya dengan lagu raya yang berkumandang. Jalan-jalan dan berkunjung masih diteruskan seperti biasa dengan berpusu-pusu ramai orang bergerak di  jalanan yang semakin sibuk setiap kali musim raya datang menjelang.

Jika dah jalan-jalan yang berdekatan, maka masa untuk perjalanan berjarak sedikit untuk hari kedua pulak. Jika anda kenderaan van yang luas dah tentu boleh bawak lebih sedikit dari biasa. Jika tidak , anda perlu laa bergerak sendiri sekiranya tanpa kenderaan untuk ke mana-mana.

Tidak lain sasarannya adalah kereta sewa dan jugak bas. Mengikut pengalaman saya, harga akan naik mendadak untuk kereta sewa untuk musim raya nih. Wah! Hari raya pun nak naik harga jugak kereta sewa nih? Habislah duit raya saya…! hihiiii…

Dapat duit raya lagi ke? Meh sini kira duit raya.

sekian terima kasih

shopping sakan dan parking sakan

Sunday, September 30th, 2007

assalamualaikum…

wah… seronok nampaknya. nak beraya sakan ke? kalo nak beraya sakan dah tentu terfikirkan macam mana nak cari parking yang kosong untuk parking kereta turbo anda atau kereta sport adilfitri anda. nampaknya semakin dekat dengan hari raya aidil fitri dah tentu ramai yang sibuk nak menyiapkan persiapan hari raya.

dalam kesibukan tersebut anda akan terfikirkan satu perkara yang penting dalam urusan parking kereta anda. itulah dia cerita pasal parking kereta yang terhad tatkala menjelang musim perayaan yang bakal tiba. apatah lagi musim cuti yang panjang menjadikan destinasi yang dituju menjadi terlalu sibuk dengan kenderaan.

sibuk satu hal nak parking satu hal … mana nak cari parking nih?

cara yang paling mudah adalah kita berdoa aje laa untuk mendapatkan parking. sentiasa berdoa dari awal2 naik kereta sehinggalah jumpa tempat parking kenderaan anda yang sesuai dan berkesempatan untuk parking jika ada yang nak kuar dari tempat parking yang disediakan. bagaimanakah caranya doa tersebut?

bzzzzzzzzzzzzzz…. anda boleh jenguk di blog amir hakimi berkenaan doa parking tatkala nak shoping. dan tambahan lagi untuk keselamatan kereta kita tu. jangan sekadar mengharapkan dapat parking aje.

sekian terima kasih.