Posts Tagged ‘duit online’

Nak Cari Duit Dengan Mudah? Lagu Mana Caranya?

Friday, December 5th, 2014

Baiklah…

Kena caranya memang mudah cari duit.

Tak kena gayanya memang sudah cari duit…

Sama ada online atau offline.

Susah jugak tu kalo nak fikirkan nak cari duit dengan mudah. Kalo atas kertas memang tip top dah tentunya perancangan begitu begini begitu begini… kan?

1. Mula mula kena siap sediakan mental dan fizikal.

2. Mohon jangan tamak haloba yang teramat sangat.

3. Jangan mudah putus asa.

4. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.

5. Kena usaha dengan bersungguh sungguh.

6. Kena sabar jika nak simpan dan kumpul duit untuk masa depan.

7. Buat bisnes sambilan.

8. Buat kerja sambilan.

9. Kena rajin cari ilmu tambah ilmu.

10. Jangan malas jangan asyik tido aje.

Itu aje dulu untuk kali ini. Moga usaha anda untuk cari duit dengan cara mudah akan dapat dipermudahkan dengan jayanya. Teruskan berusaha untuk tingkatkan ekonmi keluarga dan merancangkan kewangan masa depan dengan lebih tersusun.

Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal…

sekian. terima kasih.

Nak buat duit raya dengan lubuk bisnes tudung?

Wednesday, May 21st, 2014

Lubuk Bisnes Tudung

Orang perempuan memang suka membeli pelbagai jenis tudung yang berlainan rekaan dan warna. Terutamanya sempena musim perayaan yang bakal tiba. Bisnes Tudung adalah bisnes yang sangat bagus untuk anda buat duit raya. Kebanyakan pemborong dan pembekal sudah pun memiliki stok yang banyak untuk dijual sebelum tiba hari raya.

Anda bagaimana?

Kenapa mesti ada lubuk bisnes tudung?

Untuk pengetahuan anda, Cik Zana nak dedahkan Lubuk Bisnes Tudung yang digunakan oleh mereka!

Tahun 2014 ni adalah tahun yang cukup mencabar bagi kita semua dengan kenaikan harga barang keperluan dan kos kehidupan yang terus meningkat. Memeritkan.
Kenaikan harga barang keperluan ini sudah tentu tidak dapat untuk kita elak. Takleh nak mengelak dah. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menambah pendapatan sampingan untuk menampung kebocoran duit yang keluar tersebut. Lebih lebih lagi untuk menghadapi musim perayaan yang bakal tiba.

Persoalan yang berlegar dalam minda anda sekarang…

Nak buat bisnes apa?
Bisnes apa yang mudah?
Bisnes apa yang boleh mula segera?
Bisnes apa yang menguntungkan?

 

lubuk bisnes tudung

Jawapannya ialah bisnes tudung.

Mudah benar jawapan yang telah diberikan.

Mengapa tudung?

Hampir setiap wanita mempunyai pelbagai jenis tudung mengikut saiz, warna dan kualiti yang berbeza-beza. Setiap satu pula mempunyai nilai yang tersendiri mengikut harga dan jenama masing-masing. Untuk pengetahuan semua pelanggan wanita tidak akan berhenti membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh-puluh tudung. Inilah niche yang bagus dan mempunyai sasaran pelanggan yang tidak akan pernah putus!

Seterusnya, bagaimana caranya? Di mana anda boleh dapatkan lubuk bisnes tudung yang bagus? Ada seseorang yang bernama Cik Zana akan bantu anda untuk mulakan bisnes tudung dan dedahkan lubuk bisnes tudung yang menjadi tumpuan ramai pemborong dan pembekal.

Dah tu gi jenguk lagu mana cara nak buat duit raya dengan lubuk bisnes tudung untuk tambah pendapatan secara sambilan.

Klik tengok sini —>>> Lubuk Bisnes Tudung untuk tambah pendapatan.

Lubuk Bisnes Tudung

Buat Untung Online Dengan EdyBiz

Sunday, February 23rd, 2014

Buat Untung Online Dengan Edybiz

buat untung online dengan edybiz

Edybiz terus melebarkan sayapnya. Dengar khabarnya dah buat talk dekat UIA dengan ramai pelajar kat sana berminat untuk join edybiz. Sambutannya dah tentunya menggalakkan disebabkan mereka boleh buat untung online secara sambilan.

Kemudian edybiz macam biasa melakukan promosi secara santai dalam radio pulak dah. Pendengar radio dah tentunya ramai jugak. Itulah dia salah satu dari saluran promosi yang telah edybiz lakukan jika anda serius untuk menjana untung online dengan edybiz.com

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dah tentunya ramai yang sedang mencari pilihan lain untuk tambah pendapatan secara sambilan. Boleh buat untung online pulak tu dengan edybiz.com. Tak rugi jika anda nak sertai edybiz dan memulakan langkah pertama anda untuk mula belajar dan kaut untung online dengan edybiz.com.

Cara nak daftar pun mudah bukan terlalu sulit. Dengan menggunakan medium fb yang duk hari hari anda login tersebut aje… Caranya adalah dengan login fb anda kemudian menggunakan connet with fb dan siap… Maka dengan itu anda telah menjadi sebahgian dari keluarga edybiz.com

Cer citer camner nak join edybiz?

Ada produk yg komisyen affiliate boleh bagi 3 level maksimum
Level 1: 15%
Level 2: 5%
Level 3: 20%

Ini bukan multi-level ye MLM, ini affiliate multi-tiers. Tiada yuran pendaftaran, tiada kena maintain bulan

berminat?

Edybiz memudahkan urusan bisnes online anda.

Sistem yang membantu anda memudahkan operasi bisnes dan menambahkan keuntungan dengan lebih mudah.

Join edybiz hari ini untuk tambah keuntungan memudahkan operasi dan meluaskan empayar bisnes anda dengan menggunakan internet.

 

====>>> Klik sini untuk info buat untung online dengan edybiz http://on.fb.me/1jD7vbM

edy promo

Selamat maju jaya untuk anda dan mulakan langkah meniaga online anda dengnan edybiz hari ini juga. Buat untung online dengan edybiz.

sekian teriam kasih.

Buat Untung Online Dengan Edybiz

Nak Rezeki Laju Biar Kena Caranya…

Friday, August 16th, 2013

Di Sebalik Tabir 9 Formula Pantas Seru Rezeki

rezeki

Perhatian: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Cikpuan Insyirah Azhar. Beliau adalah penulis ebook motivasi ketuhanan best-seller. Dalam artikel ini, beliau mempersembahkan diari motivasi menjadi seorang penulis ebook.

Kisah Si Penakut Terbitkan Ebook

Alhamdulillah, ebook ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2012. Ia adalah karya berani yang saya berjaya terbitkan. Ebook ini juga adalah hasil penangan Coaching Penulisan Ebook yang Tuan Aqif anjurkan.

Dahulu, saya adalah seorang yang penakut terbitkan ebook. Saya pernah buat ebook, tetapi ketika itu jahil ilmu penulisan ebook. Oleh sebab itu, saya telah ditembak dengan kata-kata negatif tentang ebook saya, yang tidak berjaya mendapat tempat di hati pembaca.

Impaknya, saya mempunyai mental block untuk terus maju. Alhamdulillah, dengan menyertai Coaching Penulisan Ebook bersama Tuan Aqif, saya telah berjaya memecahkan mental block yang selama ini tertanam dalam diri saya.

Rekod Kurang 6 Jam, Ebook Terhasil

Oleh sebab obsesi memberi, setelah tamat coaching, saya dapatkan buku kecil khas untuk sumbat ilham penulisan. Saya membuat keputusan, saya perlu pecahkan mental block untuk terbitkan ebook.

Lantas, ketika berjalan pulang ke rumah, saya tulis derasan idea yang menjengah di fikiran kurniaan Tuhan. Tanpa berlengah, jari jemari sesak menari-nari di atas papan kekunci untuk merealisasikan sebuah impian.

Tanpa sedar, Alhamdulillah kurang 6 jam setelah coaching tamat, saya telah berjaya siapkan sebuah ebook, iaitu 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

9 Formula, Formula Amalan Peribadi

Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, adalah ebook formula amalan peribadi yang saya amalkan. Dalam menyusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran, nikmat kekayaan adalah sesuatu yang ramai antara kita impikan.

Namun, kadang-kala, akibat obses dengan kekayaan, kita lupa pada Tuhan. Lantas, mencari lubang-lubang yang mungkin menjerumuskan kita mengamalkan ilmu khurafat. Nauzubillahi min zalik.

Oleh sebab itu, saya terbitkan ebook ini. Sebaik-baik kehidupan adalah dengan kembali kepada Allah. Jika ingin kaya, sedekah dan berniaga, jika ingin bahagia, bersyukur. Itu adalah antara perkara yang ramai antara kita terlepas pandang.

Ebook ini adalah olahan formula, selama saya hidup di universiti kehidupan. Ia adalah formula terbaik yang Allah beri panduan, untuk mencipta kekayaan dunia dan Akhirat. Ia bukan sekadar tulisan, malah boleh menarik diri kita disayang Tuhan

Derasan Testimonial Yang Luar Biasa

 Tidak pernah saya sangka, ebook ini akan menginspirasikan ramai orang. Sejak ia dilancarkan pada 10 Disember 2012, Alhamdulillah, saya telah menerima puluhan testimonial yang luar biasa.

Walau ia kelihatan seperti karya jalanan, tetapi dengan izin Allah, ia terkesan pada hati ramai insan.

Ramai yang memberi respon, ebook saya telah memberi cahaya dalam hidup mereka. Ada kehidupan keluarga yang berubah, setelah membaca ebook 23 muka surat saya.

Adapun, peroleh rezeki tidak diduga dalam masa 3 hari, apabila mula amalkan salah satu daripada formula dalam ebook ini. Subhanallah.

Alhamdulillah, di kala ini, lebih 100 orang yang telah mendapatkan ebook ini. Dengan mendapatkan ebook ini, pembeli akan mendapat akses ke group tertutup di Facebook, bertujuan untuk menginspirasikan orang lain yang telah mengamalkan formula itu. Sebuah perkongsian yang tidak ternilai.

Seandainya ingin ‘merasa’ perkongsian dalam group itu, dapatkan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, formula akhir zaman disayang Tuhan.

Klik sini untuk dapatkan Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki – Insyirah Azhar

Kemas kini Akaun Maybank anda? Kenapa?

Monday, March 16th, 2009

Ada dapat email dari cimbclicks? Email dari maybank? Email dari rhb? Email dari Publicbank? Untuk security ke? Bukan untuk security tetapi untuk menghalau duit anda pergi kepada mereka yang suka sangat dengan duit online anda. Dengan begitu mudah sekali mereka akan menghapuskan saki baki jumlah wang yang ada dalam kotak akaun online anda. Banyak ler ko punya security warning kononnya :

Dengan selambanya ko akan hantar dan terus hantar kepada mereka yang akan terpedaya. Maka maybank telah secara rasmi menggunakan sms alert Jangan dilayan sms atau email atau telefon yang mengundang akan diri anda untuk membuat kemaskini akaun anda secara online melalui hantaran email palsu maybank. Banyak ler ko punya new protection kononnya…

Rakan-rakan sekalian jangan mudah terpedaya dengan tipu daya email sedemikian rupa untuk mencari duit dengan mudah melalui online. Jangan terpedaya dengan critical alert sekalipun. Akaun anda akan ditutup serta merta dan wang anda akan hangus begitu sahaja jika tidak kemaskini dengan kadar segera. Tipu tipuan duniawi semata-mata.

Jika demikian apakah yang perlu anda lakukan dengan email sedemikian rupa? Abaikan sahaja dan delete serta merta atau lontarkan sahaja ke ruangan kotak spamm.Langkah yang selanjutnya adalah dengan menghubungi terus pihak bank untuk membuat aduan berkenaan email-email tersebut sebagaimana berikut :

Nombor Talian Hotline : 1-800-888-030

Email : aduanskmm@cmc.gov.my

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

Entah apa-apa entah email camnih…. orang takder akaun bank pun dapat jugak email security untuk kemas kini akaun bank? Musykil dan misteri betul… betul betul betul… memang pelik bin ajaib…