Posts Tagged ‘duit blog’

Nak Buat Duit Dengan Blog Kena Buat Kerja

Monday, May 5th, 2014

Nak buat duit dengan blog bukan mudah… Kena buat sedikit kerja untuk hasilkan pendapatan yang diinginkan bukan main hentam tangkap muat begitu aje. Tak gitu?

bajak-sawah

Dari pengalaman menulis blog dah tentunya banyak tips dan panduan yang boleh digunapakai untuk menghasilkan pendapatan dengan menggunakan blog. Guna blog untuk mempromosikan program affiliate atau menawarkan servis pengiklanan tatkala blog sudah popular dan meraih pelawat yang ramai.

Begitu jugak dengan penulis ebook Teknik Seo Merah Jambu yang beliau hasilkan untuk berkongsi pengalaman buat duit dengan blog dan memotivasikan mereka yang berminat untuk buat duit banyak banyak dengan menggunakan platform blog. Menarik betul gaya tarikan beliau untuk menghasilkan duit dengan blog tersebut.

Dengan pengalaman yang telah beliau lalui buat duit dengan blog tersebut maka terhasil akan ebook panduan Teknik Seo Merah Jambu dengan pelbagai tips dan pengalaman yang beliau kongsikan untuk anda bergerak seiring dengan beliau untuk menghasilkan pendapatan dengan blog. Takder ruginya untuk mendapatkan teknik seo merah jambu tersebut biarpun harganya cukup menarik perhatian bijik mata yang melihatnya tetapi amat berbaloi baloi untuk anda terokai ilmu yang beliau telah kongsikan. Perkongsian tersebut adalah untuk manfaat orang ramai lebih lebih lagi yang baru nak bermula cari duit online seringgit dua tiga ringgit pertama mereka.

Mula mula banyak kali jugak duk memikirkan untuk mendapatkan Teknik Seo Merah Jambu tersebut. Namun akhirnya dari duk mikir panjang lebar itu ini begitu begini aku gerakkan juga hati nurani untuk mendapatkan ebook tersebut. Kena belajar dari mereka yang dah punya pengalaman pahit maung dalam dunia blogging online tersebut. Maka dengan demkikan rupa ia boleh dijadikan sebagai jalan pintas untuk pedoman masa depan.

Macam biasa laa kena usaha dengan bersungguh sungguh. Jika sekadar buat sekerat jalan aje takkan ke mana blog yang dihasilkan dan hasrat untuk buat duit dengan blog tersebut bakal berkubur begitu sahaja. Maka tiada sinar dihujung sana  untuk buat duit dengan blog dengan adanya semangat yang suam suam kuku aje. Tak gitu?

Dan tidak terkecuali ini punya blog masih dalam mencari rentak penulisannya yang tersendiri. Asyik duk promote produk itu ini aje jadinya. Dah banyak kali tergendala nak merentaktariankan pena pnulisannya. Takper laa kena usaha lagi dengan sedaya upaya. Panduan Teknik Seo Merah Jambu tersedia sebagai rujukan untuk memotivasikan kembali rentak penulisannya yang tersendiri. hahaahaaa….

Nak duit dengan blog jangan duk diam begitu aje… Kena buat sedikit sebanyak usaha mana yang patut…

terima kasih….