Posts Tagged ‘dr sheikh muszaphar’

Perkahwinan Angkasawan Negara : Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Meriah

Monday, October 11th, 2010

Angkasawan negara kahwin. Selamat Pengantin Baru kepada Angkasawan Negara.

‘Bakti saya tidak terhenti’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Saya bersyukur dan gembira kerana majlis (pernikahan) berjalan lancar, malah bertambah ceria dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia.


CERIA…Dr Sheikh Muszaphar menyarungkan cincin ke jari Dr Halina pada majlis pernikahan mereka, semalam.

“Apa yang pasti, walaupun sudah berkahwin, saya tetap Dr Sheikh Muszaphar yang sama dan akan terus mencurahkan bakti kepada negara dan terus memberikan ceramah kepada pelajar,” kata angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selepas diijab kabul dengan Dr Halina Mohd Yunos, semalam.

Pasangan dua sejoli, masing-masing berusia 38 dan 30 tahun yang berpakaian sedondon putih itu diijbabkabulkan bapa Dr Halina, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kira-kira jam 11.40 pagi.

Sebelum itu, Dr Sheikh Muszaphar tiba di masjid kira-kira jam 11 pagi, bersama sembilan dulang hantaran, manakala Dr Halina tiba 10 minit kemudian dengan membawa 11 dulang.

Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu turut diserikan kehadiran beberapa angkasawan luar negara kebetulan berada di negara ini sempena Kongres Planetari Association of Space Explorers (ASE) Ke-10 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sejak beberapa hari lalu.

Sambil memegang erat suaminya, Dr Halina berkata, beliau berharap rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga mereka agar kekal sehingga ke akhir hayat.

Menurutnya, beliau juga gembira dan berterima kasih kepada mereka yang hadir termasuk mereka yang banyak menyokong suaminya selama ini.

Majlis lebih sejam itu turut dihadiri ibu Dr Halina, Habibah Endan serta ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad.

Tarikh 10 Oktober tahun ini menjadi pilihan pasangan berkenaan sempena ulang tahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas selepas bertunang pada awal tahun lalu.

  1. Siaran langsung majlis perkahwinan angkasawan negara – Datuk Dr

    9 Okt 2010 Siaran langsung majlis perkahwinan angkasawan negara – Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tonton secara online.
    yanmieonline.com/…/siaran-langsung-majlisperkahwinanangkasawannegara-datuk-dr-sheikh-muszaphar-shukor-tonton-secara-…
  2. Majlis perkahwinan Angkasawan Negara – Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

    Salam semua, wah tak sabarnya nak tunggu siaran langsung majlis gilang yanmieonline.com/…/majlisperkahwinanangkasawannegara-dr-sheikh-muszaphar-shukor/
  3. Gambar Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh

    10 Okt 2010 Yang paling menariknya, seharian akan disiarkan Lintas Langsung pasal Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara ni. Fuhh, memang Perkahwinan
  4. Perkahwinan angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Berkonsepkan Istana

    21 Jan 2010 PERSANDINGAN angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun

  5. Perkahwinan Angkasawan Negara – Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

    9 Okt 2010 Perkahwinan Angkasawan Negara – Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos – Majlis perkahwinan terunggul angkasawan Negara.

  6. Perkahwinan Angkasawan Negara Muszaphar temakan ‘Kayangan’ hari

    10 Okt 2010 Perkahwinan Angkasawan Negara Muszaphar temakan ‘Kayangan’ hari ini. Ramai yang menjangkakan majlis perkahwinan ini akan menjadi lebih
  7. [Gambar] Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh

    10 Okt 2010 [Gambar] Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina Pada 10.10.10. Kredit Foto : www.candidsyndrome.com
  8. GUA – Majlis Perkahwinan Gemilang Angkasawan Negara Ahad Ini di TV3

    Majlis Perkahwinan Gemilang Angkasawan Negara Ahad Ini di TV3. 0 Comments. by sultanmuzaffar | 05 Oct 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,

  9. Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

    6 Okt 2010 Anda boleh menonton secara live di TV3 majlis resepsi dan Anda sedang membaca entri Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh

  10. Keluarga Mifzal Arsyadâ„¢: Cantiknya Gambar Pra Perkahwinan

    teruja pulak bila tengok gambar2 pra perkahwinan Angkasawan Negara, Sheikh Muzaffar & tunangnya, Dr. Halina….jika tiada aral..majlis perkahwinan yg boleh
  1. Siaran Langsung Perkahwinan Angkasawan Negara Sheikh Muzaphar

    6 Okt 2010 Nantikan detik detik bersejarah gilang gemilang siaran langsung majlis perkahwinan Sheikh Muzaphar Shukor, Angkasawan Negara di TV3,

  2. Gambar Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaffar Dan

    7 Okt 2010 Kehangatan majlis perkahwinan Angkasawan Negara kita, semakin dirasai. Tinggal 3 hari sahaja lagi untuk melengkapkan tarikh pilihan mereka

  3. 100 Angkasawan Dijemput ke Perkahwinan Angkasawan Negara | Ideas

    21 Sep 2010 Di antara peristiwa menarik yang akan berlansung di tarikh tersebut adalah majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar

  4. GUA – Bersama Saiful Nang, Jurufoto Rasmi Perkahwinan Angkasawan

    6 Okt 2010 Oleh itu, jika majlis perkahwinan seorang angkasawan kita buat tema yang sama, ia akan menjadi janggal. Jadi kami pilih tema yang

  5. Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara – Malaysia Entertainment On Web

    7 Okt 2010 Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang

  6. (LAGI GAMBAR)Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Dan Dr. Halina

    8 Okt 2010 142 Responses to “(LAGI GAMBAR)Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Dan Dr. ….. pokok pangkalnya aku dapat invitation nikah and majlis malam

  7. ~eiyDa’s StOrY (‿)~: Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr

    Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Posted by ~Miss_eiyDa ~ – buat majlis perkahwinan dekat angkasa mesti best kan

  8. GAMBAR PRA PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA | Zon Bebas

    8 Okt 2010 Posts Tagged ‘GAMBAR PRA PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA kerana dengarnya TV3 akan menyiarkan majlis perkahwinan mereka secara langsung.

  9. Angkasawan Negara Dr Harlina | LimauAis

    6 Okt 2010 Majlis perkahwinan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina akan diadakan pada 10 Oktober 2010 ini dengan

Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa…

Jangan lupa untuk mendownload akan lagu perkahwinan popular tatkala majlis perkahwinan berlangsung …

Download 45 Lagu Majlis Perkahwinan | Lagu Kenduri Kahwin | Amirez

5 Dis 2009 download 45 lagu majlis perkahwinan, kenduri kahwin. Yelah, pasang lagu semasa majlis perkahwinan ni taboo bagi sesetengah orang.
blog.amirez.com/lagu-best-untuk-majlisperkahwinan/

Selamat Pengantin Baru.

astronaut dr sheikh muszaphar tele-sidang

Friday, October 19th, 2007

Perkembangan seterusnya berkenaan angkasawan malaysia dr sheikh muszaphar adalah perbualan dengan bapanya dari stesen angkasa antarabangsa (ISS).

====================================

Dr sheikh Muszaphar dengan gembira sakannya mempamerkan produk rendang semasa berada di ruang legar kapal angkasa ISS.

Beliau sedang mempamerkan bahan kajian ketika di dalam Soyuz TMA 11.

Kelihatan beliau sedang membuat uji kaji di dalam kapal angkasa ISS dengan khusyuknya.

Sesi tele-persidangan yang diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dengan Dr Sheikh di ISS.

Datuk Seri Jamaluddin Jarjis video conference bersama angkasawan Malaysia Sheikh Muszaphar langsung di ISS.

petikan dari laporan program angkasawan malaysia

gambar angkasawan malaysia | soyuz selamat sampai

Saturday, October 13th, 2007



Send
this banner to your friends

Mereka berlepas dengan jayanya tempohari.

saksikan pelancaran ke angkasa lepas tersebut dengan jayanya…

pelancaran roket ke angkasa lepas.

Berita melaporkan berkenaan roket soyuz telah selamat sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan jayanya.

SOYUZ (dalam bulatan) bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri), Peggy Whitson (kanan) dan Yuri Malenchenko bersama krew ISS sebaik memasuki stesen angkasa antarabangsa itu.Di sini saya sertakan sekali laporan dari berita harian berkenaan cerita angkasawan malaysia yang telah sampai di sana dan menyambut hari raya aidilfitri di Stesen Angkasa Antarabangsa.

“MOSCOW: ‘Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Malaysia’, itulah ungkapan pertama angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, sebaik kapal angkasa Soyuz TMA-11 berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), awal pagi tadi.

Berikutan percantuman Soyuz dengan ISS itu, Dr Sheikh Muszaphar mencipta satu lagi sejarah untuk diri dan negara menjadi rakyat Malaysia pertama bertapak di stesen angkasa.

Pada sidang media selama 10 minit antara Pusat Kawalan Misi (MCC) di sini dengan ISS yang sedang berlegar di ruang angkasa Russia, angkasawan pertama negara yang kelihatan segar dan bersemangat, juga mengucapkan salam kepada yang keluarga terutama ibu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad dan ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor serta abangnya, Sheikh Ahmad yang turut berada di MCC.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu, iaitu kali pertama warga Malaysia mengucapkan salam dan doa kepada seluruh rakyat daripada angkasa lepas ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, penyelidik, saintis dan wartawan Malaysia.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan supaya Allah memberi kekuatan kepadanya untuk melaksanakan misi negara dan penyelidikan yang dijalankan mencapai objektifnya.

Dr Zulkeffeli dalam taklimat media berkata, rentetan kepada peristiwa bersejarah itu bermula 90 minit sebelumnya, apabila Soyuz menghampiri ISS dan kedua-duanya dapat bercantum pada jam 6.52 petang waktu tempatan bersamaan dengan jam 10.52 malam tadi di Malaysia.

Kapal angkasa Soyuz berlabuh di ISS selepas mengorbit bumi lebih 700 kali dalam tempoh 48 jam selepas dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, 10 Oktober lalu.

Sebaik saja mendarat di ISS, MCC berhubungan secara berterusan dengan krew Soyuz termasuk dengan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar.

Ketika berlegar di orbit, Soyuz hanya mempunyai perhubungan darat dengan MCC setiap 90 minit, iaitu 10 minit setiap kali ia melepasi ruang angkasa Russia”.

petikan dari berita harian

video rakaman soyuz selamat sampai di ISS

=============================

dan ia akan menjadi sejarah yang cukup menarik dalam nota buku sejarah malaysia. maka bertambah lagi tempat bersejarah yang sedia ada selain dari sejarah malaysia masa-masa silam. hehehhe…

sekian terima kasih.