Posts Tagged ‘direktori perniagaan’

MalaysianBuy Shopping Center Directory

Sunday, May 17th, 2009

MalaysianBuy Online Shopping. Apa citer?

Hari ini mau cerita sedikit berkenaan direktori website jualan. Nama lagi direktori, maka semakna dengan lokasi pengumpulan website jualan yang tersohor dan terkemuka yang boleh anda semak dan menggunakan direktori tersebut sebagai rujukan website jualan pilihan ramai.

Dengan kemudahan direktori percuma yang diwujudkan ini akan memberikan peluang kepada ramai orang untuk memberikan sedikit sebanyak komen yang berpatutan berkenaan servis jualan satu-satu website untuk disyorkan kepada orang ramai. Salah satunya adalah MPH BookStore SDN BHD yang memang popular sakan. Jangan lupa memberikan rating untuk website yang anda minat dan berkenan untuk mempopularkan lagi website yang anda suka setelah berpuashati dengan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Nampak macam memberikan undi popular namun demikian bukan undi secara sms. Ada ke untuk undi sms website jualan???

Paparan skrinshotnya yang comel dan menarik serta disediakan jugak akan google map. Google Map tu seerti dengan peta tunjuk arah ke lokasi sebenar gedung perniagaan tersebut sebagaimana MPH BookStore yang terpopular masa kini. Sekiranya anda tidak mahu order online… anda bleh jugak order secara offline. Pi jenguk aje gedung perniagaan mereka kat mana dengan rujukan makcik google map.

Namun demikian senarai yang ada masih lagi belum banyak untuk anda tinjau dan memberikan rating yang memuaskan hati. Selepas ini website jualan yang lain akan menyusul untuk memeriahkan suasana hari raya di laman direktori shopping online dengan lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa. Hanya menggunakan medium internet.

Kepada mereka yang mempunyai website jualan yang mantap serta servis jualan yang mesra alam semesta dipersilakan menempatkan website jualan anda untuk tatapan umum. Mungkin jualan anda akan lebih meningkat dengan peningkatan komen dan rating yang menarik perhatian ramai. Bukan sekadar menguntungkan bahkan berbaloi-baloi… kata Amy Search.

Jom kita singgah di laman web direktori shopping online. Singgah jangan tak singgah dengan penuh emosinya…

Sekian terima kasih.

Kedai online pilihan terkini untuk usahawan internet

Saturday, May 9th, 2009

Kedai Online lokasi beli-belah online masa kini.

Hari ini mau citer pasal kedai online. Kenapa penting sangat ada kedai online? Apa faedahnya menggunakan sistem kedai online untuk membina perniagaan?  Macam biasalah kalo menggunakan medium internet yang boleh memudahkan pelbagai produk pilihan dibeli menggunakan internet. Mudah dan senang.

Kedai online beliau telah dibangunkan oleh Niagakit punya team dari flarebiz. Memang mantap kalo guna pakej niagakit untuk membina kedai online. Beliau telah membuat pilihan yang bijak menggunakan sistem niagakit yang memang berbaloi. Susun atur dan design yang menarik memudahkan para pelawat untuk menggunakan kedai online dengan lebih selesa. Design pun menarik namun boleh diperkemaskan lagi mengikut edaran zaman dari semasa ke semasa.

Harganya? Sudah tentunya berpatutan untuk anda miliki secara online.

Produknya? Perihal produk yang ditawarkan oleh kedai online ezyshop2u adalah seprti barangan kenderaan aksesori kereta, produk kesihatan dan kecantikan juga makanan dan minuman yang anda boleh order secara online. Produk pilihan bayi dan kanak-kanak juga anda boleh dapatkan dari ezyshop2u. Boleh ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan ramai jika servis jualan terus mantap.

Method penghantaran produk : Method pos laju dan express kanggaroo digunakan oleh kedai online easyshop2u dengan tambahan kemudahan pembayaran yang pelbagai pilihan untuk membuat bayaran seperti paypal, maybank cimb dan selebihnya lain lain pembayaran online yang boleh ditambah sedikit masa lagi dari semasa ke semasa.

Habis cerita pasal kedai online.

Tidak lupa jugak dengan direktori perniagaan online yang disediakan untuk menampatkan laman-laman web pilihan mengikut produk pilihan masing-masing. Bermakna anda boleh membuat pengiklanan secara tak langsung menggunakan link direktori untuk mempromosikan website anda.

Cara untuk submit website anda buat masa sekarang adalah percuma. Berkemungkinan boleh terkena tempias untuk mengenakan sedikit bayaran untuk menempatkan site anda di dalam direktori perniagaan. Selagi percuma anda boleh menempatkannya di sana dengan suka relanya.

Dengan membuat submit ke ruangan direktori perniagaan berkenaan anda boleh mendapat backlinks secara tidak langsung dan mendapat tempat ke lokasi tempat pertama di enjin carian google dengan kata kunci kedai online.

Itulah dia punya cerita berkenaan Direktori Perniagaan