Posts Tagged ‘derma ikhlas online’

Duit Segera?

Monday, September 28th, 2015

Duit segera?

program kutu derma online

Memang ramai yang duk kejar. Lebih lebih lagi mereka yang malas nak usaha keras. Asyik nak cepat aje nak dapatkan duit segera dengan sesegera mungkin. Padahnya sendiri yang merana.

Yeah. Duit segera memang sengsara jika nak kejarnya. Asyiknya duk terkejar kejar tetapi hujungnya itu merana badan jadinya… Siapa yang rugi?

Kejar duit segera memang takkan habis sampai bila bila selagi ada permintaan untuk kaut duit dengan segera. Jika dah tamak haloba memang tak boley nak sekat dah… Serupa juga dengan memacam program skim cepat kaya yang berapa banyak kali yang terkena tak serik serik. Asyik duk kejar dan terus kejar duit segera tersebut..

Begitu juga dengan program kutu derma online. Dedulu berhabis duit dengan fotostat, setem dan sampai bagai untuk kutip derma antara satu sama lain saling bantu membantu untuk cepat kaya… Mana mungkin program duit segera kutu derma itu akan bertahan lama…?

Yeah. Program kutu derma yang terhangat dahulu. Dapat surat berangkai tersebut kemudian sediakan duit sekupang dua kemudian hantar kepada nama penerima dan kemudian alihkan nama dan tunggu duit atang mencurah curah. Kononnya dapat duit derma tersebut berkepuk-kepuk. Rerupanya sesia aje jadinya… Tak gitu?

Kini ada program yang lebih kurang sama sedang meningkat naik. Lebih kurang kutu derma online. Namanya dah upgrade sikit jadi Charity ID.

Apa itu Charity ID? Sudah tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah program derma ikhlas online sebagaimana surat berangkai tersebut. Cuma bezanya offline dan online sahaja.

Evolusi Kutu Derma Online

Sekian terima kasih…