Posts Tagged ‘denda kena rotan’

Pengalaman kena hukum : Tiada rotan akar pun berguna.

Monday, January 26th, 2015

Pengalaman kena hukuman denda untuk budak budak.

Kena rotan?

Pernah?

Sakit? Berbirat badan?

hukuman rotan

Macam macam hukuman dan denda sebagai pengajaran. Nama lagi zaman kanak kanak dah tentunya pelbagai ragam dan perangai yang ada. Kena marah dengan mak ayah biasa laa jika dah degil tak dengar kata. Terlebih nakal sedikit gerenti kena bedal dengan mak ayah punya.

Jika sedari dulu lagi ada undang undang menghukum ibu bapa yang menghukum anak anak mereka, apa yang akan berlaku akan datang? Asal anak-anak kena bedal aje mak ayah masuk penjara. Asal kena rotan aje mak ayah masuk penjara. Kesian pulak mak ayah. Maka hilang seri pengalaman kena denda dan kena sepak terajang oleh mak ayah dengan pelbagai jenis hukuman yang dikenakan.

Kena rotan bagai bukan mencederakan.. bukan merotan sampai mati. Menghukum sebagai pengajaran yang berguna untuk masa depan. Tak gitu?

Senarai hukuman-hukuman selain rotan yang orang dulu-dulu buat tetapi tidak mencederakan dan tidak juga mematikan.

1. Libas dengan talipinggang
2. Berdiri pandang dinding
3. Kurung dalam reban ayam
4. Ikat di pokok letak kerengga
5. Cubit besar (ketam) / cubit halus (semut api)
6. Kurung dalam jamban
7. Tidur luar rumah (tapi ayah intai dari dalam sampai tidur, tapi tahu-tahu bangun dalam rumah balik).
8. Piat telinga
9. Tarik sideburn rambut ke atas
10. Libas dgn getah paip / Hanger
11. Cili mulut
12. Lumur cili giling kat “anu”

Rotan bakal laris jualannya 10 kali ganda mulai minggu ini…
Para peniaga rotan senyum lebar..
Pencari rotan puas hati rotan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Harga biasa biasa aje…
Namun produk berasaskan rotan yang lain masih lagi terkawal harganya.

Bagaimana pula dengan pengalaman anda?

kena rotan

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah | Budak sekolah kena denda

Thursday, January 26th, 2012

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah mana satu anda paling ingat sekali atau sudah ingat ingat lupa? Jangan lupakan pengalaman kena denda di sekolah begitu sahaja biarpun pahit untuk dikenang. Kena denda di sekolah bukanlah satu pengalaman yang menarik untuk dikenang namun ia mempunyai satu pengajaran yang berguna kepada mereka yang telah melalui pengalaman kena denda di sekolah.

Denda kena rotan sudah biasa dan ramai yang akan kena. ZZZappp ! Kena rotan ditangan. Lain tempat pulak area ponggonglah. Jika kena rotan ditangan memang takleh nak elak. Kalo kena rotan dekat ponggong dah tentu ada yang akan letak pelapik untuk elak kesakitan yang tidak tyerperi itu. Itulah salah satu pengalaman kena denda di sekolah yang aku dapat. Kena rotan di tangan sebab tidak siap kerja sekolah. Beratur depan kelas dan menunggu giliran untuk dirotan.

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

Satu lagi kisah pengalaman kena denda di sekolah yang popular adalah berdiri diluar kelas sambil tersenyum senyum simpul tanpa segan silu. Hambik laa kena denda berdiri luar kelas. Itu bising punya pasal. Kalo tak bising sakan dah tentu tak dapat pengalaman kena denda di sekolah sedemikian rupa.

Itulah sahaja dua cerita menarik berkaitan dengan pengalaman kena denda di sekolah yang dapat dikupas dalam edisi kena denda di sekolah ini. Banyak lagi pengalaman menarik yang telah dikongsikan oleh rakan rakan blogger yang lain.

Budak sekolah kena denda.

Untuk itu anda boleh search cerita pengalaman kena denda di sekolah atau anda boleh sertai pertandingan yang diadakan oleh encik titan dalam blog beliau. Ramai dah join… anda? Bila lagi?

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com danEarncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com.

Sekian terima kasih.

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah