Posts Tagged ‘contest online’

Malasnya nak komen dan review menang duit mudah

Monday, August 8th, 2011

Kali ini aku nak citer pasal contest sikit. Sikit punya hal tarak kisah laa. Banyak punya hal kena hambik kisah laa. Tak gitu?

Namun demikian malas dah aku nak join dan komen contest sorang mamat titan hijau nih. Asal ada contest ramai aje yang join. Asal ada top komen aje ramai yang join. Pastu terhad untuk beberapa review aje. Malas aku nak tulis panjang lebar. Korang tengok sendiri laa dia punya syarat.

Elehai tadi beriya benar nak citer pasal contest. Apesal malas pulak jadinya…?

Nih dia punya contest review dan top komen. Komen sampai lebammm…

Pastu kena klik like fan page beliau pulak dah. Malas aku nak klik fanpage beliau tu dengan info info terkini buat duit online. Buang masa korang aje kalo baca saja saja je info buat duit yang beliau sarankan tersebut. Kenapa korang perlu klik like fan page beliau tak pasal pasal? Nak tahu kenapa kamu perlu klik like fan page titan yang hijau tersebut? Sila arahkan sekali lagi tetikus untuk klik like ke fan page titan tersebut.

Berapa banyak klik klik klik like fan page earncent daaaa…

Kalo join memang meriah. Kalo tak join akan tengok aje aaaa dengan persaigan sengit karangan idea yang menarik bakal dipersembahkan. Aku macam biasalah tukang buat laporan aje berkenaan contest beliau tersebut.

Malas teramat malas nih. Dah tu tak payah terkebil2 baca dan tersenyum simpul sila sila sila kan arahkan penunjuk tetikus korang untuk berebut rebut buat review dan berebut rebut buat komen komen yang membina. Komen spam akan kena cantas dengan kejamnya tanpa pejam mata lagi serta tiada notis mahkamah antarabangsa yang akan memberikan sokongan pembelaan terhadap komen spam.

Sila sila silakan meriahkan contest beliau yang makin meriah untuk dapatkan sedikit duit raya. Haaaa…? Duit rayaaaaa…? Aku pun nak duit raya jugak laaaaa…

Ada apa dengan afzai afandi?

Tuesday, November 25th, 2008

Cerita hari ini berkenaan satu blog contest akhir zaman untuk akhir tahun 2008. Contest ini dijalankan oleh encik afzaiafandi di sini. Sila ke sana dengan segera.

Pendapatan internet Perkongsian maklumat Pandangan Peribadi

Inilah tema terunggul blog beliau. Mantap dan bergaya ….

Contest tersebut berlangsung dari 25 november sehingga 25 disember 2008. Pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan mestilah menggunakan wang tebusan realiti rm2092092009 sahaja.

Persoalannya bagaimanakah contest ini akan berlangsung?

Contest ini akan bergerak setelah mempunyai 3 syarat utama sebagaimana yang termaktub dalam undang undang negara perak darul ridzuan.

Syarat untuk penghantaran artikel :

-Anda perlu menghantar artikel kepada beliau. Tema artikel yang kehendaki perlu ikut kehendak dan selera tema pilihan blog beliau. Artikel berkaitan dengan artis2 ke ataupun isu politik ke dan perkauman ke akan ditendang dengan selambanya.

-Penulisan artikel jangan ikut sedap nak buat sehingga tersangat pendek dan juga jangan teramat panjang ikut suka hati nak tulis. Jika boleh tidak ada lagi kat mana-mana blog. Sekiranya ada ia akan dikesan menggunakan copyscape. copy paste tak main laa..

-Bayaran untuk artikel yang diluluskan oleh badan penapis filem adalah RM3. Banyak mana pun  nak hantar artikel ikut suka hati laa. Namun demikian artikel anda sudah tentunya perlu mendapat kelulusan majlis raja-raja perak terlebih dahulu sebelum dapat disiarblogkan. Manakala bagi artikel yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran akan dipulangkan dengan selambanya.

-Berapa banyak artikel anda yang tersiar dalam blog beliau maka banyak itulah artikel anda akan mendapat bayaran dari encik afzai afandi. kalo 10 artikel dah tentunya bayaran adalah rm30. Lumayan kan???

Ganjaran kepada penghantaran artikel yang anda hasilkan tersebut akan mendapat pulangan sebagaimana yang berikut :

* PERTAMA : Wang tunai sebanyak RM30 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KEDUA : Wang tunai sebanyak RM20 + WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)
* KETIGA : WP Themes Premium (PLR) + 30 minisite template (MRR) + Cover Software (MRR)

Ada lagi ganjaran tambahan yang lebih menarik lagi sebagaimana berikut : Ini adalah untuk mereka yang aktif membuat komen bernas di blog beliau.

* PERTAMA : Wang tunai RM15 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEDUA : Wang tunai RM10 +  WP Themes Premium (PLR)
* KETIGA : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* KEEMPAT : Wang tunai RM5 +  WP Themes Premium (PLR)
* 5 x hadiah saguhati : WP Themes Premium (PLR)

Anda pasti tidak akan kecewa.

Sebelum tu nak citer sedikit berkenaan encik afzaiafandi yang budiman tersebut :

Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Banyak informasi berguna yang anda boleh manfaatkan sebagai panduan dalam dunia internet. Beliau telah menggunakan platform blog berbayar dengan jayanya pada tahun 2007 setelah setahun penggunaan blog percuma. Blog berbayar dah tentunya lagi best. Beliau juga telah berjaya memperolehi pendapatan melalui penggunaan medium internet untuk menambahkan pendapatan sambilan.

Namun cukup kecewa dengan kerenah google… nak tahu kena selongkar blog beliau. Sebelum ini beliau jugak telah membuat contest yang mendapat sambutan yang menggalakkan juga. terkini sebagaimana yang anda tahu contest lagi untuk anda semua…

Itu sahaja makluman ringkas saya untuk contest tersebut. Orang lain mesti lagi power reviewnya. Ngetop aaaaaa… sekian terima kasih.

Cari Duit Dengan Contest Earncent 2008

Monday, October 6th, 2008

Hari ini nak bagitahu cerita menarik berkenaan satu contest yang sedang diadakan oleh encik titaniumhijau dalam blog buat duit pemburu affiliate beliau yang dinamakan sebagai New-Earncent-Contest-2008 . Beliau dengan bermurah hati ingin memberikan duit raya yang cukup berbaloi untuk direbut oleh sesiapa sahaja bagi menjadi pemenang top ten dalam contest tersebut.

Sebelum ini beliau telah beberapa kali membuat contest dalam blog cari duit beliau tersebut. Dengan penuh selambanya mereka-mereka yang menjadi followers tegar dan juga pengomen tegar akan mencuba sedaya upaya untuk menang contest yang beliau anjurkan. Persaingannya jugak sudah tentunya cukup sengit dengan pengomen tegar yang berterusan menetap dan setia di bangku komputer masing-masing.

Dengan penuh fokus dan komitmen yang tinggi biarpun ada contest atau tiada contest dalam blog beliau purata kunjungan ke blog beliau memang mendapat hits yang tinggi apatah lagi jika beliau membuat contest yang memberikan hadiah yang lumayan berupa wang tunai dan jugak panduan rahsia buat duit dengan internet. Takkan beliau mudah-mudah nak bagi hadiah wang tunai semata-mata… bak kata pepatah yang cukup bermakna…  jika ikan yang diberi akan kehabisan tanpa sebarang kesan, namun sekiranya kail yang diberi berapa banyak ikan pun anda boleh kail ikut suka hati yang suka mengail. Tidak lupa jugak anda boleh mengail ikan untuk mendapatkan duit percuma USD 100 percuma dengan lebih mudah.

Berbalik kepada contest yang beliau anjurkan pada masa kini dengan tawaran hadiahnya yang cukup menarik sebagaimana berikut :

hadiah utama : RM50+pakej bonus rahsia

hadiah kedua: RM30+pakej bonus rahsia

hadiah ketiga : RM20+pakej bonus rahsia

hadiah keempat dan sehingga kesepuloh : sagu hati rm5. ( gua rasa nak sponsor laa rm1 boleh ke?)

Dan satu lagi bonus yang menariknya untuk kesemua pemenang nombor satu sehingga ke nombor sepuloh akan mendapat ebook Panduan VCC dan Tunemoney dengan percuma setelah berhempas pulas follow akan contest tersebut dengan jayanya. Segala peraturan dan panduan penyertaan anda boleh membuat rujukan di ruang legar blog beliau New Contest Earncent 2008.

Sudah cukup lah reviews ringkas berkenaan contest tersebut. Jangan duk menunggu lama… Jom kita reramai serbu contest beliau dengan penuh emosinya. Duit percuma woooooo….

sekian terima kasih.

Contest Domain Name Web Hosting Duit Lebih

Monday, August 11th, 2008

Assalamualaikum…

Sejak beberapa hari yang berlalu… sedang duk termenung untuk perpindahan lokasi web hosting

Maka blog ini telah mengalami perpindahan server web hosting ke lokasi yang terbaru dari lokasi yang terdahulu di sempoihosting yang telah memberikan laluan untuk abdfatah bertapak dengan jayanya di talian internet.  Terima kasih kepada encik shuth dan juga kepada diri saya sendiri serta orang ramai yang datang berkunjung.

Maka sekarang sedang menghuni di satu lokasi web hosting terkini dari netkl dengan keluasan mega bait yang maksima. Namun sedikit mendadak kenaikan mega baitnya… baru aje pindah dah makan mega bait dah? hahahahahaa… Lenkali kena tambah lagi.

Hari tu terjoin contest dari ligakampung pasal cerita nak dapatkan domain name berkaitan blog kereta wheel idaman kalbu yang beliau kehendaki. Maka tidak tersangka mendapat kemenangan untuk tempat kedua. Manakala tempat pertama dapat kepada saudara sebolku dan tempat ketiga oleh saudara Dauz.

Sertai contest pilihan hati.

Banyak jugak laa contest sejak dua tiga menjak nih yang diadakan oleh IM malaysia. Menang kalah bukan soalan yang berputar-putar dalam pemikiran, namun apa yang penting adalah penyertaan dari anda semua yang berminat untuk dapatkan duit mudah melalui pertandingan serta contest yang diadakan tersebut. Jangan contest yang merapu dah laaa…

Oh maaf laa kat sini takder contest lagi nak diperbuatnya. Tak terfikir lagi nak buat apo kebenda contestnya.   Jom serbu dan join contest derang…

Dengan secara tidak langsungnya saya jugak ingin memperkenalkan kepada anda berkenaan netkl nih yang menyediakan domain name untuk anda mendapatkannya dan memiliki domain name idaman kalbu anda. Tawaran web hosting pun cukup menarik dengan pakej pilihan yang boleh anda pilih mengikut kemampuan bajet yang anda ada…

Maka sila laa berkunjung ke sana jika anda berminat untuk mendapatkan sebijik domain name dan sekeping web hosting  dari netkl.com