Posts Tagged ‘cari duit mudah’

Oh Terpikat Memang Memikat Hati Nurani

Thursday, December 31st, 2009

Aku telah gagal untuk menjual produk yang aku promosikan dengan jayanya. Ternyata gagal menjual produk yang dipromosikan amat perit sekali. Sana sini orang asyik cakap taknak beli taknak beli. Tentunya anda frust giler biarpun mahu menjual sekeping mesin pengurut elektronik untuk keselesaan urat saraf anda bagi meneruskan kerja harian anda. Memang sukar nak cari duit mudah dengan kerjaya jualan sebegini rupa.

Dengan sistem pemikat jualan ini gerenti terpikat ke? Gerentinya anda tidak akan mahu gagal untuk menghasilkan sebarang jualan yang menguntungkan.

Anda sudah bosan dengan cara memikat yang lapuk? Tidak begitu berjaya menghasilkan sebarang jualan dengan menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menarik pembeli membeli produk anda?

Siapa sahaja akan merasa bosan malahan bikin fedup aje jika tidak berjaya menghasilkan sebarang jualan. Jika dah dapat seketul dua ketul jualan pun dah okey dah. Namun demikian jika seharian anda membuat jualan atau berhari-hari anda berusaha untuk memikat pembeli namun anda terus gagal dengan jayanya.

Entri kali ini mungkin juga tidak akan dapat menghasilkan sebarang jualan lantaran tidak ada unsur pemikat jualan yang menarik perhatian mana-mana pihak untuk membeli produk tersebut. Dengan demikian bagaimana ia boleh menghasilkan jualan yang maksima dengan lebih berganda lagi?

Produk pemikat jualan boleh dikatakan sebagai motivasi jualan kepada mereka yang mahukan hasil jualan yang lebih menguntungkan pada masa depan. Kenapa anda perlukan produk sebagaimana pemikat jualan yang bakal memikat pembeli dan seterusnya terpikat untuk membeli produk yang anda promosikan sama ada perniagaan anda, produk anda sendiri atau pun perkhidmatan anda dengan lebih mudah lagi bergaya.

Jawapannya ada dalam panduan pemikat jualan untuk jualan berganda.

p/s : anda sudah tentu tidak akan terpikat dengan artikel pemikat jualan sebegini. Ia adalah berbeza sakan dengan rahsia sistem pemikat jualan yang ingin disampaikan dalam surat jualan tersebut.

Amaran! Tepuk Tepuk Dan Duit Lesap

Monday, December 28th, 2009

Ya.. Duit anda bakal lesap dengan taktik licik penjenayah sedemikian rupa. Pelbagai cara mereka akan lakukan untuk mendapatkan wang anda dengan begitu mudah sekali.

Mereka menepuk bahu anda dan menyatakan duit anda telah terjatuh, berdekatan dengan mesin atm pulak tu. Kemudian untuk beberapa ketika duit anda lesap begitu pantas sekali selepas mereka menukar kad atm anda dengan  kad  atm yang lain.

“Saya mengeluarkan gaji isteri jam 8.29 malam, selepas memasukkan kata laluan bahu saya ditepuk sambil diberitahu wang saya terjatuh, tetapi saya tidak peduli kerana ketika itu saya memakai baju Melayu serta kain pelekat. Jadi mustahil wang terjatuh, kerana poket di hadapan,” katanya.

Namun, selepas dua ke tiga kali ditepuk dia berpusing dan lelaki itu mengatakan wang itu miliknya lalu mengutip wang RM25 di lantai.

“Apabila bangun selepas mengutip wang terbabit, saya lihat wang RM1,000 dan kad masih pada mesin ATM terbabit, tetapi pelik kerana kad milik isteri kelihatan baru sedangkan sebelum ini ia sudah lama,” katanya.

Petikan harian metro.

Dengan demikian jangan mudah terpedaya berkenaan jumlah duit anda yang dikatakan terjatuh tersebut lantaran ia tidak ada maknanya jika anda kehilangan wang yang lebih banyak dari jumlah yang terjatuh tersebut. Abaikan sahaja duit yang dikatakan terjatuh selepas bahu anda ditepuk. Kalu terpukau tak tau nak kata apa dah…

Semoga anda semua berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan wang dengan taktik tepuk bahu duit terjatuh berdekatan dengan mesin atm.

Duit mudah online | Cari duit mudah | Duit lebih mudah

Saturday, February 21st, 2009
Emel aku dah berlambak dah kena penyepam nih. Kang aku buat survey spamming pulak nak?
Berapa banyak anda daftar program buat duit mudah?
Berapa banyak email yang anda hantar setiap hari untuk menyepam?
Berapa jam sehari anda buat pengebooman email setiap hari?
Siapakah sasaran pengebooman email anda?
Adakah anda terpaksa mendelete email yang tidak diundang tersebut?
Adakah anda membuat email hantaran mas kahwin kepada orang yang anda tidak kenali?
Adakah anda sering menerima email yang tidak diundang setiap hari?
Adakah anda telah menghasilkan duit mudah dengan penyertaan anda tersebut?
Lain-lain soalan boleh anda ajukan kepada mereka yang membuat penyertaan secara suka rela ini…
GEMPAR!!!! ADA PESERTA SURVEY
MENDAPAT DUIT MUDAH RM72,305
MELALUI SURVEY
YANG DIJALANKAN


Salam Berbahagia Semua…

Youthsay merupakan satu laman web survey online yang membuat survey terhadap remaja dan orang muda di Malaysia.

Laman web ini pada saya baik untuk semua, kerana isinya yang informatif dan menjadi tempat berkumpulnya remaja dari serata Malaysia.
Jika anda membuat survey di sana, akaun anda akan dikreditkan dengan amaun yang lumayan dan jika dah cukup syaratnya, wang tersebut boleh dikeluarkan dari akaun tersebut.

Jadi, jangan berlengah-lengah lagi, daftar sekarang dan buat duit dengan survey.
Jangan terkejut kalau saya beritahu ada peserta survey mendapat RM 72,305 melalui survey yang dijalankan. Jadi tunggu apa lagi, kalau anda nak buat duit mudah melalui survey.
Daftar sekarang di duit mudah survey.
———————-

ko Spam email aku ke? Kesiannya kat aku… terpaksalah aku susah payah nak mendelete email hangpa semua yang buat spam…

dan ini satu lagi citer yang lebih menarik lagi gempak dengan duit mudah :

————————

TERBARU!!! KOMISYEN 100% TERUS KE AKAUN BANK

ANDA dengan DUIT MUDAH!!!  JADILAH YANG

TERAWAL!!!

Selamat datang ke DuitMudah.com..

## Modal RM10 sahaja. Anda bayar kepada penaja yang memperkenalkan DuitMudah.com kepada anda.


## Anda perlu Daftar dan kemudian Login untuk mendapatkan maklumat akaun bank penaja anda. Selepas membuat bayaran, sila buat pengesahan bayaran dalam halaman ahli (Login)

## Selepas pengesahan bayaran akaun, anda akan diaktifkan. Di halaman Ahli (Login), dapatkan URL anda untuk membuat promosi. Anda juga boleh download produk dan kemaskini maklumat anda. Pastikan maklumat bank anda adalah betul supaya tiada masalah pembayaran oleh tajaan anda.

## Setiap orang yang daftar melalui URL anda akan membuat bayaran RM10 terus ke akaun bank anda. Jadi 100% peratus komisyen milik anda tanpa melalui akaun admin. Tanpa ada peringkat tajaan (multilevel) dan usaha anda sendiri yang menentukan keuntungan anda.

daftar segera untuk jadi yang terawal di mana? di laman web duit mudah.

Rebutlah peluang ini dan sertai sekarang!!!

terimakasih dan selamat maju jaya.

Marilah kita mendapatkan duit mudah dengan segera lagi tergempar masa kini.

Sebuah nukilan kekecewaan masa kini

Thursday, November 20th, 2008

Kenapa ya…? Kenapa mereka yang menyertai program affiliates boleh membuat jualan yang lebih dari mereka yang tidak dapat membuat jualan langsung. Sungguh kecewa sekali…

Saya sarankan anda senaraikan sebab akibatnya kenapa anda tidak berjaya menjadi affiliates yang berjaya menjual lebih dari affiliates yang lain. Top Affiliates sentiasa…

Berapa banyak jualan online yang telah anda hasilkan sepanjang anda menyertai satu atau dua atau beribu-ribu program affiliates yang ada. Namun hampir putus asa. Atau kecewa yang teramat sangat…?

Arrgghhh kliknya banyak. Jualannya tidak ada langsung. Sudah tentunya anda akan rasa cukup kecewa sekali. Siapa yang tak kecewa… promote bukan main sakan. Banyak masa terbuang begitu sahaja…

Buang masa aje join affiliates. Buang karan aje…

Soalannya Kenapa dan berulangkali kenapa? Saya sendiri cukup kecewa sebab hasilnya tidak begitu nampak lumayan. Nak jadi jutawan affiliates kononnya… Kononnya laaa…

Cukup teruja melihat mereka dan terkebil-kebil sambil berkata…

banyaknya ko dapat…

tahniah banyak-banyak…

wah ko dapat komisen lagi….

aku masih terkeciwa…

Apakah dia persoalan yang seringkali berlegar di kepala minda anda? Sudah tentunya persoalan sebegini yang berikutnya:

– engkau tak apa laaa Mailing List ko ramai, banyak ko boleh buat jualan… sekali atau berkali petik aje terus dapat beberapa jualan. Nak bina mailing list dulu laaa…

– engkau punya trafik website ko sakan siot punya banyak, sudah tentunya dengan mudah dapat membuat beberapa digit jualannya dengan mana-mana program affiliates dengan langkah yang pro aktif..

– aku nih siapa sangat yang nak beli dari aku, engkau tu lain laa reputasi ternama dan dikenali lagi dipercayai. Maka jawapannya sudah tentunya dengan mudah dapat merebut peluang membuat mana-mana jualan yang engkau inginkan. tak gitu?

– Ceh.. bajet aku dengan engkau mana nak sama. Ciput aje memanjang. Engkau punya bajet.. fuyoooooo. Banyak sakan. Dengan mudahnya dapat mengeluarkan modal untuk membuat pengiklanan kat berita harian ke… harakah ke… media cetak ke … pengiklanan online berbayar ke… cukup mudahkan kalo ada bajet yang banyak. Banyak bajet wooooooooooooo…. aku pulak ada banyak bajet???

– Aku nih mana ada pengaruh sangat dalam dunia internet nih… Maklumlah masih belum ada pengaruh sakan. Lain citer laa engkau yang ada pengaruh. Pengaruh yang bagaimana? Networking yang mantap… Pengaruh networking yang mantap nih banyak jugak membantu apa-apa jualan yang ingin anda lakukan. Setiap kali ada produk terhangat… dengan mudahnya jualan akan terhasil…. Lebih-lebih lagi networking MLM.

– Punya kelebihan yang tersendiri yang cukup tidak adil…. Tengok bagaimana yang boleh aku buat untuk membuat jualan. Engkau sudah tentunya mempunyai bakat yang tersendiri untuk menghasilkan jualan yang berganda itu. Sekali lagi dengan kelebihan yang tersedia ada tersebut membuatkan rentak engkau kian menjadi jadi hasil jualannya. Kalo tidak banyak sedikit lebih. Kalo tidak sedikit sudah tentunya banyak yang engkau dapat…

Nukilan kekecewaan dengan program affiliates…

Yea yeaa… sudah tentunya aku, engkau, kamu dan sekalian mereka yang membuat promote giler-giler tidak keseorangan dalam nukilan kekecewaan ini. Sungguh sedih sekali….

——————–

habis daaaa… sambung lain kali daaaaa…

perghhh….. kecewa siot laaaa pulak…

sabor… sabor teman teman semuaaa… usah gundah gulana. Jangan kecewa merana jiwa….

Mari kita tengok lagi catatan Nukilan Terkecewa Dengan Program Affiliates.

Sila-sila jangan segan silu…

30 Jualan Dengan RM200 Ganjaran | Komisen RM25

Saturday, October 11th, 2008

Rahsia pro affiliate full version dan ganjaran yang berterusan untuk 3 orang pertama dan juga dengan jualan 30 jualan. Berapa banyak jualan yang boleh saya buat untuk sebulan tanpa mailing list. Kalo ada mailing list dah tentunya lagi power root jadinya. Setakat ini belum nampak apa-apa jalan untuk mendapatkan ganjaran untuk ngetop affiliate 30 jualan. Namun usah bertangguh lagi… sesiapa yang berminat boleh membuat pendaftaran affiliate dengan lebih lanjut dan mulakan kempen anda untuk mendapatkan ganjaran ngetop 30 jualan. Hanya untuk 3 orang sahaja. Dapatkan RM200 sebagai ganjaran yang cukup lumayan. Memang berbaloi laa kalo join. Kalo taknak join hangpa fikir laa sendiri…

Ini adalah peluang buat duit online untuk anda yang berminat mendapatkan komisen sambil mendapat ganjaran RM200 hasil persepakatan mutlak dari geng din beramboi yang sempoi itu. Mereka dengan bermurah hati suka laranya membuat pertandingan untuk program JV rahsia pro affiliate yang dikatakan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat cyber yang menjenguk peluang untuk cari duit sambilan dengan program affiliate tempatan…

Kalo mahu mendapatkan pengesahan maklumat tersebut anda boleh menjenguk blog din beramboi pertandingan rahsia pro affiliate selain dari pertandingan contest earncent dan juga contest jutawan internet usd 100 free. (usd 100 duit percuma semakin hangat dan menyengat)

Sekiranya berminat untuk mendaftar program JV rahsia pro affiliate boleh daftar JV affiliate di sini.