Posts Tagged ‘cari duit lebih online’

Realiti kehidupan seorang suami perlu sediakan banyak pukat…

Friday, March 7th, 2014

Realiti sebuah kehidupan seorang suami…

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan…

Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan ” ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni… bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu ” Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru.” Isteri spontan menyampuk ” mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah ..” ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi…suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu…si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata ” bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget…suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm…sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad…isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi…suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar…tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta…

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??….selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal…lalu isteri menjawab dgn sinis ” kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit…klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit…mana pergi duit gaji abang selama ni….takkanlah seminggu gaji dah tak berduit…abg ada pompuan lain ke??” Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang…nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu….Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah

Buat Duit Online Dengan Nuffnang

Sunday, June 22nd, 2008

Photobucket

Apa cerita? Dah dapat cari duit online? Dah dapat duit mudah secara sambilan? Dah dapat cari duit lebih dengan internet? Jangan terkejar-kejar skim cepat kaya dah ler…. Memang mudah nak cari duit online jika kena caranya dan bukan hanya di laman web mudah semata-mata nak cari apa sahaja dengan lebih mudah cari apa yang anda inginkan. Mahu buat duit dengan Nuffnang?

Apa kata anda dapatkan informasi yang akan dapat menjana kewangan anda dengan lebih kukuh lagi untuk masa depan kewangan agar anda tidak terkial-kial bagaimana mahu menjana duit adsense tanpa segan silu sambil kelip-kelipkan nufnang. apohal nuffnang dengan jana wang adsense pulak?

Bukan apa… ceritanya sebagaimana yang telah anda ketahui bahawa anda boleh perolehi 6 modul adsense secara percuma yang masih panas macam pisang goreng. Maka cerita panas tokoh tambahnya yang lain pulak adalah berkaitan ebook panduan nuffnang secara percuma. Namun demikian ebook ini bukan dari kakitangan nuffnang itu sendiri bahkan dari otai internet yang sudah berjaya mendapatkan beberapa angka yang lumayan dengan penempelan klip-klip nuffnang tersebut. Nak tahu bagaimana?

Sekiranya anda tidak dapat buat duit dengan nuffnang secara konsisten. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena? Jadi apakah jalan penyelesaiannya untuk buat duit dengan nuffnang agar lebih maju dan berjaya lagi?

Mari kita jenguk bagaimana mereka buat duit dengan nuffnang. Tengok bukti yang ada dan anda boleh bermula dari sekarang.

Tulis blog dan dapat duit mudah.

Ebook Percuma Buat Duit Dengan Nuffnang.

Laporan Percuma Jana Wang Dari Nuffnang.

Gambar Panas Cek Nuffnang.

Psssssst….. camner nak letak iklan nuffnang tu? Boleh tolong bagitau saya tak? Lokasi penempelan yang lebih popular dan terhangat di pasaran…?

Ahaaa… nak tahu boleh silakan download laporan percuma nuffnang dengan segera!

sekian terima kasih… bersambung lain kali daaaaaaaaa……..