Majalah IM kembali lagi dengan santapan pengisian ilmu yang dan informasi yang berguna untuk tatapan pembaca setia yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Pengisian minda kali ini berkaitan dengan dunia blogging masa kini. Bukan sekadar membuat blog malahan memperkukuhkan sumber kewangan anda dengan dunia blogging.
“Apa kes dunia blogging bleh buat duit ke dengan blog? Jangan nak mengarang cerita karut buat duit dengan blog, siapa yang nak percaya???”
Bagi mereka yang sudah biasa dengan blog dan buat duit dengan blog sudah tentunya tersenyum simpul dek leteran sedemikian rupa…
Kali ini Majalah IM menemuramah tokoh problogger tempatan yang bernama encik rohaizad yang telah berjaya menghasilkan pendapatan dengan menggunakan blog. Namun demikian blog bagaimanakah yang anda perlu fokuskan untuk memperolehi pendapatan yang anda harapkan. Sudah semestinya blog yang mempunyai pilihan niche yang tersendiri bukan jenis blog yang mempunyai pelbagai informasi dimuatkan dalam satu blog. Blog niche yang tersendiri lebih menguntungkan dan berbaloi-baloi…
Antara isi kandungan yang selebihnya…
-kupasan berkenaan pemilihan niche yang bersesuaian bukan niche campur aduk dalam satu blog.
-platfom niche berbayar dan percuma.
-domain name mengetengahkan perihal sumber trafik yang boleh anda kaut.
-kata kunci yang berkaitan dengan blog.
-pemilihan dot com atau mana-mana dot pilihan hati.
-gunakan trademark niche anda sendiri jangan duk gatal nak tiru trademark orang lain.
Cara tulis blog pulak telah dibahagikan kepada 10 point penting yang perlu anda ketahui. kemudian habis 10 point tersebut kuar iklan panduan cinta. Ingatkan ada sambungan lagi..
Sambungan yang seterusnya pula adalah berkaitan dengan jenis-jenis blog. Banyak jenis blog yang anda boleh wujudkan dengan menggunakan kreativiti anda yang tersendiri. Kupasan berkenaan jenis blog semasa yang sedia ada seperti blog peribadi, autoblog, video blog, niche blog, news blog.
Blog paling hangat adalah politik blog, blog hiburan,
Macam mana nak buat duit dengan blog?
Kupasan berkenaan buat duit medium pengiklanan seperti adsense, program affiliate, rundingcara, resume kredibiliti profail blog anda dan jugak sebagai speaker undangan memberikan sedikit idea mantap untuk memperkukuhkan sumber kewangan online. Dari situ anda sudah nampak jelas peluang buat duit dengan blog.
Informasi berkaitan senarai gedung idea untuk kemas kini blog pula anda bleh ketahui dengan menggunakan medium google trends. Popular sakan pakcik trends nih. Lagi satu adalah auntie flickr yang boleh anda kembangkan lagi idea-idea untuk blog anda. Lokasi idea yang seterusnya adalah download.com. Banyak idea yang boleh anda ketengahkan melalui blog orang lain. Baca dan ambil point yang penting kemudian garapkan idea penulisan anda yang tersendiri. Anda juga bleh mendapatkan sedikit sebanyak idea penulisan menggunakan platform forum. Banyak coretan idea yang bleh anda gunakan untuk kemaskini blog.
Dah panjang lebar… Cukuplah untuk kali ini sebahagian citer menarik berkenaan buat duit dengan blog. Jika anda mahu mendapatkan maklumat selanjutnya bleh datang menjenguk MajalahIm edisi ke 13 dengan temuramah ekslusif bersama encik rohaizad berkenaan dunia blogging sambil buat duit..
Download segera Majalah IM ke 13 punya episode.