Posts Tagged ‘cara nak kaya’

Monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam

Tuesday, April 8th, 2008

digit jutawan…. jangan tertawan.

silakan jangan sekali-kali terpedaya dengan moonsoon biz barat daya. jika anda mahu jadi jutawan sekalipun anda perlukan bantuan informasi yang secukup garam rasanya sebelum meleburkan duit anda dengan sepenuh perasaannya untuk melihat digit jutawan menjadi milik anda. sekali lagi jangan meleburkan duit anda sekelip mata begitu sahaja.

siapa yang menipu dan siapa yang tertipu.

bahaya! jangan terpedaya. terkesima.

Kenapa dengan Monsun-Biz Online Market? Apakah ini satu lagi cerita yang terhangat? Sudah tentunya hangat dibicarakan lantaran ia adalah berkaitan dengan wang. Wang yang segera. Digit-digit yang berderet-deret untuk masyuk kantung mereka yang pandai bermain jenaka pantai timur.

Jenaka pantai timur pulak ke…?

Sekiranya anda tidak tahu menggunakan teknologi atau mahu menggunakan platform yang sebenar adalah lebih baik anda mendapatkan maklumat berkaitan melalui mereka yang benar-benar dapat membantu anda membina perniagaan online yang anda mahukan. Anda boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan menjana pendapatan menerusi internet di sini dan juga jutawan muda internet tersohor abad ini. Ceh wah apa kebenda punya promote. mari kita ke bengkel. bukan bengkel kereta motor. bengkel internet online dengan bukti kukuh tanpa modal ribuan ringgit menerusi internet.

mari kita jenguk website perniagaan tersebut. Anda sendiri boleh menilainya dengan hati budi anda sendiri.

Monsun Biz Online Market yang cantik menarik

kalo sesiapa yang berminat untuk menghantar email dengan lebih pantas dan jimat masa, maka saya syorkan anda mendapatkan maklumat tersebut dengan lebih jelas berkaitan penghantaran email pantas tersebut. Sekelip mata anda akan terpukau bagaimana penghantran email automatik menjalankan tugasnya dengan mudah. ia akan membuatkan diri anda menjadi teruja dengan teknologi yang anda gunakan di mana jua anda berada samada selatan timur barat daya hujung dunia mana sekalipun. Itulah kelebihannya teknologi masa kini. Namun hakikatnya anda perlu menilai kembali akan keberkesanannya untuk jangka masa panjang. Fikir-fikirkanlah…

mari kita buat kuih spongebox

mari kita jenguk lagi apakah persoalan yang bermain di minda anda berkenaan digit-digit zero yang beratur dengan penuh selesa itu. Banyak dah dapat ke? Berapa ramai yang dah berjaya? Dah jadi jutawan ke?

persoalan demi persoalan yang berkaitan dengan perniagaan tersebut.

melihat-lihat digit-digit yang berderet memang menarik. menghabiskannya jugak menarik. nak dapatkannya jugak cukup tertarik. jangan nanti terpekik-pekik kalo dah tercekik. bila nak serik?

fikir-fikirkanlah… monsun cup atau Monsun Biz Online Market mana pilihan anda?

pilihlah pakej pilihan menarik belajar dari rumah

Jom Bongkar Monsun Biz

Monsun Biz Perniagaan Internet Masa Kini?

Cerita gempar masa kini untuk rakyat Malaysia!

Monday, April 7th, 2008

Apa yang menariknya? Sudah tentu anda akan mengetahui apakah cerita gempar yang amat gempar itu. Memang menggemparkan seluruh bumi Malaysia sebagaimana yang akan anda ketahui berkenaan cerita gempat tersebut?

Kenapa gempar? Sebab sebab kegemparannya bermula dengan 5 orang otai pemasaran internet masa kini. Bagi mereka yang pernah berurusan dengan 5 orang otai internet ini sudah tentunya anda menngenali mereka dan biasa mengenali mereka.

Tidak lain dan tidak bukan….calon-calonnya ialah barisan panel speaker yang budiman…

(more…)

teka-teki jutawan merdeka tm terjawab

Sunday, April 6th, 2008

saya dapat satu juta!

saya pun ada juga hantar borang peraduan jutawan merdeka tm tu. kenapa tak dapat sekeping pun hadiah idaman hati… alahai tak dapat satu juta daaaa… lain kali laa cuba sekali lagi.

siapa jutawan tm yang dicari-cari tersebut dan jawapannya telah ditemui. orang dari terengganu. seorang jurutera muda. orang kaya baru.

“Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.”

meh kita jenguk laporan berkenaan beliau yang telah menjadi jutawan segera dan orang kaya baru tersebut.

=================petikan harian metro=================

mainpix_metro_online.jpg

KUALA LUMPUR: ‘Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.’

Itu antara bait puisi yang berjaya menjulang jurutera muda, Mohd Rais Saufuan Awang, 25, sebagai pemenang hadiah utama program Jutawan Merdeka TM yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta sekali gus bergelar ‘orang kaya baru’.

Mohd Rais dari Kemaman, Terengganu, diumumkan pemenang utama berdasarkan slogan berbentuk puisinya yang berjaya menambat hati penganjur, Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana penuh semangat patriotik dan mempunyai nilai tinggi.

“Saya sangka hanya memenangi hadiah biasa seperti pakej pelancongan atau pas masuk menonton Sukan Olimpik 2008, tetapi rupanya pemenang utama yang layak bawa pulang RM1 juta.

“Syukur kerana puisi nukilan spontan ini berjaya memberi tuah kepada saya sekeluarga. Dengan wang kemenangan ini saya merancang membawa keluarga menunaikan umrah dan haji bagi ibu dan ayah,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan yang diadakan di Menara TM di sini, semalam.

Menurut Mohd Rais, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan slogan puisi berkenaan kerana idea spontan hadir ketika beliau terpandang sebuah poster menghimpunkan lima Perdana Menteri negara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Inspirasi datang sendiri dan dalam tempoh sehari saja saya sudah boleh menyiapkan slogan puisi tidak lebih 50 patah perkataan,” katanya yang menjadi pengguna setia Celcom sejak 2000.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Malaysia TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa diiringi Ketua Pegawai Operasi Jualan Perniagaan Malaysia TM, Datuk Adnan Rofiee.

Pada majlis sama, 10 pemenang lain turut menerima hadiah bulanan masing-masing termasuk hadiah pertama pakej percutian ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2008 bagi dua orang bernilai RM15,000.

Sementara itu, Zamzamzairani berkata, program ganjaran itu memberi peluang kepada pelanggan TM memenangi pelbagai hadiah menarik selain mengemas kini profil pelanggan untuk perkhidmatan lebih baik.

Katanya, lebih daripada 1.1 juta penyertaan diterima sepanjang program berlangsung selama lapan bulan bermula Mei 2007 dan berakhir 31 Disember lalu.

“Jumlah ini melebihi sasaran 900,000 penyertaan yang pihak kami tetapkan sekali gus peningkatan 30 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

============petikan harian metro========================

dapatkan komisyen anda dengan mailing list

Friday, March 28th, 2008

dapat komisyen? berapa banyak dah dapat dengan affiliate?

tak berapa banyak sangat yang dapat…?

apa yang tak kena?

oh citer pasal affiliate lagi…?

dah tentunya ada sesuatu yang perlu dilakukan selain dari mempelajari selok belok berkaitan dengan jejak raja affiliate yang membongkarkan panduan bagaimana untuk anda meningkatkan pendapatan dengana affiliate anda.

setakat ini dan buat masa ini senarai nama yang dikatakan power oleh ramai IM malaysia dan seluruh dunia mengakui bahawa mailing list itu penting.

sejauh manakah pentingnya mailing list dalam perniagaan online anda…?

kalo nak dapatkan komisyen affiliate yang berkesan sudah tentunya anda perlu mempunyai blog milik anda sendiri. jika tidaknya anda akan fokus untuk membuat jualan affiliate anda sahaja sehinggakan mailing list yang anda akan mengecopmohorkan diri anda sebagai hanya mahu membuat jualan semata-mata…

adesh… tak bisa lagi untuk saya membicarakan pasal perniagaan online secara lebih seriouss. kalo sekadar nak buat promosi tu kira okeh lagi daaa…

kalo gitu adakah anda sudah bersedia mempunyai blog milik sendiri dan juga senarai nama anda sendiri untuk mencerahkan peluang memiliki pendapatan yang lumayan secara online… dengan testimonialnya yang tersendiri?

boleh dikatakan dengan program affiliate yang dah join tu telah dapat menghasilkan pendapatan secara sambilan dengan jayanya walaupun tak berapa banyak… sikit aje laaa…

satu lagi berkenaan affilliate percutian masa kini…

buat masa sekarang saya masih menunggu beberapa orang yang dah berdaftar untuk mereka mengupgradekan ke status VIP dalam viewmalaysia yang saya sertai. ramai lagi yang belum upgrade vip viewmalaysia dalam senarai menunggu tersebut…. lama lagi daaa nak menunggu cash outnya…

lama jugak nak menunggu komisyen dari viewmalaysia nih. tak tau laa macam mana nak bongkarkan rahsia kejayaan dengan viewmalaysia nih. hahaha… nanti laa saya mintak bantuan dari titan untuk buat kajian berkenaan viewmalaysia nih…

ada sapo2 yang dah berjaya meraih pingat kejayaan dengan viewmalaysia nih…?

okeh laa kalo nak pergi bercuti ke mana-mana jangan lupa jenguk pakej percutian menarik cuti-cuti malaysia yang telah disediakan untuk anda dengan bajet yang tersendiri… klik sini viewmalaysia.

sekian terima kasih…

 

buat duit secara berterusan setiap hari

Friday, March 21st, 2008

cari duit lagi…? berapa banyak dah dapat?

anda ada perniagaan sendiri?

nampaknya perniagaan serba tidak menjadi dan anda mungkin serik tatkala berdepan dengan segala cabaran untuk membuka perniagaan anda sendiri atau secara tak langsungnya anda mahukan duit tambahan lantaran kenaikan harga minyak yang tidak menjadi masalah hal punyalah kepada sesetengah orang dan sememangnya kita tak boleh nak buat apa-apa untuk menghalangnya.

oleh yang demikian mari kita selamatkan duit gaji anda. selamatkan duit ebiz anda dan segalanya yang bernama duit untuk faedah masa depan kita. jangan terperangkap dengan mereka yang terhidu duit yang telah anda simpan selama bertahun-tahun itu. marilah kita selamatkan duit kita dengan penuh iltizamnya… selamatkannya dengan segera maka selamatlah wang anda.

kenapa duit anda selalu habis? kalo dah ada dalam genggaman dah tentunya habis dengan sekelip mata sahaja. kenapa ramai yang tak tahu nak menguruskan kewangan dengan jayanya… nama lagi nak menguruskan wang belanja dan bukannya cerita menggemukkan wang belanja anda.

orang kata ia semakna dengan poket tebal dengan poket nipis. tebal poketnya panjanglah langkahnya, kalo nipis poketnya nipis laa perjalanannya untuk beberapa hari yang akan datang sehingga tiba hari gaji yang ditunggu dengan penuh ceria…

kenapa ramai yang tak berapa gemar menguruskan sumber kewangannya atau memang tak tahu nak buat apa dengan proses pengurusan kewangan yang stabil…?

masing-masing mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke jerangkap kemelesetan ekonmi yang teruk…

maka binalah tapak yang kukuh untuk kestabilan masa depan kewangan anda mulai dari sekarang…

jika betul2 anda mahu memulakan perniagaan yang tersendiri ada baiknya anda memikirkan pilihan terbaik anda untuk membuat apa-apa promosi di mana jua anda berada untuk melipat-gandakan sumber pendaptan sambilan dengan olahan promosi secara berterusan yang anda mahu lakukan setiap hari…

 

………………arghh takder idea dah………… adesh……

………artikel entah apa-apa daaa….

 

lebih mudah lebih berterusan jika ada blog milik sendiri.

KLIK DI SINI