Posts Tagged ‘burung apa’

iklan raya aidilfitri : burung murai kontroversi

Sunday, November 4th, 2007

449194645_974a341179_fadzly-mubin.jpg

credit : flickr.com

assalamualaikum….

Burung apa? Burung apa? Burung apa?

Munga laaa….! Munga namanya, muuuungaaaaaaa!

karya dilantun-lantun

silakan terpesona?

iklan raya aidilfitri burung murai

Burung apa? Berapa banyak burung murai yang dapat anda bilang?

Karya yang nampak menarik dengan telatah anak dan ayahnya dengan burung yang bernama burung murai. burung murai… Burung murai laa.

Setelah kontroversi itu berbangkit. Berbangkit lagi kontroversi soal bayaran. Bukan soal hati atau soal pasrah. Namun jika sudah bayarannya perlu dibayar mengikut apa yang sepatutnya. Memang kena bayarlah. jangan suka hati nak perkotak-katikkan orang.

“bayaran yang dijanjikan adalah rm15,000. mereka hanya dapat rm700 dan rm1000 sahaja?”

Karyanya satu hal. Pastu pelakonnya pula tak dapat bayaran setimpalnya. Kenapa? Kenapa tak boleh buat kontrak awal-awal untuk mengelakkan kebuntuan berkenaan bayaran yang akan diperolehi kelak?

Wah! Bayarannya dah cukup berbaloi untuk satu-satu iklan raya aidilfitri. Nampak gayanya memang ada peluang untuk dapatkan duit raya tambahan berlakon dalan iklan raya aidilfitri untuk tahun hadapan pula. Iklan hari raya aidiladha pula bagaimana? Ada tak?

Saya pun nak berlakon dalam iklan raya aidilfitri jugak. Boleh? Boleh ke? Ada siapa nak sokong?

Ada iklan raya aidiladha boleh tak?

Sekian terima kasih.

=================================================

quote

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah bendanya itu?””Burung gagak”, jawab si anak. Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:”Itu burung gagak ayah!”Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama.

Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:”BURUNG GAGAK!!”

Si ayah terdiam seketika.

Sambung bacaan di http://silakanterpesona.blogspot.com/2007_01_24_archive.html

quote

===================================================

Sekian terima kasih.