Posts Tagged ‘buat duit’

Misi merdekakan kewangan | Cara berniaga online

Tuesday, September 30th, 2014
minyak naik 20 sen

minyak naik 20 sen

Keep calm dan jangan sekali kali melatah. Biarkan minyak naik 20 sen. Anda hanya perlu cari duit sampingan untuk merdekakan kewangan anda.. Minyak naik 20 sen aje…

ooo butang baju melayu rupanya… anda sedang mencari butang baju kemeja? sila tekan butang carian google untuk mendapat lebihan pilihan pelbagai jenis butang baju kemaja yang anda mahukan… hehe

Banyak persoalan yang berlegaran di dalam minda berkaitan dengan cara untuk berniaga. Lebih lebih lagi cara berniaga online. Bagaimana caranya untuk berniaga online? Sudah tentunya kena ada ilmu bagaimana nak berniaga online dengan cara yang betul dan berkesan dan bukan dengan cara hentam kromo sahaja. Tak gitu?

Adakah anda sedang mencari cara nak mula berniaga atau cara berniaga online? Dah tentunya anda ada misi untuk merdekakan kewangan…

Misi Merdekakan Kewangan…
Nakkan tips serta formula untuk buat bisnes rm2k dengan mudah? Guna
Formula MB2000

Mana nak cari modal berniaga?
Nak tambah duit poket?
Asyik-asyik takleh merdeka kewangan aje nih…
Nakkan tips serta formula untuk buat bisnes rm2k dengan mudah?
Khas untuk anda…

Lantas bagaimana cara nak mula berniaga? Persoalan yang cukup menarik sekali. Jika ada persoalan dah tentunya ada jawapan yang boleh bantu anda untuk berniaga online. Dengan demikian kena cari panduan dan kena belajar ilmu berkaitan dengan perniagaan online.

Contoh yang boleh anda lakukan adalah meneliti panduan mula berniaga yang dianjurkan oleh Encik Faisal dalam pakej mb2000. Boleh mula belajar dan laksanakan misi berniaga online yang anda mahukan.
Jika anda adalah seorang pelajar:

a) Takdak duit?
b) Nak duit cepat?

MB2000 boleh bagi duit dalam tempoh 48jam…
Kenapa? Tidak percaya?

Layari : Mb2000 promosi 3 hari

Gitu laa contoh salah seorang student niaga mb2000…

 

misi merdekakan kewangan

Realiti kehidupan seorang suami perlu sediakan banyak pukat…

Friday, March 7th, 2014

Realiti sebuah kehidupan seorang suami…

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan…

Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan ” ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni… bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu ” Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru.” Isteri spontan menyampuk ” mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah ..” ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi…suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu…si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata ” bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget…suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm…sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad…isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi…suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar…tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta…

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??….selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal…lalu isteri menjawab dgn sinis ” kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit…klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit…mana pergi duit gaji abang selama ni….takkanlah seminggu gaji dah tak berduit…abg ada pompuan lain ke??” Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang…nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu….Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah

Naik Minyak : Buat Duit Dengan Perniagaan Santan Kelapa

Thursday, June 19th, 2008

Photobucket

Bagaimana hendak memulakan perniagaan santan kelapa?

Apa yang perlu saya lakukan?

Bagaimana untuk menceburkan diri dalam perniagaan santan kelapa?

Nak mula macam mana?

Bagimana anda bermula?

Kelapa muda ada… kelapa tua ada… santan kelapa ada… mesin kelapa ada… mesin perah santan ada… kelapa matag ada…

Mana mau cari???

Anda perlu mendapatkan panduan perniagaan santan kelapa sebagai langkah permulaannya. Anda boleh menjenguk sendiri bagaimana operasi perniagaan santan kelapa di pasar borong atau mana-mana kedai yang menyediakan kemudahan untuk anda membeli santan kelapa dari kedai mereka.

Mana nak dapat panduan tersebut?

Buat peringkat permulaan ini untuk memperolehi panduan sebegitu rupa… apa yang anda perlu lakukan adalah membuat survey ke seluruh kawasan sekitar dan juga rakan-rakan sepersaingan anda. Ataupun anda boleh bermula dengan bekerja dengan mereka yang berpengalaman untuk sehari dua atau sebulan dua sambil mempelajari cara-cara untuk memulakan perniagaan santan kelapa anda sendiri.

Mana satu pilihan santan terpilih yang ingin anda ceburi. Pada peringkat mula-mula ni boleh laa dengan bangsal kecik-kecik aje. lepas tu setapak lagi ke hadapan dengan meningkatkan kapasiti mesin dan kelapa. Kemudian tambah lagi pekerja mana nak bekerja dengan anda. Lepas tu kembangkan lagi pekerja2 anda tersebut sebagai rakan JV untuk meluaskan lagi empayar perniagaan anda.

Wah…. begitu sekali capaian imaginasi perniagan santan kelapa. Nampak menarik. Namun cabarannya anda kena hadapi dengan penuh komitmen yang kukuh jika nak memulakan apa jua jenis perniagaan.

Maka mari kita tengok pula produk hasilan santan yang kita kehendaki tersebut. sebagaimana yang kita ketahui … antara jenis pengeluaran dan penyediaan santan kelapa untuk jualan terbahagi kepada 3 jenis kumpulannya iaitu santan segar, santan kotak & santan serbuk.

Maka soalannya mana satu pilihan anda? Mana satu yang anda suka guna? Mari kita jenguk perbincangan berkaitan santan kelapa yang boleh anda jadikan rujukan untuk memulakan perniagaan santan kelapa atau anda sendiri boleh menghasilkan satu panduan berkaitan perniagaan santan kelapa dari awal sehinggalah ke menara kejayaan sebagai usahawan santan kelapa.

Nak buka bisness santan kelapa

Usahawan Bisnes Santan kelapa

Pemasaran santan segar

Bicara berkaitan pasaran kelapa

Mesin kelapa 3 dalam 1

Sekian terima kasih.

Fyroo Portal Siri Tontonan Video Pilihan Anda

Tuesday, June 17th, 2008

Photobucket

Hari ini nak cerita sedikit pasal satu portal yang dibangunkan untuk menyediakan ruangan tontonan kepada anda semua. Nak menonton atau nak menulis? mana pilihan anda?

Dengan Portal dari website Fyroo ini anda akan dapat menonton video atau cerita-cerita menarik yang anda mahukan biarpun tak semenarik perhatian ramai orang untuk ketika ini berbanding dengan media tontonan yang lain seperti you tube atau meta cafe atau site veoh (site veoh yang terkecuali dari tontonan rakyat malaysia dan beberapa negara yang lain. Entah apa sebab alasan kukuhnya)

Selain dari membuat aktiviti tontonan secara percuma yang diuploadkan oleh rakan-rakan member yang lain, anda juga dah tentunya boleh memuatnaikkan jenis-jenis video yang bersesuaian dengan citarasa tokei website fyroo tersebut, video berkaitan pula mengikut citarasa anda yang tersendiri …. ada yang membuat rakaman live berkenaan sorakan emosi euro 2008 atau yang seangkatan dengannya dan juga pelbagai isu hangat koleksi debat dari dewan parlimen atau video tutorial berkaitan dengan cara format komputer yang anda miliki.

Pendek kata jika anda mempunyai kemahiran dalam apa jua bidang, anda boleh menghasilkan video ringkas berkenaan kemahiran anda tersebut, kemudian dari itu sudah tentunya anda boleh buat dan cari duit online secara sambilan dan kemudian menghasilkan sejumlah pendapatan yang anda kehendaki dengan video ringkas anda tersebut.

Sudah tonton semuanya? sudah dapat dan boleh upload video anda? maka tibanya masa untuk anda melakukan perkongsian bijak dengan rakan-rakan kenalan anda….

Kemudian beritahu kepada mereka yang anda telah hasilkan sebijik tutorial ringkas kepada mereka yang memerlukannya dan pastikan mereka untuk datang dan menjenguk ke ruang legar Fyroo.com

ada nak tambah lagi pandangan anda yang berkaitan… maka dipersilakan memberikan pandangan bernas anda…

sekian terima kasih.

buat duit : asyik kena tipu je cik tipah…?

Tuesday, January 15th, 2008

Berapa ribu dah rugi…?

RAJA SMS berleluasa?

Siapa yang rugi? Kita-kita semua laaa…

Berapa banyak duit anda sudah dihabiskan untuk program kuiz yang entah apa-apa itu? Soalan mudah dengan penghabisan kredit yang maksima dan akhirnya anda seperti tertipu dan memang anda kena tipu…

Asyik kena tipu je cik tipah…?

Kenapa beriya-iya sangat nak habiskan duit kita dengan program kuiz yang belum tentu lagi kita akan dapat apa-apa. Anda tengok aje laa caj yang ditulis dan amaran yang diterterakan … hanya tulisan kecik je…

Kalo tulis besar gajah hurufnya sapo yang nak join kuiz hampeh tersebut?

caj rm3.00 setiap kali sms?

Nampak ke… tak nampak…?

Memang sah rabun…

Memang kuiz hampeh punya laa. Jangan membazirkan duit anda lagi. Buat laa untuk kegunaan harian yang lebih berfaedah untuk masa depan yang lebih gemilang. Harga caj melampau tersebut sms ke interaktif ke apa ke yang melibatkan duit dari kuiz hampeh tersebut akan hanya menjadi “bahan eat money” kepada syarikat telco… kata pak saudara saya…

Kalo dikumpulkan setiap kali dapat duit seratus dua tu dari pendapatan bulanan atau harian kita dah tentunya takkan bising nak bayar yuran sekolah. Memang mampu nak bayar kalo tak beriya-iya nak kena tipu oleh penyangak kuiz hampeh tersebut. itulah cara baru nak kaut untung cepat…

Dalam harian metro sendiri ada program cepat kaya dengan hanya caj 50 sen sekali hantar sms. Kalo beribu2 yang hantar sms macam mana keuntungannya…?

Lagi pun derma pun boleh jadi dapat hadiah. derma dan menang… haaa memang untung lumayan tu kalo dapat buat program sms kuiz yang sendiri punya kita kendalikan… apo macam???

Caj untuk buat aduan pun untung jugak. Apa lagi nak buat undian. undi dan jadi kaya….?

Maka jawapan yang mudah buatlah kuiz sendiri selain dari kuiz gores dan menang… ekekekeke…

Alahai caj sms… memang fulus mania pun…

Mereka telah menjadi RajaSms dengan jayanya. 

======================================

Unsur penipuan kuiz interaktif di televisyen: Caj melampau


Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD, FUAD HADINATA YAACOB, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan AHMAD RABIUL ZULKIFLI
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Selepas Ogos bulan apa?” “Ayam ada berapa kaki?” Inilah contoh soalan mudah dalam program kuiz interaktif di televisyen yang menarik penyertaan ribuan atau mungkin jutaan penonton sehari sebelum kebanyakan mereka kemudian berasa tertipu serta kerugian wang tunai, masa dan tenaga.

Rasa tidak puas hati peserta terbukti apabila Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kuiz SMS itu.

Malah, ruangan iM Lapor di Harian Metro turut menerima ratusan SMS pembaca yang tidak puas hati dengan cara pengendalian kuiz itu yang mereka percaya tidak telus dan berunsur penipuan.

Darshan berkata, pihaknya menyifatkan masalah itu serius dan perlu segera ditangani kerana pengendali kuiz mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan caj dikenakan.

“Mereka tidak melakukan audit pada kuiz dianjurkan, menyebabkan wujud unsur penipuan,” katanya.

Antara program kuiz interaktif yang tersiar di televisyen hampir setiap hari ialah Fulus Mania di saluran Astro RIA, Celebmania, Insomnia dan Teka-teki (TV3) dan Play 2 Win (TV8).

Untuk menyertai kuiz, peserta perlu hantar jawapan kepada soalan dengan mengirim SMS bagi pengguna telefon bimbit atau membuat panggilan dan memberi jawapan secara lisan untuk pengguna telefon talian tetap.

Secara purata, setiap penyertaan dikenakan caj kira-kira RM3, manakala hadiah ditawarkan pula ialah wang tunai antara RM200 hingga RM130,000, telefon bimbit atau peralatan elektronik.

Bagaimanapun, beberapa peserta kuiz mendakwa mereka rugi besar. Ini kerana, biarpun soalannya mudah, sukar untuk memenanginya disebabkan wujud syarat atau peraturan tersembunyi.

Abu Bakar Abdullah, 42, dari Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu, berkata terpengaruh dengan soalan mudah dan hadiah lumayan ditawarkan satu kuiz interaktif, anaknya berusia 10 tahun mengambil bahagian tanpa pengetahuannya sehingga dikenakan caj penyertaan melalui talian telefon RM500.

“Saya terkejut kerana setiap panggilan dikenakan caj RM3 walaupun tempoh panggilan tidak sampai seminit. Ketika memperoleh bil pertama RM200, saya menasihati anak saya supaya berhenti menghubungi program itu.

“Namun, memandangkan rancangan itu disiarkan pada waktu saya dan isteri ke surau, anak mengambil kesempatan menggunakan talian tetap di rumah untuk mengambil bahagian. Akibatnya, bulan berikutnya saya menerima satu lagi bil dengan caj RM300,” katanya

Abu Bakar mengakui program itu ada memberi peringatan kepada kanak-kanak bawah umur supaya meminta keizinan ibu bapa terlebih dulu sebelum menyertainya.

Namun, katanya, sikap kanak-kanak yang nakal membuatkan mereka bertindak mengikut perasaan tanpa mengetahui akibat yang ditanggung ibu bapa dan meneruskan keinginan menjawab soalan.

“Saya harap kerajaan kaji semula program berbentuk kuiz itu kerana lebih banyak memberi kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.

Abu Bakar berkata, taktik penerbit program itu yang memberi soalan mudah untuk dijawab juga berjaya mempengaruhi orang ramai sehingga sanggup melabur tinggi tanpa disedari.

“Soalan tidak masuk akal dan mudah dijawab itu membuatkan kanak-kanak teruja untuk mencuba nasib, walaupun gagal menjadi peserta ke-50 atau ke-100 seperti dikehendaki untuk menang.

“Sebaliknya, yang menanggung sengsara ialah ibu bapa apabila dikenakan caj melampau dan tidak masuk akal,” katanya.

Abu Bakar menyifatkan konsep dipaparkan program itu menjurus kepada perjudian, tidak menguji minda dan jauh sekali menambah pengetahuan dan ilmu kerana soalan dikemukakan boleh dikategorikan “soalan bodoh.”

Ibrahim Mat Yaakob, 25 dari Kajang, Selangor, pula berkata sebelum ini dia meminati satu kuiz interaktif dan kerap menyertainya, namun akhirnya menyedari program itu sebenarnya hanya merugikan serta memerangkap penonton.

“Setiap hari saya tertunggu-tunggu program ini ke udara, sama ada pagi, petang atau malam, manalah tahu mungkin boleh menang dan jadi jutawan.

“Namun, selepas berpuluh kali mencuba dan lebih RM200 wang habis untuk beli kad tambah nilai, saya kecewa kerana satu pun tidak berjaya, sedangkan soalannya sangat mudah,” katanya.

Ditanya mengenai soalan yang dikemukakan, Ibrahim berkata, ia tidak memerlukan kepakaran, sebaliknya terlalu mudah dimenangi seperti meneka wajah artis yang senang dikenali atau memberi soalan seperti, ‘Selepas Ogos bulan apa?’ atau ‘Ayam ada berapa kaki?’

Mengenai kerugiannya, Ibrahim berkata, jumlah paling tinggi untuk satu episod program itu ialah RM56 apabila dia menghantar hampir 20 khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjawab soalan.

“Sepanjang menyertai program itu sejak tahun lalu, saya tidak pernah nampak ada peserta menerima hadiah seperti dijanjikan, malah puluhan kali saya menyertai, tiada satu pun berjaya meskipun soalan sangat mudah,” katanya.

Menurutnya, bukan tiada pemenang seperti dijanjikan, tetapi penerbit hanya menghubungi mereka melalui telefon dan memberitahu mereka memenangi hadiah wang tunai serta pakej percutian.

“Memang mereka hubungi peserta yang menang tetapi sudah banyak kali saya sertai, hadiah paling tinggi mereka umumkan yang dimenangi peserta ialah RM50,000 bersama pakej lain.

“Namun sebenarnya, hadiah atau jumlah paling tinggi wang tunai yang saya lihat mencecah RM130,000 tetapi tiada siapa memenanginya, mungkin ia hanya helah dan tidak mustahil peserta yang menang dirancang terlebih dulu,” katanya.

Sehubungan itu, dia meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada program itu dikendalikan secara telus atau hanya penipuan semata-mata.

Peserta lain yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 32, dari Perlis, berkata dia kerugian kira-kira RM200 untuk menyertai program seperti itu dengan setiap satu SMS dikenakan bayaran RM3.

“Saya SMS banyak kali ketika program ke udara, namun kecewa apabila tidak satupun berjaya. Lebih geram, mereka hendak peserta ke-50, saya SMS dan diberitahu ‘anda peserta ke 28.’ Bila SMS sekali lagi jawapannya, ‘anda peserta ke 25’, sepatutnya meningkat bukannya turun,” katanya.

Man turut sangsi dengan peraduan teka wajah artis kerana meskipun 90 peratus wajahnya jelas, penerbit sukar mencari pemenang.

Zulhazmi Othman, 37, dari Subang, Selangor, berkata kuiz interaktif mirip dengan penipuan kerana tiada ketelusan pemenang yang mendapat hadiah dan pemanggil yang menang tidak didedahkan identitinya.

“Ada kalanya bila saya hubungi, saya dimaklumkan pemenang ke-100 sudah ada tetapi di TV tidak diisytiharkan juga sehingga beberapa lama,” katanya.

Amin, 21, dari Manjoi, Ipoh, Perak, yang menyertai program berkenaan menggunakan SMS dan talian tetap mendakwa, ketika memberi jawapan betul ke atas soalan atau wajah yang dikemukakan, taliannya terus disekat.

Dia yang kali terakhir menyertai program itu minggu lalu berkata, lebih RM100 dihabiskan untuk program itu tetapi tidak berjaya.

==================================

petikan dari harian metro online.

lebih baik dari skim cepat kaya. lebih bagus dari kuiz interaktif hampeh fulus mania.

banner_468_60.gif