Posts Tagged ‘buat duit mudah’

Kejar Ilmu Dahulu Baru Dapat Duit USD | Duit Usd

Friday, September 4th, 2009

Buat Duit Mudah Dengan Blog Dalam Tempoh Dua Hari? Bagaimana?

Anda tentunya tertanya tanya bagaimana mahu buat duit dengan menggunakan blog sepenuhnya. Pendek kata memang sangat sukar untuk anda percayai tambahan lagi ada yang suka mengambil kesempatan terhadap newbie yang masih tercari-cari arah untuk menambahkan pendapatan dengan mudah dan senang secara online. Paling sedih mereka menjadi mangsa tipu-tipuan RM online yang licik memainkan peranannnya sebagai penyangak cyber….

Hentikan seketikan kepeningan anda terhadap persoalan demi persoalan berkenaan bagaimana untuk buat duit mudah secara online yang anda terkejar sana sini tersebut.

Jangan kejar duit usd.  Kejar ilmu dahulu baru dapat duit usd.

Apa yang anda kejar tidak akan dapat memberikan hasil yang lumayan sekiranya anda mengambil sikap sambil lewa dengan mengejar program ini ini begitu begini. Akhirnya masa berkualiti anda terbazir begitu sahaja dek kerana kejar mengejar yang tidak menentu. Rugi masa dan wang ringgit sahaja.

Bagaimana anda boleh mendapatkan sedikit wang usd yang anda mahukantersebut dengan mudah hanya menggunakan sekeping blog yang simple aje dan paling mudah lagi dalam tempoh dua hari sahaja anda boleh menghasilkan usd idaman hati anda. Mahu duit usd mudah?

Jalan penyelesaiannya telah ada dengan teknik Smart Blogging yang telah dipelajari oleh Encik Wanmus. Apakah teknik rahsia tersebut? Nampaknya Encik Wanmus tidak akan mendedahkannya dengan begitu mudah lantaran menjaga amanah Pak Guru Problogger yang terkenal masa kini iaitu Encik Rohaizad.

Beliau telah berguru dengan Encik Rohaizad berkenaan cara buat duit dengan blog dan ternyata hasil pelaburan yuran penyertaan yang tak seberapa telah membuahkan hasil dan pulang modal. Dan terkejutnya Encik Rohaizad sendiri macam tak percaya dan terpesona namun ia tidak menghairankan lantaran dalam tempoh 30 hari anda boleh buat duit dengan blog yang masih baru dan segar paling singkat dalam tempoh dua hari.

money-from-blog11

Anda boleh saksikan sendiri bukti kesahihan kisah benar tersebut dalam blog Encik Wanmus.

Blog PR O berusia dua hari <<<- dah dapat payment

Siapakah gerangan Encik Wanmus ini?

Wanmus.com adalah asas kepada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan.

Wanmus adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu Wanmus.com ini, jomhosting.net, asasministe.com dan myekamus.com.

p/s : Dengar-dengar perkhabaran seminar smart blogging akan diadakan lagi selepas hari raya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk buat duit dengan blog. Dapatkan usd anda berulang kali dengan seminar smart blogging.

Memang berbaloi. Berbaloi-baloi…

Derma Untuk Kebajikan Amal Jariah???

Monday, October 20th, 2008

Derma… derma… derma… ramai yang duk mintak derma. Kesiannya…. sekali tengok. Dua tiga kali tengok. Terkesima sebab mereka terlebih kaya dari anda. Kena selidik dahulu dan kena tengok jugak orang yang mohon derma tersebut bagaimana.

Apatah lagi yang membuat paksaan untuk menderma. Tak cukup 7 henggit. Kena genapkan sepuluh hinggit. Apa punya paksaan derma sedemikian rupa???

Takkan nak ikut suka hati aje nak bagi derma kepada mereka yang tidak sepatutnya dan suka mengambil kesempatan untuk mencari duit dengan cara yang mudah sehingga boleh menghuni rumah hotel yang mewah dengan pendapatan yang bukan semudahnya orang-orang biasa yang kerja pagi petang membanting tulang empat kerat dan kemudiannya mereka senang-senang dapat wang dengan mudah. Apakah kebajikan yang anda hulurkan itu sampai sepenuhnya… memang laa sampai kepada mereka sehingga mereka memperolehi pendapatan yang boleh dikatakan lumayan tanpa berbuat apa-apa.

Anda sendiri boleh menilaikannya dari sudut pandangan anda sendiri bagaimana seorang pengemis jalanan yang menjadikannya cara hidup mengemis sebagai kerjaya hidupnya… Itulah pengemis kaya. Pengemis kaya bermaharajalela dengan sindiket yang tersediri atau secara orang perseorangan. Mereka sudah menjadi kaya dengan begitu mudah tanpa sebarang kerja. Asyik mintak aje… dapat lah sedikit wang demi sedikit. Kemudian takkanlah mereka nak habiskan begitu sahaja. Dapat sedikit simpan sedikit. Banyak laa dapatnya. Jika sehari dapat rm300. Betapa mudahnya buat duit dibumi malaysia ini. Siapa yang tersangka pengemis itu adalah orang kaya. Si Pengemis Kaya.

Pengemis Kaya

Siapa Tersangka si pengemis itu orang kaya.

Kaya dengan mengemis.

Kisah pengemis di universiti

Habis cerita pasal mereka. Usah cerita banyak lagi… ramai lagi yang boleh anda bantu agar bantuan itu sampai sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Kalo dah pengemis menjadi kaya kenapa mereka asyik mengemis aje kerjanya. Nama lagi mengemis… jadi kaya laa mereka.

Pokok duit sebenar | Program Pokok Duit ke???

Thursday, August 28th, 2008

“Pokok duit” memang terbukti boleh menghasilkan duit yang lumayan sekali jika anda tahu menggunakannya sebaik mungkin. Kenapa anda mahu mempertikaikan berkenaan pokok duit? Apa bukti pokok duit tidak boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada anda? Jangan sekali-kali jeolus.

Kredit : farm3.static.flickr.com

“Pokok duit” adalah sejenis pokok duit yang tumbuh di merata pelusuk pokok dan menumpang pokok orang lain. Hang rasa program pokok duit nih menjadi parasit jugak ke menumpang atas pokok yang lain.? Namun hakikatnya program pokok duit memang boleh buat duit untuk dirinya sendiri sebab depa dah tersedia boleh buat duit dengan lebih mudah lagi. Sebab apa? Sebabnya depa punya nama pokok duit la … maka tak perlu berusaha dan bersusah payah mencari duit lagi.

Kenapa pokok duit diberi nama…. dan jugak seangkatan dengan pohon pitis? Kalo cerita zaman dulu memang ler kita akan tahu pasal pokok duit nih. Nak tahu pasal sejarah pokok duit kena cari ler dalam perpustakaan berkenaan sejarah pohon pitis dan jugak pokok duit-duit. Program Pohon pitis memang berbaloi sekali….

Pokok duit-duit nih boleh jugak dijadikan perhiasan yang menarik dan mendapat keuntungan melalui landskap pokok perduitan. Nampak cantik dan menarik. Boleh jugak buat pertandingan pokok duit the contest. Bagaimana nanti anda boleh menghias rumah anda dengan pokok duit dan menuai hasil yang lumayan dari pokok duit tersebut. Memang menguntungkan jika anda tahu cara dan kaedahnya untuk anda menghasilkan duit yang berganda dari program pokok duit tersebut.

Lebih meriah lagi tatkala menjelang hari raya nanti anda boleh laa buat demosntrasi bagaimana pokok duit boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada anda sekeluarga. Jangan biarkan mereka terpinga-pinga kenapa pokok duit banyak memenuhi laman web rumah anda begitu sahaja. Jadikan ia sebagai sumber pendapatan anda yang utama….

Kenapa terbukti berbaloi? Ini kerana sebagaimana yang anda ketahui bahawa BSN juga menggunakan pokok duit sebagai logo mereka sebagai lokasi tempat simpanan duit. Boleh try guna pokok duit sebagai sumber pendapatan sampingan.

Dengan menggunakan perkhidmatan BSN anda boleh membuat simpanan dengan deposit yang rendah. Ada sesiapa yang membuat tabungan di BSN? Dah tentunya boleh melihat pokok duit setiap kali bertandang di BSN masa kini.

Rujukan pokok duit pohon pitis.

Pokok duit boleh buat duit?

Sejenis tumbuhan bernama pokok duit

Strategi pokok duit yang sebenar terbongkar

Berbudi kepada tanah dengan pokok dapat duit

Satu lagi kegunaannya adalah untuk acara main masak-masak olok-olok zaman kanak-kanak atau acara jual beli. Maka pokok duit-duit inilah yang akan menjadi bahan utama main masak-masak di zaman kanak-kanak dahulu.

Namun demikian tidak tersangka pulak boleh dapat duit yang realiti menggunakan pokok duit online pulak. Rasanya boleh menjana pendapatan yang lumayan kalo buat betul-betul landskap pokok duit nih. Aataupun kita boleh menjadi designer bagaimana menghasilkan pokok duit yang boleh menghasilkan duit yang lumayan.

Itulah dia cara mudah nak dapat duit dan cara nak kaya dengan segera melalui program pokok duit. Oleh yang demikian dapatkan pokok duit di sekitar rumah anda untuk membina perniagaan pokok duit anda hari ini …. sekian terima kasih.