Posts Tagged ‘bloggers’

kebangkitan penggiat bloggers

Wednesday, April 2nd, 2008

berapa ramai dari kalangan rakan-ralan anda menjadi bloggers dengan pelbagai cabang dan bidang keunikan masing-masing. sudah tentunya ramai yang berminat untuk menjadikan blog sebagai wadah untuk menyuarakan pandangan masing-masing sehinggakan mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-12 yang lepas.

sebagaimana yang telah dilaporkan kebangkitan penggiat bloggers semakin hari semakin ramai dan sememangnya tidak dapat dinafikan betapa ramai yang telah berjinak2 dengan bidang blogging masa kini.

berapa ramai lagi yang akan bergiat secara lebih aktif dalam bidang penulisan online ini… ? anda bleh update setiap hari atau mengikut masa-masa yang tertentu atau sebagai bloggers sepenuh masa? percuma ataupun yang berbayar?

mahu mengira berapa ramai bloggers yang anda kenali?

apa pandangan anda berkaitan kebangkitan bloggers?

agaknya tanpa blog no life jadinya …. sebagaimana no phone no life…

sunyi sepi tanpa blog? sunyi sepi tanpa telefon bimbit.

mahu berblog pun boleh guna telefon daaaa….

dan yang seronoknya anda boleh buat duit dengan blog yang anda miliki secara percuma atau berbayar.

 

================petikan utusan malaysia===============

Malaysia ada 500,000 laman blog

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,”katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini. Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

===============petikan utusan malaysia===================