Posts Tagged ‘Bisnes shopee’

Kenapa Dropship Anda Gagal?

Sunday, January 13th, 2019

 

 

Dropship anda gagal? Kenapa?

 

Rasanya ramai yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship. Sekarang pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk. Lagi best, ada tawaran yang berani claim akan dapat sekian-sekian angka jualan dalam sekian-sekian masa.

 

 

Anda pun apa lagi, rasa excited nak cuba disebabkan oleh claim tersebut. Tapi realitinya, tawaran tersebut tak beritahu pun sebenarnya laluan yang anda kena tempuh untuk dapatkan pulangan lumayan tu.

 

Semua cerita benda manis-manis je. Perit susah dropship, tak pernah pulak orang nak cerita. Kalau betul mudah, kenapa dropship anda boleh gagal? Kalau dikaji balik, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi dari peluang untuk anda gagal.

 

Kat bawah ni saya akan share dengan anda beberapa sebab kenapa dropship anda boleh gagal.

 

  1. Teknik menjual yang salah

 

Ramai yang menggunakan platform media sosial untuk terus menjual. Platform tu dah nice. Tapi cara anda yang tak nice. Anda terus menjual tanpa mengkaji dulu samada friends/followers anda sesuai ke tak dengan produk tersebut. Hasilnya? Segala post anda akan krik krik. Awal-awal mungkin ada ramai yang klik, tapi bila dah lama-lama, orang pun dah mula meluat dan ignore post anda.

 

Copywriting atau cara anda menulis manfaat produk pun perlu ditulis dengan ilmu, bukan main rasa sedap sendiri je. Sebab tu kalau anda tanya saya, saya akan recommend platform lain untuk anda menjual seperti di Shopee sebabnya anda tak perlukan kemahiran copywriting yang tinggi tapi anda boleh terus buat sales dengan banyak.

 

  1. Zero product knowledge

 

Product knowledge atau pengetahuan anda mengenai produk yang anda jual pun sangat-sangat penting kalau anda nak buat sales lebih banyak. Anda sendiri tak pernah tengok, tak pernah guna dan tak pernah pegang produk tersebut. Jadi, macam mana anda nak cerita kebaikan produk tersebut kepada orang lain?

Satu, cara paling mudah adalah anda beli dan guna dulu produk yang anda nak jual tu. Tu cara terbaik dan terpantas untuk anda belajar mengenai produk anda. Dua, cara lain yang saya boleh kongsi dengan anda adalah, tengok testimoni. Biasanya owner produk atau pembekal pasti akan berikan anda testimoni dan bahan-bahan lain sebagai marketing tool. Gunakan testimoni tersebut untuk tambahkan product knowledge anda.

 

  1. Anda ambil mudah mengenai bisnes

 

Ramai yang anggap berbisnes ni mudah. Kalau jual online, anda menganggapnya semudah post di media sosial dan orang akan terus contact anda untuk membeli. Kalau jual offline, anda ingat buka kedai dan orang akan terus datang.

 

Bukan macam tu. Kalau semudah tu, ramai dah yang berjaya. Tapi, ia tidaklah sesusah yang anda sangkakan. Ia akan jadi mudah kalau anda ada ilmu dan panduan yang betul.

 

Kalau saya, saya lagi prefer buat dropship di Shopee berbanding platform lain sebabnya saya cuma perlu kuasai beberapa basic skills sahaja dan ia tidaklah terlalu rumit dan susah macam skil-skil di platform lain.

 

Kalau anda nak belajar macam mana nak buat dropship paling mudah di Shopee, Buleh klik dekat sini untuk downdload ebook edisi percuma shopee.

Klik sini –>> Ebook Edisi Percuma Shopee

 

Shopee… Platform Terbaikk Online Shopping

Tuesday, January 1st, 2019

Shopee… Sambil shopping boleh buat duit?

Eh ? Macam mana tu?

Nampaknya trend online shopping telah mendapat perhatian dan cukup popular dewasa ini buat mereka yang suka sangat shopping. Shopping online tanpa perlu bergegas ke super market. Order aje secara online . Cari produk yang anda nak beli kemudian bayar. Pastu rileks2 tunggu pesanan sampai ke rumah anda.

Mesti anda pernah  dengar perihal platform online yang bukan sahaja memudahkan urusan pembelian, malah proses untuk menjual juga sangat-sangat mudah? Yes, memang tiada yang lain kecuali Shopee!

Shopee ni apa sebenarnya?

Buat anda yang belum pernah dengar atau pernah dengar tetapi masih tak berapa jelas mengenai shopee, boleh baca sampai habis. Shopee adalah sebuah “marketplace” yang direka khas untuk pembeli dan penjual yang ingin menikmati transaksi yang pantas, lancar dan selamat.

Dengan adanya pula app Shopee, anda boleh tukarkan apa sahaja menjadi duit. Mungkin ada sesetengah barang yang anda anggap langsung tidak bernilai buat anda tapi diluar sana terdapat begitu ramai orang yang sedang mencarinya dan sanggup untuk membayar anda bagi mendapatkan barang tersebut. Dengan shopee, semuanya boleh.

Ramai yang kata transaksi di Shopee ni sangat selamat, betul ke?

Well, kalau anda seorang pembeli dan pembayaran yang anda lakukan akan “dijaga” oleh Shopee dahulu sehingga anda menerima produk anda, cukup selamat tak? Kalau anda seorang penjual pula, anda hanya akan menerima tempahan sebaik sahaja pelanggan anda bayar, selamat kan? Ia sangat-sangat selamat dan risikonya sangat rendah berbanding dengan platform lain.

Barang-barang yang terdapat di Shopee dijual pada harga yang sangat murah sekaligus meningkatkan lagi popularitinya. Shopee juga sangat mementingkan kualiti produk yang dijual di platformnya. Jadi, tak kisah samada anda adalah pembeli atau penjual, anda boleh berasa yakin dengan Shopee.

Disebabkan oleh kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Shopee ini jugalah ramai yang telah berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka dan juga lebih setiap bulan. “Trust” oleh pembeli terhadap Shopee merupakan diantara salah satu faktor penting yang memudahkan ramai penjual yang mempunyai teknik dan strategi yang tepat dapat mengaut keuntungan menerusi platform ini.

Apa yang lebih menarik adalah teknik dan strategi luarbiasa ini sangat mudah untuk dipelajari dan anda boleh mendapatkan akses pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Bayangkan jika anda dapat buat sales sehingga RM1000 setiap hari, apa perasaan anda?

Semuanya tidak lagi mustahil untuk anda pelajari dan mula meniaga dekat shopee. Malahan newbie pun dah berjaya hasilkan pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda pun confirm-confirm boleh buat juga!

Ok. Sekian sahaja sharing untuk kali ini. Shopee… Platform terbaik untuk online shopping!