Posts Tagged ‘bisnes nasi lemak’

Tips dan cara berniaga nasi lemak 2

Sunday, January 8th, 2012

Nah kita sambung lagi tips dan panduan cara berniaga nasi lemak nih. Apa lagi dia punya tips yang boleh anda lakukan ? Nih laa dia cara yang seterusnya :

3. STRATEGI PETANG JUMAAT

Maksudnya, seperti biasa iklan yang mudah dan ringkas. Dia mengedarkan iklannya bukan seperti org lain tapi iklan diedarkan hanya pada petang jumaat bagi tujuan ALERT MINDA pada pembeli esok pagi.

Edarkan iklan untuk kawasan kejiranan, SAPA MAU ORDER NASI LEMAK esok pagi. Penghantaran Nasi Lemak panas sampai ke pintu dari jam 7 – 9 am. Malam sabtu, pelanggan sudah siap order by SMS dan TEL. Siap order berapa yang diaorg nak.

Esok pagi Pakcik cuma hantar je…

dan yang seterusnya lagi kita lihat apa kata pakcik nasi lemak bagitau :

4. Warung Kopi Kedai Mamak

Apa maksudnya pakcik? Dia kata, guna cara ini pun boleh jual 50 bungkus dalam 2 – 3 jam. Bagaimana?

Pakcik: Petang sebelum tu saya pergi tanya setiap warung kedai kopi, kedai mamak dan kedai yang berkaitan. Nak tak saya letak Nasi Lemak sambal 3 rasa kat kedai ini? Saya jual RM1, tuan kedai juallah dalam RM1.50 sen.

Saya letak 10 bungkus, 3 bungkus lagi tuan kedai jual harga RM1.50 dan untungnya tuan kedai punya 100%. Tuan kedai angguk dan senyum tanda setuju. Kawasan deretan, pekan ada lebih kurang 10 warung. Pakcik sudah letak 10 bungkus setiap warung, belum kira kedai mamak lagi.

Tuan kedai semua setuju, isi borang petang tu. Malam tu pakcik sekeluarga masak, standby semuanya. Esok pagi tinggal hantar saja. Pakcik balik umah tunggu sampai tghari. Selalunya 10 bungkus setiap kedai/warung abis!

Pakcik tumpang je nak…tak bayar sewa pun…

ada lagi tips tambahan yang menarik sudah tentunya :

BANNER GANTUNG ~ Jika menjual di tepi jalan, perlu lakukan kelainan sedikit berbanding dengan jiran penjual nasi lemak.

1. Warung anda, letaklah sambal 3 rasa agar yang datang membeli boleh memilihnya, buat survey warung sebelah anda apa yang tidak dijual.

2. Ini jarang penjaja lakukan, gantung banner warna terang di warung anda. Letakkan service anda spt:
– Penghantaran nasi lemak jam 7 – 8 ( waktu berkerja), sabtu & ahad (8 – 9am)
– order by SMS, Telefon dan online (kawasan kejiranan anda)
– by offline, letakkan borang tempahan utk subscriber anda, jarang org buat tapi sangat efektif…

Jika nak save budget, guna kertas melukis, A3 size dan kreatif sedikit utk deco iklan anda. Selain tu, guna white board pun disarankan letaklah stand…

Peniaga nasi lemak : Nasi Lemak Camam (NLC)

oh… kita sambung sekali lagi lain hari daaaa….

Tips dan cara berniaga nasi lemak

Saturday, January 7th, 2012

Kerja hari hari kah? Sudah tentu ada kerja yang perlu dibereskan. Itu adalah rutin yang perlu dilakukan setiap hari. Kerja utama yang perlu diutamakan.

Tak ada kerja lain kah? Berniaga secara sambilan ke?

Ada… dah tentu perlu ada kerja sambilan untuk menampung keperluan harian yang semakin mencabar masa kini. Tapi… berniaga nih untuk mereka yang minat berniaga laaa… yang tak minat kalo memang takleh tahan daaaa…

So bagaimana cara cara untuk berniaga ini dilakukan. Secara skemaaanya soalan tersebut ditujukan kepada mereka yang sudah lama atau baru ak terlibat dalam dunia perniagaan.

Kita mulakan sekarang tips dan panduan perniagaan nasi lemak. Ini dinamakan tips pusing modal. Ada kesebelasan utama tipsnya… macam team bolasepak pulak dah…

Ini tips berniaga nasi lemak yang perlu anda patuhi jika mahu ler :

Mula mula :

Ada 11 cara dan strategi menjual Nasi Lemak yang boleh dapat untung.
1. Delivery Order

Anda perlu merekabentuk iklan ringkas bagi tujuan untuk pengedaran di kawasan anda sahaja. Dalam iklan tersebut, perlulah diterangkan mengenai servis penghantaran juadah pagi seperti Nasi Lemak, kuih muih dan sebagainya dalam masa 10 – 30 minit. Anda perlu sasarkan di setiap kawasan rumah anda dengan penghantaran serendah RM1.00 dan untuk kuih muih janganlah terlalu mahal berbanding dengan tempat lain. Sasarkan target hanya dikawasan anda dahulu. Pelbagaikan jenis Nasi Lemak anda dan yang paling penting sambal anda perlulah mempunyai 2 jenis untuk kepuasan pelanggan anda samada yang pedas, kurang pedas dan berperasa masam sedikit.

Tetapkan masa penghantaran anda untuk kawasan kejiranan mungkin seawal 7 – 8 pagi sebab ini adalah masa yang sesuai untuk mereka yang keluar berkerja dan bagi mereka yang baru bangun tidur tetapi menghadapi masalah untuk keluar untuk sarapan. Sudah pasti dengan kehadiran anda akan memudahkan segala kemahuan pelanggan anda. Servis anda dalam bentuk SMS atau telefon. **** banyak lagi strategi yg boleh dilakukan**** 2B Con’t….

Satu cara yg menarik perhatian adalah bagaimana dia boleh sampai 10 minit yg dijanjikan, memang tepat! Dia kata, esok sebelum penghantaran, petang ni dia survey dgn basikal jalan yg perlu dilalui.

Jadi, pakcik tu survey jln short cutnya utk mudah dia sampai ke rumah setinggan, rumah teres dan flat yg berhampiran. Esoknya dia tidak perlu mencari jalan utk terus sampai kesitu.. maka pengantaran memang tip top!

PENGIRAAN PERLU BETUL

Dalam perniagaan anda perlu mempunyai sasaran jika tidak segala apa yang anda usahakan akan menjadi sia-sia sebab ianya secara tidak langsung akan memotivasikan diri anda untuk mencapai sasaran tersebut. Setiap cara, anda perlu sasarkan 10 bungkus jualan dan jika dilihat dengan kemampuan anda tidak mustahil untuk menjual 10 bungkus untuk setiap strategi yang diberikan dan setiap strategi ini juga boleh melebihi 10 bungkus jualan jika anda lebih bertenaga dari saya, katanya..

10 bungkus setiap cara, bermakna anda berjaya menjual 110 bungkus dalam sehari, 110 x 5 hari utk yg fulltimelah (tolak sabtu & ahad) = RM550 (5 hari) x 4 = 2200 (sebulan) Ini hanya yang biasa-biasa saja, untung pun biasa juga tapi boleh melebihi 100 bungkus tidak sampai sehari.

2. Siang Malam Jaga Pintu

Saya pun pelik juga apa yg dimaksudkan dengan Siang Malam Jaga Pintu. Rupanya siang dan malam pun dia boleh dapat hasil dari cara tersebut. Sasaran yang dimaksudkan adalah JAGA a.k.a Security Guard. Dia buat macam ni, Dia saja saja sembang dengan orang tu, dia sembang time dekat dekat nak lunch tghari. Apa yang diborak pun saya tidak tahu cuma dia bagi saja iklan ringkas tadi, Iklan penghantaran Nasi Lemak untuk setiap JAGA. Headline, ORDER SAJA!

Betul juga, JAGA tidak perlu susah payah nak kuar, jln jauh untuk beli Nasi Lemak, dengan ORDER SAJA pakcik tu datang dgn motor tiga tayar untuk deliver pada semua JAGA di shoping complex, tukang jaga REST ROOM dan macam macam jenis JAGA.

Dengan cara yang kedua ni saja boleh melebihi 10 bungkus, fikir punya fikir  masuk akal juga caranya…

Peniaga nasi lemak : Nasi Lemak Camam (NLC)

Kita sambung untuk lain post akan datang… cukuplah dulu untuk kali ini.