Posts Tagged ‘barangan antik’

barang antik dan skim cepat kaya

Monday, October 1st, 2007

Assalamualaikum…

Mana yang lebih canggih? Barangan antik zaman berzaman atau cara skim tak sempat kaya? Skim cepat kaya memang tak usah cerita laa… banyak yang duka cita dari cerita gembira perihal duit gandaan berlipat tersebut…

Apa kena dengan barangan antik dengan skim cepat kaya? skim cepat kaya sebagaimana yang diceriterakan oleh noorizamshah memang tak ada kaitan dengan barangan antik. Barangan antik mempunyai nilainya yang tersendiri.

Pendek kata dan panjang duk diam tanpa bercakap telah menyatakan dengan bukti yang kukuh barangan antik mempunyai tarikan magnetnya yang tersendiri.

Semakin antik semakin mahal jadinya. Boleh dijadikan modal untuk perniagaan di ebay?

Apakah dia senarai-senarai barangan antik yang anda miliki? Apakah anda pernah memilikinya satu atau dua dan tiada lagi dalam simpanan anda?

Kenapa ada yang begitu tertarik dengan barangan antik? adakah disebabkan keantikannya? Atau sekadar hobinya? atau memang barangan antik sukar untuk diperolehi?

Bagaimana pula dengan anda? Tiada satupun barangan antik yang anda miliki?

Anda mungkin dan boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan sekiranya mempunyai minat dalam perniagaan barangan antik atau pelik atau ganjil yang lain dari yang lain.

sekian terima kasih.

p/s : bukan pertanian saje adalah perniagaan. Barangan antikpun adalah perniagaan. Ingat yer… skim cepat kaya tak serupa dengan barangan antik…